USAHA MAHATHIR KEKALKAN KUASA
Oleh Ummu Natasya
ummu_natasya@hotmail.com
DALAM tempoh beberapa bulan, Naib Presiden Umno,
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pusing ke seluruh negara kononnya mahu mengumpul pandangan
dan pendapat ahli-ahli bawahan mengenai cadangan mahu meminda perlembagaan Umno,
ternyata sia-sia.
Dari berpuluh cadangan yang dibawa, dihalusi dan
digubal, tiada satu pun yang diterima oleh MT Umno yang dipengerusikan Presidennya,
Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, yang bersidang pada 30 November 2000 lalu.
Yang jelas, hanya satu pindaan dibuat, itupun
cadangan datangnya dari Dr. Mahathir sendiri iaitu pemilihan Umno hanya berlaku sekali
dalam tempoh satu penggal Dewan Rakyat.
Mengapa sejak awal-awal, Dr. Mahathir tidak
meminda sahaja perlembagaan itu tanpa membuang masa mengumpul semua maklumat dan
berkali-kali bermesyuarat kononnya untuk menarik semula minat orang Melayu agar kembali
menyokong Umno.
Dr. Mahathir masih tidak mengaku Umno sudah
semakin tandus sokongan. Dr. Mahathir masih tidak mahu sedar dan Dr. Mahathir masih mahu
terus berkuasa walaupun jelas, dia didesak dari dalam dan luar negara supaya berundur.
Dalam fikiran Dr. Mahathir, dia tahu, tiada siapa
berani melawannya. Itulah sebabnya dia kekalkan sistem quota peratusan untuk bertanding
satu-satu jawatan. Dia tahu, dalam keadaan dia mencengkam sekarang, tiada siapa berani
mencalonkan orang lain. Kalau ada pun, cuma satu atau dua bahagian yang tidak mampu
menjejaskan kedudukannya.
Tidak hairanlah kalau Dr. Mahathir boleh terus
berbuat apa sahaja dalam parti mahupun kerajaan. Dia tidak berani ditegur dan dia tidak
berani diapa-apakan.
Dia boleh menghalang BPR menyiasat Tan Sri Ali
Abul Hassan Sulaiman dan dia boleh mengarahkan seuatu hukuman dijatuhkan mengikut
rancangannya.
Dia tidak perlu ke mahkamah walaupun disapina
kerana selagi dia berkuasa, dia tahu undang-undang negara ini di bawah tapak kakinya.
Dia boleh mengarahkan BPR menyiasat Puspakom dan
JPJ tetapi Menteri-menteri yang rasuah seperti Rafidah Aziz dan dirinya sendiri terlepas
dari sebarang tindakan.
Dia boleh sahaja mengubah “royalti” menjadi
“ihsan” kerana segala-galanya dalam cengakamannya. Hanya rakyat yang boleh
mengajarnya dan ingat pilihan raya umum 2004 adalah masa yang paling sesuai untuk
“menjatuhkan” Dr. Mahathir dalam keadaan yang cukup hina.
Jika anak bekas Presiden Suharto, Tommy boleh
dibicarakan dan dijatuhkan hukuman, mengapa tidak anak-anak Dr. Mahathir diajar
sedemikian rupa sebaik sahaja BA memerintah nanti. Wang Petronas boleh digunakan untuk
“bail out” KPB kepunyaan anak Dr. Mahathir tetapi kepada Terengganu, disekatnya
dengan pelbagai alasan.
Dolah Badawi juga perlu diajar jika benar anaknya
dan adik beradiknya mendapat “tender” berbelas tahun dari Kementerian Pertahanan.
Isterinya, Datin Seri Hendon Mahmud juga harus
dipakaikan tudung kepala dan jangan benarkan dia pergi ke kelab-kelab malam lagi.
Dolah Badawi harus bertanggungjawab ke atas
kemasukkan puluhan ribu warga Bangladesh yang menghasilkan ratusan juta ringgit kepada
kawan-kawannya sebagai komisen dan menyebabkan pengaliran keluar wang negara cukup
besar.
Ajar Umno. Ajar Dr. Mahathir dan ajar Dolah
Badawi. Mereka semua lupa bahawa rakyat sedang memerhatikan tingkah laku mereka dan
menunggu masa yang sesuai untuk “mengajar” mereka.