Setiap seorang taikun segera
ini pernah berlumba-lumba siapa dulu yang mampu membeli kereta mewah dan mencari
isteri baru untuk ditambah. Memang tidak ada tolok bandingnya nafsu rakus mereka
terhadap betina simpanan, gundik dan barang perhiasan. Semua itu diraih dengan
semangat berlumba-lumba seolah-olah esok sudah tiada. Dalam dunia yang penuh angan-angan
ini mereka sudah lupa daratan untuk mengecam senario yang realiti.
Apa yang
menakutkan kita ialah sikap Perdana Menteri yang gagal mengambil kira apa yang akan
terjadi kepada keturunan generasi masa depan negara. Apakah Malaysia mampu
diselamatkan daripada kancah hutang yang menggunung tingginya ini? Kerajaan masih lagi
mengumumkan projek mega yang berbilion harganya sedangkan wang untuk membikin semua itu
sudah lama tiada.
Namun, kerajaan masih terus berkhayal lagi, menyogokkan
rakyat marhaen dengan berpuluh projek mega lagi. Semua itu dilakukan untuk memanjangkan
impian rakyat marhaen itu seolah-olah semua itu adalah perkara mudah sahaja. Bolehkah
kita mempercayainya!
HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT SEBARANG
KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENDAPAT KEIZINAN WEBMASTER TERLEBIH DAHULU
ATAU MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN BUKAN DISIARKAN UNTUK
MENDAPATKAN ROYALTI ATAU KEUNTUNGAN TERTENTU MANA-MANA PIHAK