Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

GDP 7% tahun 2001 tidak realistik

Di sini saya nak bicang sedikit mengenai pertumbuhan GDP dijangka tumbuh pada kadar 7 peratus tahun 2001. Saya berpendapat 7% sukar dicapai. Kerajaan membuat andaian yang tidak realistik iaitu kerajaan menganggap pertumbuhan ekonomi dunia terutama di AS stabil dan perbelanjaan swasta serta pelaburan dalaman swasta meningkat sebagai pengerak utama kepada pertimbuhan ekonomi negara. Apabila perbelanjaan swasta (private consumption) dan pelaburan dalaman swasta (private investment) meningkat, ia akan dapat merangsangkan pertumbuhan ekonomi negara dari segi pemintaan agregat (aggregate demand). Oleh itu pertumbuhan GDP tidaklah terjejas sangat seperti mana yang kerajaan harapkan.

Adakah kerajaan pasti pertumbuhan ekonomi dalam negara mampu mengekalkan  pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan? Bagaimana kerajaan menggalakkan perbelanjaan swasta dan pelaburan swasta? Bagaimana kerajaan menggalakkan orang ramai berbelanja lebih sedangkan kuasa beli (purchasing power) orang ramai menurun? Saya betul-betul tak faham. Dengan membenarkan orang ramai meminjam lebih untuk membeli kereta dan rumah tidak mencukupi untuk merangsang ekonomi negara. Orang ramai akan fikir ia akan menambahkan lagi bebanan hutang. Kerajaan tidak berbuat sesuatu untuk mengawal kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Inflasi adalah silent killer dimana orang ramai mesti ambil langkah berhati-hati. Saya tak percaya kadar inflasi adalah 1.9%. Jangan tertipu dengan data yang diberikan oleh kerajaan. Tak boleh dipercayai.

Sebenarnya apa yang patut dilakukan oleh orang ramai termasuk saya ialah mengurangkan perbelanjaan dan menabung lebih. Duit tak ada (tak cukup) macam mana nak berbelanja lebih? Ikat perut adalah. Sama juga dengan pelabur swasta, siapa mahu melabur kalau suasana iklim pelaburan yang tidak menyakinkan dan menggalakkan pada masa ini. Lagipun tidak ada galakan dan pembaharuan dasar serta insentif yang menarik untuk menarik minat para pelabur tempatan. Cukai korporat tidak diturunkan, tariff elektrik dinaikkan pada masa depan, harga petrol naik, harga barangan dan perkhidmatan naik, gaji tak naik, bonus tak dapat (kakitangan kerajaan), oleh itu macam mana nak suruh kita berbelanja lebih dari apa yang kita mampu?

Saya tak bersetuju kadar 7 peratus boleh dicapai. Walaupun ia adalah sekadar jangkaan, namun kerajaan tidak berani memberikan suatu jangkaan yang lebih tepat atau realisitk. Kerajaan bimbang jika jangkaan diberikan jauh lebih rendah daripada jangkaan GDP pada tahun ini iaitu 7.5%, ia akan menimbulkan keresahan iaitu adakah negara kita akan menghadapi ekonomi sekali lagi. Saya berpendapat jangkaan kadar pertumbuhan pada tahun 2001 mungkin kurang 5.8% yang dicapai pada tahun 1999. Kadar pertumbuhan pada suku ketiga dan keempat pada tahun ini akan memberi gambaran yang lebih jelas mengenai prestasi ekonomi negara pada tahun hadapan.

LTL

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter