minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Alahai! Akhbar Harian (2)

Oleh Ummu Natasya 

SALAH satu sebab kemenangan calon BA dalam pilihan raya kecil Dun Lunas ialah kerana sikap akhbar harian yang keterlaluan.

Main punya main, akhirnya mereka semua tidak tahu yang mana betul dan yang mana berita palsu. Itulah sebabnya pemimpin Umno termasuk Abdullah Ahmad Badawi dan Dr. Mahathir Mohamad mendapat laporan salah, kononnya parti-parti pembangkang bermasalah menyebabkan mereka, BN boleh menang.

Saban hari ada sahaja cerita pembangkang bermasalah. Mereka melaporkan kononnya DAP memboikot pilihan raya kecil. Mereka membawa cerita ada penyokong keADILan dan DAP bertindak keluar parti. Ini strategi lapok dan ia sudah tidak sesuai lagi.

Di Utusan Malaysia, otak yang mereka ikut ialah otak Zainuddin Maidin. Zainuddin Maidin ini memang orang lama dalam dunia kewartawanan. Malangnya, pemikirannya sudah tidak sesuai untuk alaf baru ini. Masyarakat sekarang masyarakat yang cukup terdedah dengan pelbagai maklumat. Mereka tidak bergantung kepada Utusan Malaysia sahaja.

Saya percaya ramai wartawan Utusan Malaysia sendiri tidak setuju dengan putar belit berita cara itu. Namun, mereka terpaksa menjaga periuk nasi. Di tambah dengan otak Yazid, Presiden PWMM yang masih bekerja di Utusan Malaysia, akhirnya Utusan Malaysia benar-benar menjadi kertas tandas dan kertas bungkusan.

Di Berita Harian, ada seorang dua lagi yang kepala batu. Mereka tahu akhbar mereka tidak laku di pasaran. Cara terbaik ialah dengan menjadi pengampu. Nasib baik BA tidak memboikot akhbar ini seperti yang dikenakan kepada Utusan Malaysia, TV3 dan NST. Itulah sebabnya Berita Harian sepatutnya lebih faham dari Utusan Malaysia yang tidak tahu bahasa.

Rakyat dibohongi. Cerita DAP tutup bilik gerakan diberi liputan meluas. Berita Lim Kit Siang berucap dengan fakta-fakta tidak dilaporkan. Alasannya ialah pembangkang mempunyai akhbar sendiri.

Bayangkan, mereka mengemudi akhbar harian tidak termampu melawan Harakah dan Roket. Di samping akhbar besar ini, ada akhbar-akhbar kecil (tabloid) yang turut berperangai seperti mereka. Namun, rakyat tetap menolak BN yang sentiasa dijilat oleh Zainuddin Maidin.

Jika Zainuddin Maidin dibenarkan duduk di Utusan Malaysia selama empat atau lima tahun lagi, nescaya bangkraplah akhbar itu. Paling tidak pun, ia akan menjadi akhbar Watan yang pernah dikemudikan tauke judi, Tengku Adnan Tengku Mansor.

Apakah akhbar-akhbar harian masih tidak sedar lagi? Apakah akhbar-akhbar harian ini masih mahu bermain acilut lagi. Apakah akhbar-akhbar harian ini masih menyangka mereka boleh berbohong apa sahaja kepada pembaca?

Ketepikanlah Zainuddin Maidin. Jauhkan orang-orang seperti Abdullah Ahmad. Singkirkan Hang Jebat dan macam-macam nama samaran yang cukup menjijikkan itu.

Kekalahan BN di Lunas sebenarnya adalah tamparan buat Astora Jabat. Penceramah Umno ini tidak dapat menyakinkan orang-orang Islam bahawa dia adalah ulama sebenar. Cara dia berpakaian, cara dia bercakap dan berhujah orang sudah tahu dia diupah untuk mengatakan Dr. Mahathir dan Umno itu benar.

Alahai! Akhbar harian, apalah malang nasib kamu. Dunia kewartawanan sudah menjadi dunia pelacuran. Penuh dengan dosa dan noda. Penuh dengan pembohongan dan putar belit. Yang benar dikatakan salah dan yang salah dikatakan benar.

 

habis   

 

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter