minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Yahaya Ismail…tungguuuuuuuu!!!!

Oleh Ummu Natasya

BUKAN main marah Penulis Upahan terkenal Yahaya Ismail terhadap Laman-laman Pro Reformasi di internet kerena sejak kebelakangan ini, namanya tersiar dan mendapat gelaran penulis upahan. Dalam akhbar Bebas keluaran 1-15 Disember 2000 ada satu artikel mengecam Laman-laman Pro Reformasi yang disfatkannya sebagai penakut dan pengecut. Tapi kalau boleh, jangan beli akhbar ini, tumpang baca di kedai-kedai buku cukuplah. Akhbar ini pun tidak laku cuma ada ‘sponsor’ menyebabkan dia terus hidup.

Biasalah, dalam kilat ada kilau. Dalam kekilatan rambut putih Yahaya, ada kilau yang menunjukkan dia memang cukup hebat berbicara, mengatur dan menyusun kata-kata untuk menyintuk limau beberapa orang politik supaya membayar kepadanya menulis yang muluk-muluk dan menghentam siapa sahaja yang dia tidak suka.

Yahaya menulis sesuka hatinya mengaitkan Dato’ Seri Anwar dengan kes liwat walaupun perbicaraan mahkamah sehingga kini belum selesai, iaitu di peringkat rayuan dan Mahkamah Agung.

Bila dia tuduh orang, bila dia fitnah orang dia tidak kisah. Tapi bila dia kena sikit, maka dia melenting dan keluarlah perkataan; pooorah!

Dia betul-betul marah kerana kononnya penulis di Laman-laman Pro Reformasi menggunakan nama samaran. Tidak berani tampil dan menggunakan nama sebenar. Dia menggelarkan penulis jenis ini sebagai baling batu sembunyi tangan!

Yahaya terlupa dia juga seorang penulis yang selalu menggunakan nama samaran dan pelbagai bentuk nama yang bukan-bukan. Dia terlupa, kurap dan panau di badannya yang dikatakan bertuah dan boleh bawa rezeki memang diketahui orang.

Rekod Yahaya sebagai kaki perempuan semua orang tahu. Dulu, kerjanya sebagai jurugambar cukup menjijikkan. Dia akan usung gadis-gadis mogel ke hutan dan kawasan sungai untuk diambil gambar. Sebenarnya dia punya niat untuk melihat dari celah-celah baju tipis gadis itu untuk kepuasan matanya.

Cukup Yahaya, jangan terlampau sangat. Rahsia kamu juga ada dalam tangan orang lain. Sudah ada gadis-gadis yang pernah diraba Yahaya sanggup tampil memberi pengakuan. Yahaya usah terus menerus mengutuk Dato’ Seri Anwar dan memuji-muji Ummi Hafilda. Orang tahu, Yahaya berharap dapat keluar dengan Ummi Hafilda.

Yahaya, walaupun kamu boleh menyintuk limau seorang dua Syed Razak Syed Zain dan Ishak Ismail di Seremban tidak bermakna kamu boleh pusing semua orang. Bukan semua orang bodoh macam Syed Razak.

Dapat wang RM20,000 dari Syed Razak melalui Kahar Yaakob, bukan main lagi dia belasah Dato’ Abdullah Hasnan.

Kalau orang tahu siapa Yahaya Ismail sebenarnya, nanti khuatir dia tidak boleh menulis lagi. Kalau orang tahu apa yang dia dapat dari Daim Zainuddin dan Mustapa Mohamed, nanti orang jijik dengar namanya. Dia kutuk Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dengan kata-kata yang cukup kurang ajar.

Yahaya juga tulis sesuka hatinya mengenai YB Saudara Saifuddin Nasution Ismail. Dia ingat Saifuddin ini sama seperti Tengku Razaleigh Hamzah yang dia pernah dokong dan sokong. Silap besar. Yahaya mungkin mengharapkan upahan dari pemimpin keADILan tetapi sorrylah, ini bukan Umno.

Dalam Umno rasuah dan upah bebas seperti nama akhbar yang dipunyai Yahaya tetapi dalam keADILan, ia jauh berbeza.

Cukup setakat ini dahulu Yahaya. Kalau kamu tida berubah, kamu tunggu pulak pendedahan gadis-gadis yang mahu cabul. Kamu tungguuuuuuuuu!!!!!!!!!

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter