minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Alahai! Akhbar Harian

Oleh Ummu Natasya

ummu_natasya@hotmail.com 

TIADA strategi lain yang mampu dimainkan Barisan Nasional (BN) yang semakin reput itu. Saban hari, sebelum dan sejak hari penamaan calon, media massa pro kerajaan (arus perdana) memainkan cerita kononnya Barisan Alternatif (BA) bertelagah dalam soal menentukan calon.

Dalam masa yang sama, mereka buat-buat tidak tahu MIC juga cukup bermasalah menentukan calon. Malahan, nyata MIC Padang Serai dan Dun Lunas membantah keputusan Presiden parti itu menamakan S. Anthonysamy, 59 tahun.

Itulah sebabnya salah seorang orang lama dalam MIC Lunas, bertindak keluar dari parti itu dan bertanding atas tiket Bebas.

Utusan Malaysia, Berita Harian dan akhbar-akhbar lain yang sewaktu dengannya tutup mata, pekakkan telinga menyiarkan berita-berita yang mengambarkan betapa pakatan pembangkang bertelagah dan jawab menjawab antara pemimpin-pemimpin.

Jika pengundi-pengundi Lunas tahu menghargai undi mereka, pangkahlah calon BA, Saudara Saifuddin Nasution Ismail yang jelas berkemampuan dan berkebolehan membela nasib rakyat di Lunas.

Ingat, Utusan Malaysia telah banyak kali berbohong. Paling baru ketika mereka melaporkan berita “Kem Jubah Hitam” yang mahu dikaitkan dengan Kumpulan Al-Ma’unah. Malangnya, sehari selepas itu, IGP, Tan Sri Norian Mai bangkit menafikan laporan Utusan Malaysia itu.

Tempat yang ditemui oleh “wartawan baghal” Utusan Malaysia itu ialah “tempat rehat pencari kayu”.

Itu satu contoh dalam banyak lagi yang tidak perlu disebutkan satu persatu. Kepala pembohong di Utusan Malaysia ialah Zainuddin Maidin, pengampu Abdullah Ahmad Badawi. Dia sedang merancang mahu menjatuhkan Dr. Mahathir dan menaikkan Dollah Badawi menjadi Perdana Menteri.

Anak muridnya yang membantunya sekarang ialah Astora Jabat. Dia kini menjadi penceramah “agama” bagi Umno yang sudah tidak diterima oleh orang-orang Melayu.

Astora Jabat kini cukup sibuk bercakap pasal agama. Dia kaki tonggang! Dia kaki pembohong dan ilmu agamanya cukup mengelirukan. Tetapi disebabkan dia mengampu Umno, maka dia diberikan tempat untuk berceramah.

Hakikat sebenarnya, orang-orang agama sudah tidak mahu berceramah membantu Umno. Mereka (para tokoh agama) ini semuanya sedar betapa beratnya penghinaan terhadap agama Islam yang sudah dilakukan oleh Dr. Mahathir.

Mereka (tokoh-tokoh agama ini) tahu Dr. Mahathir menghina Nabi Mohammad SAW. Mereka (para tokoh agama ini) sedar, mereka tidak patut mempertahankan Dr. Mahathir yang bercakap soal-soal akidah sesedap mulutnya sahaja tanpa tahu pahala dan dosa.

Utusan Malaysia membantu ahli-ahli Umno yang taksub bercakap bahawa Dr. Mahathir tidak boleh berhenti menjadi Perdana Menteri sekarang kerana tiada penganti.

Kehebatan Dr. Mahathir kononnya cukup luar biasa dan jika dia berundur, negara ini akan hancur. Mereka lupa, semua pemimpin besar dunia bila berundur ada pengantinya kecuali Nabi Mohammad SAW. Jadi, dalam soal ini, ahli-ahli Umno betul-betul “diperbodohkan” oleh Utusan Malaysia yang sering menyiarkan tulisan-tulisan Zainuddin Maidin (Zam) kononnya Dr. Mahathir memang tidak wajar berhenti sekarang kerana kemampuannya tidak ada tolok bandingannya.

Pengundi di Lunas wajar tahu bahawa di tangan mereka sebenarnya terletak satu tanggungjawab cukup besar iaitu “menafikan suara 2/3” BN di DUN Kedah dengan mengundi Saudara Saifuddin Nasution Ismail, 29 November 2000 kelak.

Ramai pemimpin Umno sendiri tidak setuju dengan calon MIC ini dan tidak hairanlah jika ramai Menteri meninggalkan negara kerana bercuti. Hakikat sebenarnya mereka tidak mahu BN (MIC) menang. Mana dia Hishammuddin Tun Hussein? Mana dia Dato’ Seri Najib Tun Razak? Mana dia Dato’ Abdul Ghani Othman? Mana dia Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin? Mana dia Dato’ Annuar Musa? Mana dia Dato’ Ibrahim Ali dan mana dia sebahagian besar Timbalan-Timbalan Menteri yang selama ini cukup lantang bersuara.

Mereka semuanya meninggalkan negara ini dengan alasan bercuti, umrah dan sebagainya. Ketahuilah pengundi DUN Lunas, sebenarnya para Menteri dan pemimpin-pemimpin besar Umno juga mahukan MIC kalah di DUN Lunas. Mereka mahu mengajar Samy Vellu yang selalu angkuh bila bercakap dan terlalu sombong dengan kuasa yang dia ada.

Kenapa Utusan Malaysia tidak menceritakan MIC juga cukup kuat bergolak? Kenapa Utusan Malaysia tidak melaporkan sehingga hari ini IPF tidak diterima menyertai komponen BN? Kenapa Utusan Malaysia tidak melaporkan MCA juga tenat hingga memaksa Dr. Ling Liong Sik berlakon mahu meletakkan jawatan sebagai Menteri sedikit waktu dahulu?

Jelas, Utusan Malaysia dan semua media massa pro kerajaan menjadi alat pemerintah. Mereka tidak bebas dan mereka benar-benar perkakas yang digunakan untuk mengekalkan kuasa BN. Hakikatnya, mereka bukan menyampaikan suara hati rakyat dan mereka menjual “nilai-nilai” perjuangan dengan harga yang cukup murah.

Kuatkan tekad dan tanamkan keazaman untuk memberi peluang seorang wakil keADILan duduk dalam Dewan Undangan Negeri Kedah melalui Saudara Saifuddin Nasution Ismail.

Pastikan BA menang di Lunas dan insyaAllah, para pengundi semua akan terbela nasib yang selama ini tidak diperdulikan.

 

habis

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter