minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

MGG 148

Mencari Seorang Ketua Hakim Negara
(MGG: In Search Of A Chief Justice)

Satu bulan sudah berlalu sejak Majlis Raja-Raja mengisytiharkan nama Ketua hakim Negara  yang baru, Tan Sri Dzaiddin Abdullah. Malangnya nama itu tidak ada dalam ingatan seorang Perdana Menteri sedangkan  dia selalu menghadiri persidangan majlis raja-raja itu. Dia juga berjumpa dengan Yang Di Pertuan Agong sekali dalam setiap minggu  malahan dia tidak pernah membantah apabila pemegang mohor raja-raja mengumumkan nama  orang itu ke seluruh dunia. Kalau pun dia pernah absen salah satu persidangan raja-raja itu, timbalannya Abdullah Badawi tentu telah memberitahu apa yang telah berlaku.

Setiap kali majlis raja-raja membuat pengumumannya, tentu sekali  ada pegawainya yang diberitahu akan hal itu. Lagipun menteri yang bertanggungjawab mengenai undang-undang, Rais Yatim,  memang ghairah dengan pengumuman itu. Jadi, apakah muslihatnya apabila perdana menteri menafikan apa yang dia sepatut tahu  lebih dulu-dulu itu? Apakah dia bercadang memberitahu seluruh dunia; disebabkan dia tidak tahu-menahu hal perlantikan itu, Tan Sri Dzaiddin akan memegang tugasnya   tanpa pengetahuan perdana menteri dan dengan itu mampu menjalankan tugas secara bebas dan tidak berbelah-bagi? Ataupun beliau sedang merajuk kerana majlis raja-raja tidak memilih orang yang dia mahu tunjuk: Ketua Peguam Negara yang sedia ada, Tan Sri Mohtar Abdullah?

Ketua  Hakim Negara yang sedia ada, Tun Eusoff Chin akan bersara pada 20 Disember, yakni dua minggu lagi. Ketika majlis raja-raja mengeluarkan kenyataan akan perlantikan penggantinya, dia menggelupar ke sana dan sini. Dia tidak pun dipanggil untuk dirujuk ataupun diberitahu mengenai perlantikan baru itu. Dari segi perlembagaan, memang dia tidak perlu dirundingi terlebih dahulu, tetapi itulah amalan sebelum itu. Adalah hak Perdana Menteri mencadangkan sesiapa ke pangkat Ketua hakim Negara tanpa merujuk kepada sesiapa juga. Kalau perlantikan mengenai jawatan lain dalam jabatan perundangan, barulah pandangan ketua hakim negara itu dirujukkan. Dalam  keputusan majlis raja-raja itu, Tun Eusoff hanya mengetahui perlantikan Tan Sri Dzaiddin  hanya satu jam sebelum kenyataan akhbar itu diedarkan.

Sebagai amalannya, tiga nama telah dikemukakan - Tan Sri Dzaiddin, Tan Sri Mohtar dan seorang hakim mahkamah persekutuan, Dato' Fairuz Sheikh Halim. Tan Sri Dzaiddin adalah hakim  mahkamah persekutuan yang terkanan sekali. Dulu, Tan Sri Mohtar adalah seorang hakim mahkamah tinggi juga. Dia meletakkan jawatan itu untuk menjadi Ketua Peguam Negara, satu kerusi yang memang merupakan jawatan pilihan. Ada satu macam janji ataupun pengharapan, kalau Tan Sri Mohtar berperangai baik mengikut kehendak seseorang dia akhirnya akan diloncatkan untuk merangkul jawatan Ketua Hakim Negara itu.  Seperti yang berlaku kepada setiap institusi kerajaan di negara ini, Perdana Menteri sudah lama bertindak agar  para hakim melakukan tugas mengikut apa yang dilakar oleh perdana menteri. Ini bererti para hakim mesti memberikan kesetiaan yang dibuktikan dengan keputusan mahkamah yang disenanginya.  Memang tidak ada bukti bertulis mengenai hal ini tetapi cara cepatnya insan yang mengingkari peraturan ini dipinggirkan  adalah cukup dijadikan isyarat kepada orang yang terbabit.

Perdana menteri  tentu telah sedar betapa majlis raja-raja  bertegas dengan keputusan yang telah diambil itu.   Dia telah berjumpa dengan Tan Sri Dzaiddin sebanyak dua kali  sebelum mengemukakan nama beliau, seolah-olah dia tidak mempunyai sebarang masalah dalam mengemukakan nama itu.  Masalahnya, Tan Sri Dzaiddin tidak ada dalam buku Tun Eusoff Chin yang mahukan beliau  mampu membuat keputusan mahkamah yang menyenangkannya.  Lagipun, ada satu perkara yang tidak disenangi oleh Perdana Menteri yang membabitkan  para peniaga yang  mahu  pihak kehakiman berpihak dengan mereka dalam menyanggah pihak yang tidak mereka senangi.  Pada lazimnya   sistem pengadilan selalu berpihak kepada kerajaan. Tetapi perkara ini tidak pula dikaitkan kepada   seorang peniaga yang menghadapi satu kes mahkamah yang  membabitkan seorang insan dan beberapa saingan niaganya.

