MGG 117
Seks Di Mahkamah (MGG: Sex And The Malaysian Judge)
Ketua
Hakim Negara Bolehland, Tun Eusoff Chin telah mengarahkan peguam wanita
berpakaian lebih senonoh lagi. Mereka tidak seharusnya memakai seluar ketak, pakaian yang
sendat ataupun balaou yang terbelah di dada sehingga mampu menyerlahkan pangkal payu dara. "Para Hakim, sama ada lelaki ataupun perempuan, mudah sangat
dirasuk oleh serlahan gambaran yang ditonjolkan pakaian yang menjolok mata, demikian
katanya kepada para wartawan di Seremban (sila lihat NST 1 November, 2000). Dia membuat
kesimpulan betapa para hakim; lelaki ataupun perempuan mudah naik miang sehinggakan mahkamah
terpaksa bertindak sebelum ulat bulu naik ke mata. Kenapakah dia mesti sebut
semua perkara ini? Apakah ini yang diperlukan oleh dek korum mahkamah sehingga ia
memerlukan satu surat pekeliling khas daripada mahkamah? Apakah susahnya memberi tugas
kepada seorang pegawai mahkamah untuk mengecam peguam yang terbabit dan berbisik kepadanya
akan pakaiannya yang dianggap tidak bersopan? Inilah jadinya kalau Ketua Hakim mahu
membuat peraturan mengenai cara berpakaian di mahkamah, sedangkan perkara itu terlalu
kerap dilakukan perubahan sehinggakan ia mengancam seperti perlembagaan persekutuan pula.
Ketua
Hakim Negara itu selalu tidak berfikir dulu apabila dia bercakap kepada wartawan di
mahkamah. Dia sengaja suka membebel tak menentu. Para peguam perlu berpakaian
mengikut seleranya apabila berada di mahkamah. Tetapi, mereka bebas pergi bersantai
dengan para hakim, terutama sekali kalau mereka mempunyai kes yang akan diadili oleh hakim
itu. Para peguam masa kini tidak perlu pengetahuan yang mendalam mengenai undang-undang
tetapi mereka mesti kenal para hakim. Inilah caranya sistem pengadilan terulung di
Bolehland. Standard kehakiman itu merangkumi apa yang dipakai oleh para peguam. Peraturan
ini bukan sahaja mengenai peguam wanita. Bej, lencana, logo malahan serban hitam pun
dikatakan mencuit semangat para hakim. Peraturan berpakaian itu bertujuan mengekang
kebebasan. Saya tidak perasan akan hal ini sehinggalah Ketua Hakim negara itu
menyentuhnya, bahawa para hakim tidak boleh berada di kerusi tingginya selagi tidak dianggap
sudah naik miang. Oleh kerana mereka tidak boleh miang di khalayak ramai,
apatah lagi di mahkamah, para peguam terpaksa dikekang dengan cara yang sesuai untuk
tidak menaikkan syahwat mereka.
Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat
pernah memberi ingatan kepada kaum wanita agar tidak berpakaian kurang sopan. Ketika
itulah para menteri kabinet, kumpulan wanita dan ahli politik UMNO bersuara lantang
menyanggahnya. Meledaklah taufan secara yang tidak dijangkakan. Tetapi, taufan jenis
cangkir teh ini lesap begitu sahaja seperti cara ia muncul. Tok guru Nik Aziz
disanggah kerana itu merupakan amalan politik. Tetapi, apabila Ketua Hakim Negara
berkata sesuatu yang mirip dengan ingatan Tok Guru itu tidak ada pun satu suara yang
sanggup menyanggahnya. Sebaliknya pula Dato Abdullah Badawi, timbalan perdana
menteri mula mencanang betapa adilnya mahkamah itu. Apa yang dikatakan oleh Tok Guru itu
akan menjadi kenangan orang tetapi segala sikap kebodohan Ketua Hakim Negara itu
melambangkan betapa tempangnya sistem kehakiman di negara ini. Di
manakah perginya semua kumpulan yang naik berang tidak bertempat terhadap Tok Guru?
Kenapakah mereka tidak menyanggah ucapan Ketua Hakim Negara itu?
Apakah serangan
yang dilakukan kepada Menteri Besar Kelantan itu disebabkan ia difikirkan sesuai
dilakukan sedangkan ia tidak perlu dilakukan terhadap Ketua Hakim Negara kerana dia adalah
orang yang membuat keputusan mahkamah?
-MGG Pillai-
|