Abdul Aziz jadi kambing hitam
UMNO
Perletakan jawatan Naib Pemuda
UMNO bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Parti purba itu menjadi sasaran kerana parti
purba itu merupakan salah satu punca kekalahan Barisan Nasional. Setelah UMNO membuat
kajian atau post-mortem kekalahan Barisan Nasional, mengikut amalan biasa, sudah tentu
ada orang yang akan dipertanggungjawabkan untuk menanggung kekalahan Barisan Nasional
yang amat memalukan.
Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata dia turut bertanggungjawab
di atas kegagalan UMNO kerana dia diberi tugas penting dalam kempen pilihan raya kecil
Lunas. Sebab itu dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan yang telah dipegangnya
selama 6 bulan. Bunyinya memang sedap didengar seolah-olah dia meletakkan jawatan secara
sukarela. Baguslah kalau Abdul Aziz meletakkan jawatan secara sukarela tetapi kita orang
semua tahu, sudah pasti perkara ini tidak mudah seperti disangka. Kemungkinan besar
surat perletakan jawatan Abdul Aziz akan diluluskan oleh Dr Mahathir.
Abdul Aziz
tidak boleh berbuat apa-apa kalau parti purba itu menyuruh dia meletakkan jawatan kerana
kita orang semua tahu Abdul Aziz melakukan sesuatu yang dia tidak sepatutnya lakukan.
Abdul Aziz ingin jadi hero dan mahu berbakti kepada Boss parti purba Dr Mahathir. Maka
dengan beraninya dia mengetuai kumpulan Pemuda UMNO dalam perhimpunan haram di luar
bangunan Dewan Perhimpunan Cina Selangor meminta kumpulan Suqiu memohon maaf secara
terbuka kepada UMNO.
Saya ada terbaca dalam akhbar yang mengatakan poster
mengenai Abdul Aziz berkelakuan biadap terhadap Suqiu telah diletakkan di tempat yang
strategik. Orang Cina yang melihat poster itu sudah tentu marah kepada Abdul Aziz dan
Barisan Nasional. Perbuatannya yang bodoh backfire kepada parti purba UMNO dan
Barisan Nasional yang akhirnya mengakibatkan kekalahan BN. Memang bijak BA
mengeksploitasi kesilapan bodoh Abdul Aziz.
Inilah gara-gara Abdul Aziz yang mahu
berlagak pandai, akhirnya perbuatan bodoh memakan diri sendiri. Ia memberi pengajaran
kepada Abdul Aziz dan lain-lain, tak semestinya Dr Mahathir akan menghargai atau appreciate
apa yang telah dia lakukan. Apabila Dr Mahathir lakukan kesalahan, tiada siapa berani
menegurnya. Kalau orang lain seperti Abdul Aziz, walaupun dia juga seorang mamak, jangan
harap Dr Mahathir akan maafkan dia kerana jika ada ahli UMNO lakukan kesilapan, ia akan
dijadikan alasan kenapa seseorang seperti Abdul Aziz harus meletakkan jawatan.
Kalau
ahli-ahli UMNO berani mengaku kesilapan dan meletakkan jawatan, adakah ahli-ahli MCA
akan turut mengikut jejak langkah yang sama? MCA akan juga melakukan kajian sebab
mengapa orang Cina menolak Barisan Nasional dan parti itu akan juga mencari jalan
bagaimankah cara untuk mendapat keyakinan dan kepercayaan semula orang Cina. Siapakah
ahli-ahli MCA yang berani meletak jawatan? Jangan harap Ling Liong Sik akan letak
jawatan. Chua Jui Meng?
Kepada Samy Vellu, kenapa sampai hari ini dia tidak
berani beri ulasan mengenai janjinya yang dia tidak akan balik ke KL kalau BN kalah di
Lunas. Samy Vellu pun mahu berlagak pandai juga. Dia macam yakin sangat BN akan menang,
maklumlah setahu saya, sejak merdeka BN tak pernah kalah di Lunas. Kalau Abdul Aziz
berani letak jawatan, Samy Vellu pun kena kotakan janjinya. Kalau Samy Vellu tidak
kotakan janjinya, dia bukan anak jantan. Saya respect kat Abdul Aziz kerana berani
mengaku kesilapannya tak seperti Samy Vellu yang bacul dan penakut sama seperti Ling
Liong Sik. Adakah ahli-ahli MIC yang akan menanggung kesalahannya dengan berundur diri
supaya Samy Vellu terselamat dari kesilapan bodohnya. Mungkin ahli-ahli MIC akan
meletakkan jawatan dengan alasan Samy Vellu tidak boleh dipersalahkan, yang harus
dipersalahkan ialah ahli-ahli MIC yang gagal melakukan tugas dengan baik. Kita tunggu
apakah tindakan yang akan dilakukan oleh MCA dan MIC nanti.
LTL