minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

MGG 127

Eusoff Chin Dan Perlembagaan
(Eusoffe Chin Finds The Constitution)
-Oleh  Anon.


Tulisan MGG Pillai mengenai hal ini  yang telah diterbitkan dulu, memang menarik sekali.  Keterangan beliau  mengenai perlantikan Hakim Dzaiddin  tentu ada kena mengena dengan gesaan Mokhtar Abdullah, seorang lagi penjilat Perdana Menteri itu. Eusoff Chin tentu sedar betapa bantahannya itu tidak berasas kerana mengikut  artikel 122B dalam Perlembagaan, Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan itu adalah satu jawatan  yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong, setelah menerima nasihat seorang Perdana Menteri dan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.

Mereka berdua itu memang kerugian besar seandainya Mokhtar tidak dilantik menjadi Ketua Hakim Negara. Pada 1994, sebaik sahaja menjadi Peguam Negara, salah satu  tindakan  jijik Mohtar ialah menarik balik tuduhan rasmi terhadap adik Eusoff Chin yang bernama Omar Chin yang dikenakan  tuduhan rasuah.  Omar adalah adik Eusoffe dan bertugas sebagai seorang  pegawai di mahkamah Ipoh dan seperti abangnya memang amat korup.  Di telah diperangkap oleh ACA (BPR) yang telah berjaya menyediakan bukti wang songlapan untuk memerangkapnya.

Mokhtar juga telah  menutup satu kes  penyiasatan yang dilakukan oleh BPR  terhadap Ketua Hakim Negara (terdahulu sebelum Eusoff Chin)  Hamid Omar, sebelum BPR siap menyelesaikan penyiasatan mereka. Tindakannya ini memang bersalahan dengan undang-undang dan boleh dikenakan hukuman. Namun, siapakah yang boleh melupakan keengganan  Mohtar untuk memberikan keizinan  mendakwa Rafidah Aziz  walaupun sudah cukup bukti  yang dikumpulkan oleh BPR.


Ketika Anwar dibicarakan, Mohtar kerap dilihat berada di pejabat Eusoffe Chin. Setiap kali berakhirnya sidang mahkamah, Augustine Paul akan menyelinap masuk pejabat Eusoff Chin  membincangkan  perjalanan mahkamah dan mendapatkan panduan baru daripada mereka berdua. Adalah menyeronokkan kalau kita dapat  pembabitan beberapa orang hakim Mahkamah Tinggi yang pernah melihat tiga manusia ini membincangkan perjalanan mahkamah itu.  Tindakan mereka itu adalah bersalahan dengan proses pengadilan. Memang jelas adanya satu konspirasi untuk mendera yang tertuduh (Anwar Ibrahim) berasaskan bukti yang sengaja diada-adakan.

Demikianlah beberapa kelakuan jenayah  Mohtar yang memperlekehkan proses pengadilan dan menyalahi Kanun Jenayah. Tetapi, bagaimana pula dengan Eusoffe Chin?  Tindakannya menghadiri Kes Ayer Molek dan Kes Fitnah membabitkan Vincent Tan merupakan satu kesalahan di bawah Seksen 15(2) Anti Corruption Act. Seksen Akta ini ada menyebut:

"Seorang pegawai  yang menganggotai jawatan awam boleh didapati bersalah  jikalau dia membuat sebarang keputusan ataupun membabitkan diri dalam sebarang perkara di mana dia mempunyai kepentingan di dalamnya."

Untuk menarik perhatian, BPR  perlu mendapatkan bukti  betapa Eusoffe Chin telah meraih kepentingan sesuatu sama ada daripada Lingam ataupun Vincent Tan. Perkara ini amat mudah diperolehi.

BPR tidak boleh meneruskan tindakan mereka terhadap Eusoffe sekarang ini, kerana setiap pendakwaan memerlukan persetujuan Mohtar.  Untuk bertindak terhadap Mohtar dan juga Eusoffe, negara ini memerlukan seorang Peguam Negara (yang baru)  yang mampu bertindak tegas dan bebas dan seorang ketua kehakiman yang memegang jawatan Ketua Peguam Negara. Inilah yang merunsingkan kedua mereka itu seandainya Mohtar tidak diwartakan sebagai Ketua Hakim Negara yang baru.

Untuk menentukan Eusoff Chin dan Mohtar diadili  mahkamah, satu lapuran baru perlu dibuat selepas Mohtar dan Eusoffe tidak lagi memegang jawatan mereka. Inilah sahaja caranya untuk mencampakkan keputusan mahkamah mengenai tuduhan Vincent Tan itu. Sebenarnya, Mohtar dan juga Eusoffe Chin hanya dapat diseret ke majlis pengadilan sebaik sahaja si Mahathir itu sudah tidak lagi mempunyai sebarang kuasa.


-Anon (Hamba Allah)-

Terjemahan MT

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter