minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

MGG146 

Dr. M, Tunku dan Mao 
( Chiaroscuro: Dr. M, The Tunku And Chairman Mao) 

Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohammad semakin merepek dan meracau dalam memperkatakan budaya perkauman, covanisme dan keangkuhannya. Inilah yang dikatakannya sebagai budaya ekstrim ataupun pelampau. Di Malaysia perkataan ini membawa erti perasaan kebencian yang terpendam terhadap seseorang yang tidak disukai.  

Dulu dia menggunakan tema ini untuk menyerang masyarakat Cina. Kini, sasaran itu dimasukkan juga orang India dan Melayu.

Dia semakin galak bersuara celupar demikian sebagai satu serangan untuk meyakinkan dirinya dan juga UMNO bahawa kekalahan  yang menikamnya di pilihanraya terbaru dan perubahan budaya sokongan yang mengaibkannya adalah disebabkan banyak  hal yang tidak termasuk kesilapan mentafsirkan alasan yang sebenarnya. 

Dia sengaja menebar luas jala tohmahan sedangkan yang menjadi sasaran utama adalah kaum Cina yang menolak konsep Sekolah Wawasan. Demikianlah celuparnya mulut beliau dengan tohmahan tersebut, kalau dia seorang pemimpin parti pembangkang dia sudah dikenakan tuduhan sebagai penghasut. Sepatutnya dia meredakan sesuatu ketegangan dengan muzakarah. Sebaliknya dia berlagak sebagai yang arif untuk menyelesaikan segala masalah. Kalau pendiriannya itu tidak boleh diterima alamat seseorang itu akan menjadi mangsanya. 

Merepek dan berlagak angkuh sudah menjadi darah daging Mahathir. Dia memang berang kerana sokongan Melayu yang telah beralih jauh daripada  parti yang dipimpinnya. Begitu juga dengan masyarakat Cina. MCA tidak boleh berbuat apa-apa kerana terlalu lama menyorok di bawah kain UMNO. Sepatutnya MCA mampu menyelesaikan keadaan dengan  membetulkan pergeseran. 

Mahathir tersinggung dan murka  kerana Sekolah Wawasan tidak dapat  dilaksanakan selagi sekolah Cina tidak mahu menyertainya. Tidak pula disebut akan  sekolah Tamil ataupun sekolah  yang ditaja oleh biara walaupun keduanya akan diambil kira juga. Namun, sehingga kini tidak ada sesiapa yang tahu akan perkara ini. 

Kelecehan  ini memang tidak diduga. Mulanya, kawan baiknya Menteri Pendidikan, Musa Mohamad  menganggap perkara ini mudah sekali. Kerana itu dia mahu melancarkannya dengan cepat. Apabila muncul bantahan yang hebat, dia mula berlembut, dengan berbuat pelbagai pindaan agar mudah disambut. Namun, Mahathir masih tidak ketandusan perkataan berbisa untuk menggigit sesiapa yang sanggup menentangya. 

Kerajaan memang merasa tertekan apabila lebih ramai keluarga Melayu dan India yang bosan dengan kualiti pendidikan di seolah kerajaan. Mereka membantah dalam merana dan menghantar anak-anak ke sekolah misi dan sekolah Cina. Memang sekolah Cina semakin diminati kerana sistem pendidikan yang rapi. 

Oleh kerana itu Mahathir tunggu; bila berlaku kegelisahan di kalangan orang Melayu dia akan tuduh orang Cina kerana berbuat kerja hantu. Memanglah ada kalanya dia benar tetapi banyak kala dia sengaja berbuat honar. Contohnya ialah peristiwa Mei 13 1969 dulu, Mahathir akan ulang-ulang peristiwa itu sebagai bahan menakutkan setiap kali bahan lain tidak menjadi laku. 

Buku Kecil Pengerusi Mao 

Ada satu perkara yang  telah berlaku yang mesti diakui oleh kaum Cina dan juga orang Melayu. Orang Cina memang  cepat marah kalau saya ulang perkara ini. Ia berkaitan dengan gelagat melampau masyarakat Cina yang mahukan Bahasa Inggeris terus dikekalkan sebagai bahasa rasmi negara pada 1967dulu. 

Ketika itu Revolusi Budaya Cina sedang bergelora. Buku Kecil Berwarna  Merah yang mencatatkan pemikiran Mao Zedong merupakan  kitab mantra kaum Cina. Pihak pelampau Cina telah terpengaruh dengannya dan menekan  masyarakat Melayu sehinggakan kesabaran mereka terancam;  mencetuskan pergeseran kaum yang  terus mengaum.

Itulah yang berlaku pada Mei 13 1969 dulu sebaik sahaja selesai majlis perkiraan undi. Di Lunas ia berulang lagi  melambaikan pesan. Kuasa yang ada pada orang Melayu sudah semakin berkurangan. 

Ia mengimbau kembali tuduhan lama yang dikenakan ke atas perdana menteri pertama. Dia ditohmah kerana membiarkan masalah perkauman menjadi bahan perdebatan. Ketika itu juga ia merangsang semangat timbalan perdana menteri yang ada, Tun Abdul Razak namanya. 

Seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim, 29 tahun kemudiannya, Tun Razak telah memacakkan bendera pemberontakan untuk menyedarkan Tunku Abdul Rahman. Antara mereka yang berada disampingnya ialah seorang penghasut  serba guna dan yang kini menjadi perdana menteri juga akhirnya. 

Masyarakat Cina ketika itu telah terpalit dengan perubahan budaya Melayu dan kecelaruan gelombang  politik mereka. Itu juga yang berlaku kini. Memang terdapat beberapa perkara lagi, terutama sekali mengenai ketuanan Melayu yang menjadi perbalahan selalu. Inilah yang menjadi asas pemerintahan baru di masa depan dan yang sedang menghadapi cabarannya.

Kerusi Yang Panas 

Serangan Mahathir   mengenai penderhakaan memang sudah lama dijangka. Inilah yang dilakukan oleh pemimpin Melayu setiap kali fikiran mereka bercelaru.  Mahathir cuba mencetuskan pergeseran di kalangan masyarakat Cina  sebagai satu topeng untuk meyakinkan keraguannya akan kehilangan kuasa. 

Mahathir menggoyangkan bendera perkauman naik menjulang tinggi sebagai untuk meyakinkan orang Melayu bahawa dialah pemimpin mereka yang tidak terperi. Seperti yang berlaku pada 1969 dulu, orang melayu sudah membuat pendirian bahawa Mahathir sudah tidak diperlukan lagi. 

Tengku mengundurkan dirinya dulu dengan penuh tata tertib yang melambangkan kesopanan pemerintahannya. Musuh ketatnya dulu, yang kini berada di satu kerusi yang empuk dan panas tidak akan melakukan kelakuan seperti itu kerana dia mahu melakar satu sejarah baru yang ganas untuk orang Melayu.

Inilah percaturan politik Mahathir yang mahu dilaksanakannya. Orang Melayu dan Cina seperti juga yang lainnya sudah semakin matang, berbeza  dengan amalan masyarakat 1969 dulu. Mahathir adalah lambang generasi pasca merdeka yang amat berbeza fikirannya dengan generasi  ibubapanya. 

Orang dulu  tidak sedia menganggap sesuatu secara bersahaja dan mahu sesuatu itu mengikut hukumnya. Mahathir memang berbeza pendiriannya. 

Dia merobah hukum lama untuk menonjolkan kepimpinannya dan sekaligus meletakkan kedudukan UMNO dan Barisan Nasional di satu tahap yang tinggi risikonya.  Keceluparannya dengan merepek dan merapu telah melunturkan kewibawaannya sebagai seorang pemimpin negara. Inilah yang menjadi cacat cela kepada rekod kecemerlangan parti politiknya dan menggugat keharmonian bangsa. 

Kecacatan Politik 

Bukan sahaja sekolah wawasan yang terancam kini.  Kemakmuran Malaysia sudah tercabar. Begitu juga dengan segala harapan dan rancangan masa depannya. 

Mahathir akan menjahanamkan Malaysia seandainya dia teruskan kempen perkauman dan terus memperlekehkan kempen cauvanisnya yang menghina  kaum bukan Melayu. Inilah kelemahan  kepimpinan politik Mahathir, samada dia berusaha memperbetulkannya ataupun tidak. Ia bergantung kepada keupayaan UMNO meraih sokongan Melayu secara berterusan, terutama sekali selepas September 1998. 

Yang penting sekali, kuasa yang ada pada  Mahathir   sedang terhakis sedikit demi sedikit mengikut rentak dia  merepek dan merapu. Malangnya inilah yang menjadi kegemarannya selalu. 

Terjemahan MT

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter