PENGHARGAAN DARI PKN PADANG SERAI
Parti Keadilan Nasional Bahagian Padang Serai,
Kedah
Darulaman.
Dengan segala hormatnya, kita panjatkan rasa syukur diatas kejayaan
calon B.A. YB Saifuddin Nasution Bin Ismail dari Parti Keadilan Nasional yang telah
memenangai kerusi N-34 DUN Lunas dalam pilihanraya kecil pada 29/11/2000.
Sesungguhnya
Parti Keadilan Nasional Bahagian Padang Serai amat terhutang budi kepada :
Pengerusi
Badan Perhubungan Parti Keadilan Nasional Negeri seluruh Malaysia.
Pengerusi Badan
Perhubungan Parti PAS Negeri seluruh Malaysia.
Pengerusi Badan Perhubungan Parti DAP
Negeri seluruh Malaysia.
Pengerusi Badan Perhubungan Parti PRM Negeri seluruh
Malaysia.
NGO
Persatuan Bekas Mahasiawa Universiti-Universiti Malaysia dan yang
berkenaan.
Orang perseorangan / Reformis / Penyokong dan Pendokong / Persatuan
Pada
semua yang terlibat.
Di atas bantuan dan kerjasama ikhlas mulai dari hari
penamaan calon hinggalah detik YB Saifuddin Nasution Bin Ismail diistiharkan menang,
dengan majoriti 530 undi. Bantuan dan kerjasama dari semua pihak yang membuat calon kita
memenangai plihanraya kecil tersebut.
Parti Keadilan Nasional Bahagian Padag
Serai yang terlibat secara terus dengan pilihanraya tersebut sebaliknya memohon
berbanyak kemaafan di atas ketidak sempurnaan layanan atau kekurangan kepada semua pihak
selama berada di DUN Lunas bagi menghadapi pilihanraya kecil berkenaan.
Kami
seluruh kepimpinan dan ahli Part Keadilan Nasional Bahagian Padang Serai serta penyokong
dan pendokong perjuangan alternatif sesungguhnya amat menghargai sumbangan dan
keihklasan perjuanagan yang ditunjukan. Tiada kata-kata indah yang dapat kami lafaskan
melainkan ucapan jutaan terima kasih di atas segala bentuk sumbangan dan bantuan yang
telah diberikan. Hanya Tuhan saja yang mampu membalasnya.
Sekian, terimakasih.
Satu
Wadah Satu Perjuangan.
Wassalamu.....,
Hamid Bin Othman
(Setiausaha
Bahagian)
Bagi pihak tenaga kerja
Parti Keadilan Nasional Bahagian Padang Serai,