Rangkuman perhimpunan 5 Nov 2000
- Sokongan rakyat terhadap BA bertambah kuat.
Inilah mereka yang tahu membezakan antara benar dan salah. Mereka menggunakan
akal fikiran untuk berfikir secara waras dan bijak. Kita tidak perlu ijazah dan PHD
untuk membezakan antara benar dan salah. Seperti biasa Utusan Meloya, TV ¾ dan
Mahazalim tidak berani menerima hakikat bahawa secara sah rakyat sudah menolak
kepimpinan Mahazalim. Dengan angkuhnya Mahazalim mencabar kepada rakyat yang mahu overthrow
(singkirkan) dia, mereka boleh lakukan pada pilihan raya. Ia mungkin memberi mesej,
tiada gunanya dan sia-sia saja rakyat berhimpun di jalan raya kerana ia tidak akan
dapat mengugat kedudukan Mahazalim. Mahazalim nampaknya begitu yakin sekali masih
ada rakyat yang memihak kepada kerajaan pada pilihan raya.
- Memberi kesedaran kepada rakyat yang masih
dibuai mimpi indah, buat tak kisah, buta hati, bukan masalah mereka dan nyanyuk yang
masih menganggap kerajaan Bangsat Nasional adalah satu kerajaan yang menjaga
kepentingan rakyat. Mereka inilah yang dikatakan tahu membaca dan menulis, tapi
kewarasan mereka telah tersumbat. Mereka tidak dapat membezakan sama ada taik itu
wangi atau busuk. Sia-sia saja akal fikiran dikurniakan kepada mereka ini. Kepada
mereka di atas, saya tidak tahu sama ada mereka sudah bangun dari lamunan atau
tidak.
- Dukacita dimaklumkan sandiwara gila kerajaan
Bangsat Nasional tidak mendapat sambutan orang ramai. Kerajaan Bangsat Nasional
gagal mendapat sokongan orang ramai malah semakin ramai orang menolak kepimpinan
Mahazalim dan Bangsat Nasional secara keseluruhan. Padan muka dia orang. Siapa suruh
buat sandiwara gila yang hanya menjerat diri sendiri. Bolo punya olang!
- Mahazalim sudah tentu mahukan kemenangan di
pilihan raya kecil Lunas dengan apa cara sekalipun. Kepada BA, AWAS! BA perlu tahu
helah diktator gila ini.
- Diktator gila Mahazalim@Mahafiraun semakin
takut. Rakyat secara terangan-terangan menolak kepimpinan beliau. Rakyat mesti
menghadapi sebarang kemungkinan penyakit gila Mahazalim akan bertambah parah dan dia
akan membalas dendam kepada rakyat. AWAS! Jangan terikut-ikut gila sama pemimpin
kejam dan zalim ini.
- Lihatlah apa yang berlaku dalam perhimpunan
aman, siapa yang provoke siapa? Siapa yang memulakan keganasan? Biasalah tu, berita
belasah SB diperbesar-besarkan sementara itu berita reformist dibelasah dan
kenderaan dirosakkan oleh anjing kurap jangan harap dilaporkan di suratkhabar
lacuran kerajaan. Kepada anjing kurap, SB dan FRU mereka mungkin telah dipaksa dan
diugut untuk melakukan pekerjaan yang terkutuk ini. Sedarlah wahai anjing kurap, SB
dan FRU. Adakah kamu ingin menanggung dosa yang dilaknati oleh Tuhan kerana
membelasah orang yang tidak bersalah? Mereka perlu ingat doa orang yang teraniaya
lebih makbul. Kepada SB dan lain-lain, mereka perlu malu kepada diri sendiri kerana
rakan mereka tentera telah memihak kepada BA dalam pilihanraya kecil Teluk Kemang.
- Kenapa kerajaan takut sangat perhimpunan ini
diadakan?. Inilah yang dikatakan negara kita kononnya mengamalkan demokrasi
berparlimen. Kalau kerajaan berada dipihak yang benar, kerajaan seharusnya tidak
perlu bimbang kepada BA. Malangnya kebebasan berhimpun secara aman dan menyuarakan
pendapat secara terbuka tidak dibenarkan. Mahazalim dan Abdul Aziz boleh berdemo
tapi orang lain tak boleh. Negara apakah ini?
- Tak kira kaum mana sekalipun, doakanlah
kejayaan BA pada pilihanraya kecil Lunas yang akan diadakan tidak lama lagi. Jika
diizinkan oleh Tuhan, kemenangan BA di Lunas akan membawa satu fenomena baru ke arah
mewujudkan negara yang lebih telus dan demokratik.
LTL
|