MGG130
Antara Ketakutan Dan Kebencian
Dalam UMNO
(MGG: Fear And Loathing In
UMNO)
Persidangan khas UMNO yang berlangsung pada
18 November, 2000 merupakan peluang terakhir untuk memperbetulkan masalah yang sedang
menghantuinya. Perdana Menteri yang menjadi presiden parti masih lagi mengekalkan
jawatannya kerana mengikut apa yang diluahkannya dalam satu wawancara di Hong Kong dulu,
timbalannya itu masih belum cekap lagi. Terpaksalah dia meneruskan kerjanya sehingga
timbalannya itu difikirkan sudah benar-benar bersedia. Bilakah masanya itu? Tentu
sekali bila dia bersedia untuk mengundurkan dirinya. Bilakah agaknya? Anda pasti
mengetahui akan ketikanya. Kini, perlembagaan perlu pindaan untuk membolehkan parti
meraih sokongan para ahlinya, baik di peringkat cawangan mahupun di peringkat
bahagian. Oleh kerana itu apabila 2,000 ahli perwakilan muncul di PWTC, mereka bukannya
diperlukan untuk menonjolkan lagi kegemilangan parti tetapi untuk mengejutkan parti itu
daripada tidur nyenyaknya. Kesannya, segala perbalahan dalam UMNO telah disapu
untuk disorokkan di bawah permaidani perbidalan sambil dilakukan beberapa perubahan
kepada beberapa peraturan yang sedia ada.
Kerana takutkan berlakunya pergocohan yang tidak
dikenakan hukuman di kalangan para perwakilan seperti yang sudah pun berlaku di
parlimen dan juga di dewan undangan negeri kebelakangan ini, tindakan mengekang suasana
itu telah dilaksanakan. Inilah yang menakutkan Perdana Menteri dan para jongosnya.
Namun, seperti kebiasaan, mereka telah tidak dapat mentafsir keadaan yang sebenarnya.
Memang menjadi budaya Melayu untuk bersopan santun tanpa menyerlahkan kemarahan
mereka sehingga melakukan sesuatu yang mengaibkan majlis. Ada juga segelintir
ketua bahagian yang cuba menonjolkan semangat revolusi dalam menentang beberapa fasal
dalam perlembagaan yang perlu pindaan itu. Tetapi selalunya cakap-cakap hangat itu hanya
kosong sahaja. Setakat mampu membendung kehangatan yang sungguh mendalam yang
tidak mampu untuk dibendung lagi. Kerana itu para perwakilan berpecah menjadi golongan
yang keraguan, yang marah dan yang sedia mengampu. Golongan yang ragu dan marah itu
sudah beranggapan bahawa presiden parti akan terus mampu melakukan pindaan yang
diperlukannya untuk melayakkan dirinya dan juga UMNO dihantui krisis yang lebih kritikal
di hari muka. Yang sedia menyokong beliau memang terus akan mengampunya lagi. Hasilnya
seperti yang dilaungkan oleh Perdana Menteri itu, segala pindaan yang dilakukan itu
adalah untuk menyerahkan kembali UMNO kepada rakyatnya.
Ramai ahli UMNO yang datang daripada jauh
merasa menyesal apabila dipertontonkan ulang-tayang perjalanan persidangan tahunan yang
berlangsung bulan Mei dulu. Sungutan yang muncul apabila timbul kesedaran mereka akan
penipuan itu telah mencetuskan masalah kepada UMNO lagi. Para perwakilan bukannya
didedahkan kepada harapan dan keyakinan, tetapi mereka telah disogokkan dengan
ketakutan. Inilah satu tanggapan yang penuh kesangsian betapa UMNO sudah
ketandusan ideologi dan falsafah sehinggakan membawanya ke satu jalan buntu. Tidak ada
seorang insan pun termasuk seorang Perdana Menteri yang tahu bagaimana caranya
mengemudikan UMNO menyimpang daripada hala kemusnahan itu. Kalaulah presiden parti tahu
akan kaedah itu, tentu sekali dia sudah lama menyuarakan pendapatnya. Selama ini pun dia
tidak bersedia menerima alasan bahawa kereputan UMNO itu adalah disebabkan
tindakannya untuk memusnahkan mantan timbalan perdana menteri, macam mana pula dia
mampu menyelesaikan kerosakan yang telah mengena UMNO itu. Untuk pertama kali para
perwakilan mula berani bercakap mengenai Dato Seri Anwar Ibrahim dan bagaimana
penganiayaan terhadapnya sudah pun menjejaskan martabat UMNO itu sendiri.
UMNO telah bertindak melakukan pindaan terhadap
perlembagaannya secara berdikit-dikit sambil menentukan sistem oligarki masih
mampu mengawalnya. Ia menolak kemasukan orang baru dan juga idea, melainkan orang itu
memang mudah disenanginya. Untuk masuk berseiring, seseorang itu mesti mempunyai wang.
Tetapi, tidak ramai ahli UMNO yang di luar kerajaan mempunyai keupayaan itu. Hanya
mereka yang kaya raya yang mampu mendekati pucuk pimpinan parti. Untuk dicalonkan
menjadi presiden parti seseorang calon itu perlu mendapatkan pencalonan daripada
30% undi bahagian. Untuk menjadi timbalan presiden, ia mesti mendapatkan pencalonan
daripada 15% undi bahagian. Untuk bertanding sebagai timbalan presiden ia
memerlukan 8% pencalonan bahagian. Untuk jawatan ahli Majlis Tertinggi sebanyak 2%
sokongan undi bahagian mesti diperdapatkan. Itu pun kalau dia termampu. Dengan
lain perkataan UMNO membenarkan hanya mereka yang mempunyai wang ringgit untuk
menganggotai pucuk pimpinan parti. Perkara ini tidak pun diubah-suai kerana difikirkan
menjadi satu benteng untuk mengekalkan kuasa pemimpin yang ada. Tetapi, inilah yang
mendorong lebih ramai ahlinya beralih angin terutama sekali untuk menjadi ahli
PAS.
Begitu juga dengan penubuhan pergerakan Puteri
yang bertujuan untuk menarik minat mereka yang berumur di bawah 30 tahun. Tetapi, apakah
jadinya nanti, kalau seseorang ahli UMNO itu tidak mampu menghampiri pucuk pimpinan
parti disebabkan dia seorang yang papa kedana ?
Seperti yang dikatakan oleh seorang perwakilan:
Rumah yang ada sedang terbakar dan kita amat risau apa kala tingkap dan jendela
masih tertutup lagi!" Memang, kerisauan amat mudah terpancar daripada air muka para
perwakilan. Saya telah melihat sekeliling dan mendapati hilangnya rupa keyakinan,
keangkuhan, semangat dan harapan kerana sudah digantikan oleh perasaan yang perihatin,
kekeliruan dan juga ketakutan. Mereka sedar betapa saat-saat UMNO akan tenggelam
sudah semakin hampir, tanpa banyak harapan lagi. UMNO sudah dilanda taufan yang
digerakkan oleh Perdana Menteri untuk memusnahkan bakal pengganti dan musuh ketatnya,
Dato Seri Anwar. Inilah masalah pokok yang perlu penyelesaian secepat mungkin.
Anwar merupakan lembaga ghaib yang menghantui setiap perbincangan UMNO. Masyarakat
Melayu memang yakin betapa beliau telah didera secara tidak berpadan. Selagi
Perdana Menteri dan juga mahkamah terus lagi berkeras untuk menekannya, selagi itu
pula keadaan akan terus gawat. Selagi ini tidak diselesaikan, walaupun Perdana
Menteri enggan melakukannya, UMNO tidak ada peluang untuk bangkit kembali. Yang lebih
menjijikkan akan menjadi padahnya.
Terjemahan MT