Setelah berlakunya peristiwa itu, maruah sistem penghakiman negara pun jatuh meruntun.  Pengaiban itu berlaku begitu cepat sekali sehinggakan persaraan Tun Eusoff Chin menjadi satu peristiwa yang dipandang sepi sahaja. Kini Perdana Menteri sudah sedar bahawa Tun Eusoff memang tidak boleh diharap.  Orang yang penting yang memberi nasihat guaman kepada Perdana Menteri ialah Tun Hamid Omar, bekas Ketua Hakim Negara. Beliaulah yang mencadangkan nama Mokhtar Abdullah menjadi Ketua peguam Negara, setelah semua nama yang dicalonkan oleh Ketua Peguam Negara yang mahu bersara ketika itu, Tan Sri Abu Talib, tidak diperkenankan. Peristiwa ini telah mengejutkan ramai insan  dalam masyarakat perundangan ketika itu.

Tan Sri Abu Talib mahukan Tan Sri Mohtar disiasat  kerana perangainya sebagai hakim mahkamah tinggi, sebaik beliau menggantikan jawatannya. Perangai buruk yang disangsikan itu diperakui juga akhirnya apabila Mohtar bertindak mengenepikan prinsip perundangan  dan segala prosedur yang ada dengan  mendera  Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan tuduhan  rasuah dan sodomi.  Terdapat banyak gambar Mokhtar pergi bersantai dengan Vincent Tan dan juga peguamnya Dato V.K. Lingam  dan keluarga mereka di Italy. Itulah masanya Mohtar bersantai sama dengan Tun Eusoff dan keluarga mereka di mana terdapat kroni seorang peniaga terkenal yang ikut serta.

Majlis raja-raja memang tidak berapa berminat memilih Mohtar menggantikan Tun Eusoff Chin. Lagipun nama Tan Sri Dzaiddin dikira nama yang paling disenangi. Tetapi, beliau pernah dipinggirkan daripada senarai mereka yang bertugas di mahkamah tinggi oleh Tun Eusoff Chin. Alasannya ialah kerana beliau gagal memberikan pengadilan mahkamah  yang  betul mengikut selera Tun Eusoff Chin. Itu sebabnya dia tidak mendapat kenaikan pangkat selama ini.  Apabila majlis raja-raja galak menolak beberapa nama yang dicadangkan sebelum ini, nama Tan Sri Dzaiddin sebenarnya sudah menjadi makluman untuk dipertimbangkan.

Isteri Tan Sri Dzaiddin merupakan adik kepada Tengku Ahmad Rithauddin, mantan menteri luar yang juga merupakan adik ipar kepada bekas Raja Perempuan Perlis. Walaupun majlis raja-raja memilihnya, ada juga di kalangan warga majlis itu yang curiga dan kurang senang kalau-kalau beliau  cuba menjadi seorang hakim serba musim.

Namun, majlis raja-raja menaruh harapan Tan Sri Dzaiddin akan melakukan rombakan  mengembalikan martabat kehakiman negara. Ini akan memakan masa dan tentu akan melangkaui usia perkhidmatannya. Dia hanya boleh memegang jawatan itu, kalau diambil kira sambungan enam bulan, hanya untuk dua tahun sahaja. Perdana menteri yang mengemukakan tiga nama tanpa merujuk kepada Ketua Hakim Negara terlebih dulu, terpaksa menerima keputusan raja-raja. Ini bererti perlantikan itu sebenarnya dilakukan oleh majlis raja-raja dan bukannya oleh perdana menteri.

Sistem  kehakiman negara memang sedang dilanda krisis disebabkan perangai sumbang seorang ketua hakim negara. Kepercayaan betapa  pengadilan tidak mungkin dicapai  kerana  seorang peniaga yang berpengaruh ataupun  dia diwakili oleh seorang peguam yang seumpama Dato Lingam ataupun kerana orang itu memang mahu dimusnahkan oleh kerajaan  membuatkan anggapan itu menjadi begitu mencengkam sehingga  melunturkan martabat satu institusi yang sungguh mulia satu ketika dulu.  Pelabur  asing meminggirkan Malaysia setelah bekas Ketua hakim Negara, Tun Salleh Abas diperlekehkan kerana wibawa beliau yang sungguh adil.  Apabila peniaga tempatan berjaya mengkotak-katikkan sistem perundangan negara ramai peniaga asing yang membuat keputusan untuk menarik diri.

Ada satu affidavit yang tidak pun dicabar oleh Dato Lingam yang menunjukkan betapa beliau telah menulis keputusan pengadilan bagi pihak Tun Eusoff yang melibatkan Vincent Tan, anak guamannya dan penulis ini. Di samping itu, selepas bersantai dengan Lingam di New Zealand, Ketua hakim Negara itu telah  menjatuhkan hukuman  bernilai RM 2 juta dalam kes yang membabitkan saman malu, sedangkan segala bahan bukti yang diungkit dalam kes itu telah sengaja beliau ketepikan.

Yang lebih mencemar kebebasan sistem kehakiman negara itu ialah  kes rasuah dan sodomi yang membabitkan Dato Seri Anwar Ibrahim.  Beliau bukan sahaja telah dibaham dan diaibkan, tetapi untuk menentukan beliau akan terhukum, pengadilan telah dilakukan oleh insan yang baru sahaja dinaikkan pangkat mereka menjadi hakim mahkamah tinggi. Dia dikenakan hukuman seperti yang dijangkakan.

Apabila mahkamah persekutuan bersidang untuk  mendengar rayuannya, Dato Seri Anwar telah mengenepikan para peguamnya dan membela dirinya sambil meminta Ketua Hakim Negara mengundurkan diri daripada turut mengadili kes itu. Dia berhujah panjang sehingga mampu memperlekehkan kewibawaan sistem perundangan yang sudah sememang aib itu. Tun Eusoff enggan berbuat demikian. Dato Seri Anwar pun enggan meneruskan rayuannya kerana dia tidak yakin pengadilan mampu berpihak kepadanya. Inilah membuatkan sistem kehakiman negara sudah bertaraf tong sampah sahaja.

Perdana Menteri sedang terjebak dalam hal ini. Di satu pihak dia mahukan satu sistem kehakiman  yang mulia seperti yang ada sebelum Tun Eusoff Chin menjadi Ketua Hakim Negara.   Di satu pihak pula dia mahu sistem pengadilan yang mudah dikuit-kutinya agar dia mampu melunaskan nafsu untuk menghapuskan musuh ketatnya, Dato Seri Anwar Ibrahim. Jadinya, masyarakat kehakiman itu sendiri yang terjebak dalam pertaruhan di antara Mahathir dan Anwar. Masyarakat Melayu yang kini sudah pun menarik sokongan mereka terhadap UMNO, memang menganggap sistem kehakiman negara itu sebagai alat Mahathir semata-mata. Mereka memang tidak mempunyai harapan yang tinggi terhadap sistem kehakiman itu. Pada hemat mereka, sistem kehakiman  sudah tidak penting lagi. Inilah padahnya yang perlu dihadapi oleh Mahathir kerana cuba mengukir sejarah untuk mencipta satu negara Malaysia 2020 yang cuba dilakukan mengikut acuan otak yang gila. Inilah yang semakin menghantuinya. Kerana itu dia mengeluarkan kenyataan yang dia tidak tahu-menahu akan perlantikan Tan Sri Dzaiddin. Gelagatnya itu adalah satu gambaran betapa tertekannya beliau kini sehingga sanggup berbohong lagi. Inilah sikap seorang tua yang sudah tidak mampu melaksanakan idamannya melainkan membuat ugutan dan serangan  terhadap sesiapa juga sedangkan dia sedar bahawa semua itu akan mengaibkan dirinya juga.

Mahathir harus berterus terang untuk menyelesaikan keributan yang melanda. Di India ada satu sistem yang memberi penekanan kepada usia khidmat seseorang itu. Ia mampu dipraktikkan dengan jayanya. Para hakim dilantik  mengikut sokongan yang dibuat oleh Ketua Hakim Negara. Selepas itu, kenaikan pangkatnya bergantung kepada usahanya sendiri.

Tetapi di Malaysia,  Tun Eusoff sengaja mengenepikan sistem ini. Dia melantik hakim dari kalangan mereka yang tidak layak kerana dia mementingkan kesetiaan mereka.  Amalan begini mungkin berulang lagi kalau ada orang lain yang tamak seperti Tun Eusoff dilantik menjadi ketua hakim negara ataupun pemegang jawatan itu mudah dimanipulasi oleh tekanan politik. Namun, para hakim tidak lagi akan terpinggir seperti yang berlaku kini kerana mereka tidak lagi merasa berhutang budi lebih-lebihan kepada ketua hakim negara itu.

Memang ada cara lain untuk membuat pilihan itu. Ini memerlukan agar hanya hakim yang berkaliber diambil kira. Namun, akan muncul juga satu dua telor tembelang yang boleh diketepikan. Mahathir tidak akan menerima mudah perkara ini. Para hakim adalah manusia yang penting kepada masyarakat yang memerlukan khidmat mereka. Apatah lagi kepada sesiapa yang melantik mereka untuk memuaskan muslihat agenda yang ada. Inilah yang menjadi amalan di Malaysia.

-MGG Pillai-
6 12.2000.

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter