Perlantikan Ketua Hakim Baru
Saya
ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Mohd Dzaiddin Abdullah atas lantikannya sebagai
Ketua Hakim yang baru. Secara kebetulan saya mengenalinya sejak awal enam puluhan,
manakala beliau berkhidmat sebagai seorang Inspektor dalam pasukan polis Malaysia (buat
seketika dalam Cawangan Khas, jikalau tidak silap), sebelum beliau mempelajari
undang-undang. Saya mengingati beliau sebagai seorang yang ramah serta disenangi.
Saya
tidak menyalahkan Dzaiddin kerana apa saja peranan yang dimainkannya pada masa lampau.
Buat sekarang, saya bersimpati terhadapnya kerana beliau mengambil jawatan penting ini
pada ketika imej, nama baik dan kredibiliti kehakiman adalah pada taraf yang meleset
sekali. Beliau menghadapi masalah sangat besar untuk memulihkannya.
Sebagai
permulaan, lantikan Dzaiddin memberikan suatu harapan. Dengan ikhlas saya percaya bahawa
beliau boleh memulihkan kepercayaan umum kepada jawatan yang disandangnya, apabila dapat
membuktikan diri sebagai seorang Ketua
Hakim yang tidak korup, bebas dan adil, dan
tidak boleh dipengaruhi oleh sebarang tekanan oleh pihak berkuasa.
Untuk
memulihkan imej dan nama baik kehakiman, Dzaiddin perlu melampaui diri sendiri. Saya
bimbang beliau akan terpaksa menghadapi cabaran sangat berat untuk cuba merombak
sebahagian daripada susunan kehakiman yang sudah “dimakan ulat”. Ini merupakan satu
tugas mulia yang harus diambilnya. Saya doakan beliau berjaya.
Dr Syed Husin
Ali
Presiden PRM
7hb Disember 2000