Kenyataan akhbar Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang di Penang pada 30 November 2000
Pilihan raya kecil Lunas: Kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal dalam kertas laporan
tahun pertamanya
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan kerajaan BN telah gagal dalam kertas
laporan tahun pertamanya selepas pilihan raya umum yang lepas kerana rakyat Lunas, bagi
pihak rakyat Malaysia, menolak BN dan memilih calon Barisan Alternatif (BA),
Saifuddin Nasution Ismail dalam pilihan raya kecil Lunas.
Pilihan raya kecil Lunas terjatuh pada ulang tahun pertama pilihan raya umum 1999 dan
kemenangan BA merupakan suatu mesej rakyat yang tidak setuju dengan dasar-dasar dan
peraturan Mahathir dan kerajaan BN yang tidak demokratik, menindas dan tidak adil.
Mahathir telah menitis air mata di Perhimpunan Agung Khas UMNO atas isu politik wang dalam
UMNO, tetapi beliau tidak menitis air mata had atas politik wang yang diamalkan oleh BN
dalam pilihan raya kecil. Ini menunjukkan bahawa kerajaan BN tidak serius dan tidak
berkomitmen untuk membasmi rasuah dan politik wang demi memulakan pembaharuan dalam sistem
pentadbiran di Malaysia.
Adakah Ketua Audit Negara sedia mengaudit kesesuaian dan kesahan perbelanjaan awam dalam
pilihan raya kecil di mana Jabatan Kerja Raya dan tabung awam berjumlah berpuluh juta
ringgit digunakan sebagai sebahagian daripada jentera pilihan raya kecil BN - dan
ketidakupayaan Menteri-menteri Kabinet untuk membezakan tugas awam mereka dengan
tanggungjawab parti dengan berkempen dalam pilihan raya kecil Lunas? Sebenarnya, Ketua
Audit Negara harus membuat audit yang terasing dan adil atas penyalahgunaan tabung awam
dan mengarah BN atau MIC supaya membayar balik perbelanjaan itu kepada Perbendaharaan
Pusat.
Adakah Badan Pencegah Rasuah sedia menyiasat politik wang BN di pilihan raya kecil Lunas,
terutamanya penyalahgunaan tabung awam, sumber dan tenaga manusia?
Adakah Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu akan berpegang kepada janjinya iaitu beliau
tidak akan kembali ke Kuala Lumpur tanpa kemenangan BN di pilihan raya kecil Lunas?
Taktik BN menakut-nakutkan pengundi amat mengecewakan, terutamanya mesej khas mengenai
"rusuhan kaum 13 Mei" yang diterbitkan dalam semua media percetakan pada
hari pengundian semalam - ini telah melanggar undang-undang pilihan raya dan peraturan
tiada kempen pada hari pengundian.
Pengundi Cina, walaupun mereka merupakan 37% daripada pengundi Lunas, harus dipuji atas
sokongan mereka terhadap calon BA.
Seperti yang saya katakan di ceramah piliahn raya kecil Lunas BA di Taman Selasih pada
Isnin, 9,896 orang pengundi Cina daripada pengundi keseluruhan sebanyak 26,746 merupakan
penentu kemenangan pilihan raya kecil.
Saya telah menyeru pengundi Cina supaya mengundi bagi pihak mereka sendiri dan Lunas serta
5 juta orang Cina di negara ini demi memberi suatu mesej yang jelas kepada Mahathir dan
kerajaan BN iaitu mereka membantah konsep Sekolah Wawasan dan penghinaan terhadap komuniti
Cina dengan menggambarkan mereka sebagai "ekstremis", "pengganas"
dan "orang tidak mengenang budi" kerana mereka menyokong Suqiu dan
pendidikan Cina..
Serangan Mahathir terhadap orang Cina sebagai orang yang tidak mengenang budi tidak dapat
diterima kerana Mahathir dan BN yang berasa salah atas sikap mereka yang tidak mengenang
budi - sedangkan orang Cina telah menyokong dan menyelematkan majoriti dua per tiga BN
pada pilihan raya umum yang lalu.
Mahathir harus memberi perhatian kepada suara pengundi Lunas, membatalkan rancangan
Sekolah Wawasan, menamatkan sikap tidak mengenang budi dan meminta maaf atas penghinaan
terhadap komuniti Cina dengan menggambarkan mereka sebagai "ekstremis",
"pengganas" dan "orang tidak mengenang budi" kerana
mereka menyokong Suqiu dan pendidikan Cina.