minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

AZIZ TARIK PELETAKAN JAWATAN

Selepas Presiden MCA, Datuk Seri Ling Liong Sik menarik semula perletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan awal tahun lalu, kini Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir menarik balik perletakan jawatannya sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO. Kepada rakyat tindakan ini mencerminkan satu sandiwara politik murahan yang merendahkan imej di pihak kerajaan BN.

Abdul Aziz dalam kenyataannya berkata beliau mahu meneruskan tugasnya kerana mahu membantu parti mendapatkan semula sokongan daripada kaum Melayu.

Mengesahkan, beliau telah menarik balik surat peletakan jawatan yang dihantar kepada presiden parti Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad Jumaat lepas, beliau berkata niat awalnya untuk bersara adalah serius dan bukannya sandiwara.

Aziz berkata beliau mengubah fikiran selepas bertemu Ketua Pemuda Umno Datuk Hishammuddin Tun Hussein sehari selepas menghantar surat peletakan jawatan itu kepada Dr Mahathir.

Aziz memutuskan untuk meletakkan jawatan, yang dimenanginya dalam pemilihan parti enam bulan lalu, berikutan kritikan bahawa pergerakan itu gagal memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil kawasan Lunas 29 November lepas.

Beliau berkata apabila beliau menemui Hishammuddin, mereka memutuskan untuk terus berjuang dan membuktikan kritikan tersebut adalah tidak benar.

Aziz berkata adalah tidak tepat menyalahkan pergerakan pemuda Umno kerana kekalahan BN di Lunas, kerana terdapat banyak faktor lain.

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter