minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Antara Pemimpin Politik Dan Lampin Bayi

(MGG Politicians And Diapers )

(Artikel asal dalam Bahasa Inggeris boleh dibaca di muka surat 15, Harakah 5-19 Ramadan 1421)

Perdana Menteri berkata setiap rakyat Malaysia yang mahukan beliau berundur, harus keluar daripada negara ini. Bukankah rakyat yang melantiknya dulu? Kalau anda tidak bersetuju dengannya anda yang patut pergi dulu. Timbalan Perdana Menteri pula ada berkata: "…pegawai kerajaan yang tidak setia kepada UMNO dan Barisan Nasional harus meletakkan jawatan, walaupun mereka setia kepada kerajaan…". Kedua tokoh ini memang sedang berserabut otak mereka kerana mereka kerap diperli dan diejek sehinggakan rakyat semakin yakin bahawa masalah yang melanda negara dan UMNO hanya akan selesai seandainya mereka berdua melepaskan jawatan. Mereka berdua memang amat gemar menuturkan ugutan yang mereka tidak mampu menguatkuasakannya. Pegawai kerajaan memang dibenarkan bergiat dalam politik, tetapi mereka terpaksa berwaspada kalau mereka menyokong pihak pembangkang. Lagi banyak ugutan yang dihamburkan, walaupun dipinda beberapa kali mengikut suasana terkini, lagi tidak relevan jadinya ugutan itu. Mereka fikir ini zaman feudal lagi dan sebagai ketua feudal mereka anggap apa yang mereka cakap, semua orang mesti akur.

Di Malaysia semua pemimpin enggan melepaskan jawatan mereka ketika sampai waktu berbuat demikian. Pemimpin parti politik, menteri kabinet dan juga exco negeri memegang jawatan mereka berdekad-dekad sehingga naik kotai. Perdana menteri sudah kekal selama dua puluh tahun, Wan Mohtar mantan menteri besar Terengganu bertakhta selama 25 tahun, Isa Samad akan memulakan dekad kuasanya yang ketiga dalam masa dua tahun lagi. Lim Kita Siang sudah berkuasa sebagai Setiausaha Agung dan kini sebagai pengerusi parti selama tiga dekad. Samy Vellu sudah memimpin MIC selama 22 tahun. Ling Liong Sik telah memimpin MCA selama 10 tahun dan Lim Keng Yaik telah memimpin Gerakan selama tempoh itu juga.

Begitulah panjangnya senarai itu. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada badan sukan negara. Apa yang berlaku kepada Sukan Asia yang membabitkan Doha itu memang bukannya sesuatu yang memeranjatkan. Mereka yang pergi mendapatkan peluang untuk menjadi tuanrumah sukan itu sudah tidak tahu bagaimana menggunakan taktik gerilla untuk mengalahkan pihak saing. Apabila kalah, mereka gunakan akhbar Malaysia untuk menuduh para pemilih Majlis sukan itu sambil menangis laksana anak-anak yang kehilangan barang mainan mereka.

Negara memang sudah berkecamuk. Kabinet kini sudah bersifat satu majlis perbandaran pada satu hari, menjadi tukang pendamai satu keesokan harinya, tukang penentu harga di hari yang ketiga, tukang canang kepada hukum-hakam yang tidak relevan dan tidak boleh dikuatkuasakan pada hari keempatnya. Semua ini berlarutan selagi ada persekongkolan antara pemimpin Melayu dengan rakyatnya. Persekongkolan ini seakan satu perjanjian (yang tidak bertulis) di mana sipemimpin boleh lakukan apa yang disukainya selagi dia tidak mencemar keluhuran Budaya Melayu.

Perpecahan boleh berlaku kepada kepimpinan orang Cina, India, Dayak, Kadazan, dan sesiapa lagi? Asalkan kepimpinan orang Melayu itu bersepadu, semua perkara boleh dibereskan. Untuk mengekalkan hakikat ini, seseorang pemimpin Melayu feudal menerima fahaman bahawa dia tidak boleh mengaibkan seseorang pemimpin kalau dia mahu menghancurkannya. Ketika Sri Tri Buana menaikki takhta kerajaan Melayu seperti yang tersurat dalam buku Sejarah Melayu, dia telah menerima kesetiaan penuh para ketua rakyatnya dengan berjanji untuk tidak campurtangan dalam peralihan kuasa para pemimpin itu.

Janji setia yang begitu lama dipatuhi itu telah terungkai apabila seorang perdana menteri berdiam membisu apabila timbalannya dibaham begitu ganasnya oleh seorang ketua Polis Negara sedangkan ada undang-undang yang menegah perbuatan semacam itu. Seandainya Anwar telah dipecat oleh UMNO dan dibiarkan sendirian, dia pasti sudah dilupakan seperti yang berlaku kepada Musa Hitam. Kalau dia terus mencabar UMNO tentunya cabaran itu datangnya dari luar seperti yang dilakukan oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Semangat 46, untuk merangkul kuasa ketuanan Melayu itu.

Sebaliknya, dia telah diubahsuai untuk "menjadi insan yang berprinsip." Zaman silamnya yang menempuhi dua dekad dan mencerminkan zaman kehampaan para pemimpin UMNO yang lain itu telah dilupakan. Di bahunya kini diletakkan harapan yang besar untuk memimpin orang Melayu, seterusnya. Jika tidak, sudah pasti dia tidak mampu menampung perasaan orang Melayu itu sejak dua tahun yang lalu. Semangat harapan orang Melayu itu tidak lagi ada pada Perdana Menteri (yang sudah sewel...?) Selagi Anwar dibiarkan terpenjara, selagi itulah masalah masa depan UMNO itu akan terus bercempera. Orang Melayu itu, betapa moden sekalipun hidupnya, ia akan tetap terpaut kepada budayanya. Demikian jugalah yang akan dialami oleh orang bukan Melayu. PARA PEMIMPIN BUKAN MELAYU, WALAUPUN TIDAK DILANTIK UNTUK HANYA MEWAKILI MASYARAKAT MEREKA, rela meniru ajaran feudal yang diamalkan secara sejagat itu untuk berlagak angkuh dan bersikap autokratik laksana pemimpin Melayu dan terus memecah-belahkan masyarakat kaum mereka lebih teruk lagi. Ling, Samy, dan Kheng Yaik telah menjadi pemimpin bukan kerana mereka disukai oleh parti mereka tetapi kerana UMNO yang mahukan mereka itu. Keadaan ini akan berterusan selagi UMNO memegang tampuk ketuanan Melayu dan selagi orang Melayu merasa selesa dengan sekongkolan itu. Keadaan ini semakin tergugat kini.

UMNO masih lagi bergelora disebabkan episod Anwar Ibrahim. Ini membawa kesan ke atas parti komponen BN yang lain. Mereka terpaksa menerima para pemimpin tanpa sistem pengundian terbuka. Jika tidak tentu ada pemimpin yang telah dinyahkan dengan aibnya seperti yang berlaku kepada presiden MCA selama dua dekad yang lalu. MIC telah melihat hanya tiga orang presiden sejak 1955. Apabila masyarakat mereka sendiri cuba menyingkirkan mereka, ia memerlukan pembabitan Perdana Menteri untuk meredakan keadaan. Keadaan sudah mendesak setiap pemimpin bukan Melayu itu untuk terus kekal berkuasa dan menjadi ahli kabinet daripada cuba memperjuangkan masalah kaum mereka sendiri.

Di kalangan parti pembangkang, setiap parti individu itu memang tidak berapa sehaluan dengan yang lainnya. Para penyokong Anwar telah menubuhkan Parti Keadilan Nasional sebagai satu sanggahan terhadap UMNO dan untuk mendapatkan sokongan golongan yang selama ini mendiamkan diri mereka. Kerana itu Perdana Menteri menganggapnya sebagai satu bahaya yang lebih besar daripada PAS. Perdana Menteri mahu Keadilan dihapuskan. Kerana itu juga Keadilan menerima asakan yang sungguh kuat sekali (daripada beberapa segi ...penterjemah). Orang Melayu amat sedar akan perkara ini dan sanggup bersabar dan menyokong Anwar sehingga diketahui apa akan jadi terhadapnya nanti. Ini menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang dominan tetapi tidaklah sampai ke tahap mampu menggantikan ketuanan yang ada di tangan UMNO. PAS memang mempunyai struktur kepimpinan yang jelas, tetapi sudah ada cabaran yang muncul dari dalam dan akan terus tercabar selagi ramai kumpulan professional menganggotainya untuk mencabar pandangan teokratiknya secara menyeluruh. Namun, PAS masih mampu bernafas seperti biasa dan semakin diterima sebagai sebuah parti yang berkemungkinan besar menghayati ketuanan Melayu itu, walaupun anggapan itu telah lama disenaraikan kepada Keadilan.

Hanya sebuah parti Melayu yang boleh memimpin satu gagasan perikatan, baik di dalam kerajaan yang memerintah ataupun untuk membangkangnya. Inilah yang menakutkan DAP dan juga parti Cina yang lainnya. DAP pula sedang dihenyak masalah kepimpinan kerana para pemimpin yang semakin berusia dan semakin sukar untuk menyerahkan kuasa. Ia terus mahu mengekalkan kuasa mengikut stail lama dan mengikut adat resam UMNO. Ia bertindak mengikut naluri yang lali disebabkan sikap autokrasi yang menyerupai sistem kepimpinan UMNO juga.

Hanya ada satu parti di mana pemimpin akan memegang kuasa selagi para pengikutnya mahu dia berbuat demikian. Inilah Parti Rakyat Malaysia yang dipimpin oleh Dr. Syed Husin Ali. Dia mampu bertahan lama sehingga beliau merupakan ahli yang tertua dalam parti itu sedangkan majoriti ahli parti adalah berusia di bawah 35 tahun. Dia telah berjaya melakarkan wawasan parti itu untuk kaum belia sambil terus sanggup berkhidmat memimpin dan memberikan bimbingan kepada mereka. Tidak ada parti politik lain ataupun organisasi lain yang mempunyai seorang tokoh yang sehebat Dr. Syed Husin dalam perkara ini.

Ada pendapat yang diulang-ulang bahawa pemimpin yang autokratik haruslah diberikan pujian. Pemimpin perlu mempunyai sikap tegas untuk terus berkuasa walaupun dalam suasana negara yang demokratik. Tetapi, apabila seseorang pemimpin itu bersikap autokratik dan mahu terus memegang kuasa ia sudah mampu memeras-ugut negaranya. Betapa baik pun seorang Perdana Menteri kepada negaranya, tempoh pemerintahan yang begitu lama di tangannya itu telah mempunahkan institusi pemerintahan kerajaan sehinggakan tujuh tahun yang daif (seperti yang tertulis dalam Surah Yusuf ...penterjemah) sudah pasti akan muncul sebaik sahaja dia berambus. UMNO sudah terlalu lama menunjangi pemerintahan negara. Sesiapa juga yang akan menjadi Perdana Menteri akan pasti menyebabkan perpecahan dalam parti itu dan juga kerajaan sehingga mampu menggoncang kerajaan dan juga parti itu akhirnya. Kuasa sebagai imbuhan persendirian bukannya terhad kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia. Beberapa presiden yang lain seperti Marcos, Sukarno, Suharto, Fujimori, Milosevic, Mugabe, Daniel Arap Moi, Augustus Pinochet, Lee Kuan Yew, Margaret Thatcher, Gen. Ne Win telah beranggapan betapa kuasa yang ada pada mereka itu memang boleh berkekalan. Hanya dua orang di kalangan mereka itu yang mampu menangani kuasa yang masih ada di tangan; iaitu Lee dan Ne Win. Tetapi kuasa itu hanya diperuntukkan kepada penyandang, selagi mereka belum sewel. Pengganti Gen. Ne Win adalah sekumpulan penyamun di Burma sekarang ini yang tidak pun ada kewibawaan sepertinya. Singapura masih menunggu ujian seperti itu. Presiden Habibie dan juga Gus Dur tidakpun mampu menyerlahkan wibawa yang pernah ditontonkan oleh Sukarno dan Suharto. Pemimpin yang mempunyai nilai ketokohan seperti Gen. Ne Win dan juga Dr. Syed Husin adalah terlalu jarang dapat ditemui. Akhirnya kecenderongan memilih insan yang digemar menjadi satu amalan dalam setiap masyarakat.

Dr. Antonio Salazar pernah berkuasa di Portugal selama 33 tahun. Akibatnya adalah seperti yang berlaku di Sepanyol di mana General Franco telah berkuasa dengan kukubesi. Tetapi, Antonio Salazar adalah seorang diktator yang memang diketahui umum seluruhnya. Perdana Menteri dan juga para bajingannya mungkin berjaya sebagai diktator kalaulah mereka sedar peranan yang perlu dimainkan untuk memuaskan susur budaya yang ada. Mereka telah gagal memahami falsafah ini dan kini sedang dihenyak dengan seribu masalah. Yang lebih menakutkan, mereka masih belum sedar bilakah mereka patut mengundurkan diri. Akhirnya nanti mereka akan faham juga satu petua hidup orang politik betapa: "Orang politik itu adalah laksana lampin bayi yang mesti ditukar selalu - kerana sebab dan dalil yang serupa juga."

-MGG Pillai-

Terjemahan: Marhaintua
24 Nov. 2000
Suntingan: FeU

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter