MGG 149
WARISAN YANG DINAFIKAN
(A
Heritage Denied)
Oleh: Anthony Spaeth
Terdapat tiga warisan di Malaysia: Melayu,
Cina dan India. Di Lembah Bujang, Kedah, warisan kaum India yang mengakar-sejarahnya
memang amat terserlah. Di sana terdapat satu kerajaan lama yang disaluti kepercayaan
kepada agama Hindu dan Budhist dan menyorot jauh mencecah abad ke-4. Di sanalah
bermulanya satu pelabuhan perdagangan dan migrasi, yang melakar sejarah ke
palabuhan jauh di India dan akhirnya menjadi sebahagian taklukan empayar
Sriwijaya yang sungguh hebat itu dan yang berpusat di Sumatra. Sejak tapak lama itu
dijumpai pada tahun 1930-an dulu, lebih daripada 50 runtuhan kuil
lama telah digali daripada lembah itu hingga ia menjadi satu arkeologi yang
terbesar dan sungguh berharga sekali di negara ini.
Kalau seorang anak
Malaysia daripada kaum India membuat lawatan ke Lembah Bujang itu dia pasti merasakan
tersinggung lebih daripada berbangga. Perasaannnya itu bukannya sesuatu yang disengaja. Di
situ kerajaan telah menyelongkar runtuhan lama dan membina satu muzium
untuk memperagakan apa yang dijumpai di Lembah Bujang itu. Runtuhan yang
berwarna kekuningan tanah itu memang dulunya dibuat mengikut lakaran India
klasik, kemas dan bersahaja buatannya. Namun, tidak ada satu gambaran betapa gahnya
bentuk asal struktur itu sebenarnya. Di dalam muzium itu terdapat patung-patung
Hindu dan Budha yang disusun sebalik dinding kaca. Namun, beberapa risalah yang disediakan
memang sengaja memberikan gambaran yang tidak mahu menonjolkan betapa besarnya
pengaruh warisan India di rantau ini. Ada satu papan tanda di dinding muzium itu
yang memaparkan perkataan "Kerajaan Melayu Lama" di Lembah Bujang
yang "mempunyai hubungan dengan pelbagai jenis manusia daripada
pelbagai budaya dan suasana". Tulisan di sehelai brocur muzium itu mungkin
lebih jelas lagi. Di situ ada diceritakan bagaimana perdagangan laut telah
menjadikan Lembah Bujang satu kawasan yang dipengaruhi amalan daripada India. Proses
Indianisasi itu akhirnya mampu "mencemarkan budaya orang pribumi" di
situ.
Kalau kenyataan itu melaungkan suara keletihan warisan
India di Malaysia, ia juga menggambarkan perasaan majoriti penduduk kaum India di
negara ini yang jumlahnya sekitar 1.8 juta. Kemewahan berbentuk kuota kepada
penduduk Melayu, yang ditaja oleh sistem politk negara yang dikuasai oleh
orang Melayu dan cina membuatkan orang India di Malaysia merasa tertertekan seolah-olah
mereka adalah rakyat negara kelas tiga. Kesannya ialah kemunculan satu
masyarakat yang merintih dan mudah merasa takut dan tidak berapa selesa dengan kedudukannya dalam masyarakat yang ada. "Saya masih tidak yakin akan masa depan
anak-anak saya di negara ini," demikian kata seorang peniaga India di Kuala
Lumpur yang tidak mahu namanya disebut. "Kami akan tunggu untuk beberapa tahun lagi.
Kalau tidak ada perubahan juga, kami akan berpindah ke Eropah."
Perkauman
adalah satu penghalang besar di Malaysia seperti yang pernah berlaku dalam satu
rusuhan kaum pada 1969. Selama 20 tahun berkuasa, Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah
berusaha menaikkan taraf hidup orang Melayu yang merupakan 55% daripada jumlah
penduduk seramai 22 juta manusia, dengan memberi mereka jaminan memperolehi
sebahagian besar peluang berniaga. Kumpulan yang kedua besarnya, Cina, sepatutnya
melepaskan cengkaman mereka terhadap ekonomi negara. Tetapi, kaum India mungkin
merupakan orang yang kalah dalam percaturan ini. Kebanyakan mereak dibawa masuk satu
abad yang lalu untuk bekerja di ladang getah dan lombong bijih dan mereka masih lagi
berada di bahagian bawah anak tangga sosial negara. "Kaum Inda tidak mempunyai
keupayaan politik mahupun ekonomi untuk keluar daripada ruang hambatan roda
kemiskinan," kata Selvakumaran Ramacandran, seorang pendidik India yang
bertugas di UNDP (United Nation Development Programme). "Kalau masalah ini tidak
diselesaikan, adalah satu ketentuan meraka akan muncul sebagai golongan yang
teretekan."
Kini, kaum India mempunyai saham yang paling sedikit
dalam kekayaan korporat negara: 1.5% jika dibandingkan dengan milik Melayu sebanyak
19.4% dan Cina sebanyak 38.5%. Memang tidak menghairankan apabila kaum India mencatatkan
kadar bunuh diri yang paling tinggi sekali. Jenayah ganas sudah semacam menjadi
milik orang India. Pada 1994, 128 daripada 377 kes pembunuhan di Malaysia
telah dilakukan oleh kaum India. Sekitar 15% penduduk India di ibukota adalah setinggan.
"Saya dapat rasakan," kata P.Ramasamy, seorang professor sains politik di
Universiti Kebangsaan, "kalau sesuatu tidak dilaksanakan secepat mungkin,
sesuatu yang tidak menyenangkan akan meledak."
Masalah utama kaum
India itu memang banyak sekali. Jumlah mereka hanya merupakan 8% daripada jumlah penduduk
keseluruhan negara. Kerana itu mereka tidak berdaya budaya niaga yang pro-Melayu
itu ataupun dasar pekerjaaan, ataupun menyanggah sikap cauvanisma Melayu
seperti yang berlaku di muzium Lembah Bujang. Masyarakat Cina mempunyai satu barisan
pemimpin politik mereka yang mempunyai cita-cita yang tinggi. Politik masyarakat India didominasi
oleh Malaysian Indian congress (MIC) yang telah dipimpin oleh Samy Vellu sejak lebih dua
dekad. Beliau juga merupakan hanya seorang India dalam kabinet Mahathir.
Setiap
kali kerajaan mahu mengagihkan habuan kepada masyarakat India, agihan itu dilakukan oleh
Samy Vellu seperti yang terjadi di ibupejabat MIC baru-baru ini. Ada satu majlis yang dihadiri oleh kaum ibubapa dan juga anak-anak mereka untuk mendengar penjelasan Samy
Vellu mengenai skim pinjaman untuk pendidikan yang ditaja oleh kerajaan. "Skim
ini adalah satu peruntukan khas" yang di keluarkan dengan ihsan Perdana menteri dan
Menteri Pendidikan, katanya. Untuk melayakkan diri, keluarga yang memohon mestilah
mendapat pendapat kurang daripada RM5,300 dalam satu tahun. Seorang wanita
India di kalangan yang hadir itu telah bangun dan menyebut bahawa bapanya mendapat lebih
sedikit daripada jumlah yang disebut itu. "Bolehkah saya memohonnya?" tanya
beliau. "Donnnn Wolliii," sampuk Samy. "Jumpa saya lepas ini dan saya
akan tentukan anda mendapatkannya." Penjelasan Samy memang menakjubkan sehinggakan
500 insan yang hadir bertepuk tangan dengan ghairahnya. "Apa yang kami
dapat," kata seorang wartawan India, "kami hanya boleh dapat melalui MIC.
Inilah cara sistem yang ada."
Kaum India memang menyerlah dalam bidang
professionalisme, terutama sekali bidang perubatan dan perundangan. Ramai nama India
terpahat di senarai pertubuhan professional negara. Kebanyakan mereka ini berasal daripada
masyarakat kolar putih yang datang untuk bekerja di Malaysia ketika di bawah jajahan British dulu. Namun, dengan latar belakang begitu pun ramai anak-anak India yang
mendapati sukar untuk menjadi doktor dan peguam. Peluang masuk universiti dan juga
biasiswa pelajaran adalah peluang yang diberikan mengikut sistem kuota. Kalau
sudah lulus pun, masih ada lagi diskriminasi yang perlu ditangani. Doktor-doktor India
sebagai contohnya, merungut kerana kerap dipinggirkan daripada senarai
doktor panel. "Saya memang mengharapkan anda orang Amerika dapat menakluki negara ini
untuk satu waktu yagn pendek," kata seorang doktor India daripada sebuah pekan
kecil kepada seorang pelawat. "Waktu itu barulah saya mempunyai peluang untuk bekerja
di negara ini."
Setakat ini masyarakat India memang memahami masalah hidup
mereka. Tetapi, ada juga terdengar beberapa rungutan. Pada Oktober yang lalu, lima orang
rakyat Malaysia telah diserang dan dibunuh pada satu malam di sebuah pekan bernama Kampar,
terletak kira-kira 150 km daripada Kuala Lumpur. Jasad mereka yang hangus telah dijumpai
dalam satu trak yang turut terbakar. Polis telah menahan 13 penternak lembu daripada kaum
India. Penternak ini telah pernah membuat laporan selama dua tahun
mengenai orang yang mencuri lembu kerbau mereka. Pihak polis sengaja diam membisu.
Penternak yang ditahan ini masih belum didakwa lagi. Kecurian ternakan sudah pun berakhir.
Mereka yang tertangkap itu dianggap sebagai wira secara senyap-senyap oleh
masyarakat India. "Malaysia tidak mampu membiarkan 8% penduduknya merasakan
diri mereka dipinggirkan," demikian R.V navaratnam, seorang peniaga memberikan
ingatan. "Perpaduan Malaysia hanya akan teguh kalau penyambung rantai perpaduan itu
yang sememangnya lemah dapat diteguhkan. Penyambung itu adalah masyarakat India."
-Laporan
Dibuat oleh Ken Stier-
22 Ogos, 2000.
Terjemahan oleh MT