minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

ANTARA BA DAN BN... SIAPA LEBIH GANAS?

Oleh Ummu Natasya

CUKUP banyak komen yang kita baca mengenai kemenangan dan kekalahan di dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kedah (Dun) Kawasan Lunas.

Di pihak Barisan Nasional (BN), antara alasan yang diberikan ialah keganasan di pihak Barisan Alternatif (BA) menyebabkan pengundi memilih BA.

Ada juga kenyataan budak-budak Melayu yang tidak tahu sembahyang mengatakan “orang-orang Dato’ Seri Anwar” tidak turun ke padang menceritakan siapa Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebenarnya (Rujuk akhbar The Sun 1 Disember 2000).

Apa yang dapat kita lihat, di kalangan saki baki yang tinggal dalam Umno masih lagi tidak tahu bercakap benar dan berpegang kepada hakikat sebenar.

“Rakyat tidak mahu Dr. Mahathir Mohamad” adalah hakikat sebenar dan inilah yang dapat dikutip dari puluhan ketua bahagian Umno yang ditemui selepas pilihan raya kecil ini.

“Padan muka Umno. Padan muka BN,” juga antara amanat popular dari para pekerja BN yang sempat ditemui.

“Sepatutnya Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri semakin sedar. Berubahlah…,” juga dapat didengar diperkatakan oleh mereka yang masih berada di dalam Umno.

Muhasabah diri. Usah menuding jari ke sana dan ke mari mencari kesalahan. Kedah adalah Negeri Dr. Mahathir Mohamad. Kedah adalah negeri yang diwakil cukup ramai Menteri. Selain Perdana Menteri, di situ datangnya Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas dan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. Dari Kedah juga datangnya Menteri Kebudayaan Kesenian dan Perlancungan.

Rakyat tahu sebenarnya siapa yang mereka undi. Rakyat Kedah bukan bodoh. Kalau rakyat Kedah bodoh, macam mana mereka boleh lahirkan seorang ahli fikir terkemuka bernama Tan Sri Sanusi Junid?

Samy Vellu dan Chua Jui Meng yang jadi Pengerusi MCA Kedah juga sudah ditolak rakyat. Walaupun mereka saban hari berada di Lunas, jelas kehadirannya tidak diterima. Mereka hanya memikul beban Dr. Mahathir yang senilai dengan mereka, tidak dikehendaki oleh rakyat Lunas.

Baca satu rencana tulisan seorang wartawan India di Berita Harian 1 Disember 2000. Katanya, kebanyakan yang datang (dari BN) hanya sekadar menunjuk muka. Maknanya mereka datang bukan berkempen tetapi hendak tunjuk muka yang mereka ada sama di situ. Nak cari makan lah tu…

Ada seorang dua penyokong BN pula berkata, pembangkang mainkan isu bangsa dan agama terlalu sangat menyebabkan rakyat terkeliru. Ini satu lagi kenyataan yang cuba menuding jari ke muka orang lain. Apa Umno tidak bercakap langsung pasal Islam. Apa Umno tidak bercakap sedikit pun pasal agama. Apa Umno tidak sedikit pun bercakap pasal Melayu. Umno sebenarnya lebih dahsyat memainkan isu agama dan bangsa dari lain-lain parti.

MIC sudah tidak relevan. Dengan bantuan IPF dan PPP pun mereka kalah bermakna Samy Vellu mesti berhenti. Dia dah cukup kaya. Pakaiannya mahal-mahal dan hanya dipakai sekali dua kemudian buang. Anaknya berkahwin, dia menghabiskan berpuluh juta ringgit. Penyanyi dari Negara India dipanggil untuk menghiburkan hadirin. Dari mana wang puluhan juta ini datang kalau bukan kerana rasuah?

Rakyat sudah semakin pandai sekarang. Pelbagai maklumat sampai kepada mereka. Mereka boleh pertimbangkan. Yang samseng Dato’ Zakaria Mat Derus. Adun Selat Kelang ini menampar Adun Bandar Kelang. Ini namanya samseng.

Yang kasar dan bertindak ganas ialah Tan Sri Sanusi Junid. Dia menampar pekerja KLIA. Dia disabitkan kesalahan dan dihukum RM1,000. Ini namanya Umno dan BN mempunyai samseng dan kaki pukul. Janganlah menuduh pembangkang pula.

Mana dia Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Khalil Yaakob? Dr. Mahathir patut buang Setiausaha Agung ni. Dia tidak relevan lagi. Kerja dia sekarang simpan janda-janda muda yang nak berniaga dengan Kementerian Penerangan.

Cuba tanya kepada Khalil mana Kuza sekarang tentu dia tersenyum. Bukan sedikit duit yang dibawa ke Lunas oleh Khalil. Tak percaya tanya Timbalan Menteri Penerangan, Dato’ Khalid Yunus. Penceramah-penceramah Umno seperti Datuk Nakhaie Ahmad nyata tidak diterima. Walaupun dia pandai bercakap tetapi dia bukan orang yang ada nilai-nilai perjuangan.

Umno sudah sampai ke penghujung. MCA dengan pergolakan dalamannya. MIC sudah tidak relevan dipimpin Samy Vellu. PPP dan IPF parti yang tidak ada kesan. Jadi, BN hanya tunggu masa untuk dikapankan. Selamat tinggal Dr. Mahathir dan selamat jalan Abdullah Ahmad Badawi yang nyata tidak disenangi orang-orang kampung di Lunas.

 

 

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter