minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Dollah Komunis Bernostalgia

Oleh Ummu Natasya 

Kesihan betul kita bila membaca tulisan penulis dan bekas timbalan menteri yang bernama Tan Sri Abdullah Ahmad. Bukan main kuat dia menulis untuk berkempen kepada rakyat Lunas supaya mengundi BN. Malangnya, dia menulis di sebuah akhbar yang tidak berkesan lagi, Utusan Malaysia. Walaupun dia hebat dan bekas pelajat MCKK tetapi zaman kehebatannya sudah berlaku.

Abdullah Ahmad atau Dollah Kok Lanas adalah bekas tahanan ISA kerana mempunyai ideologi komunis. Dia menjadi pengampu maha dahsyat kepada Dr. Mahathir Mohamad kerana Dr. Mahathir bagi dia macam-macam jawatan. Dulu dia dilantik menjadi Special Envoy ke PBB. Selepas tamat, dia dilantik menjadi Lembaga Pengarah NST.

Dollah Kok Lanas bukan hidup di alam nyata lagi. Dia seorang yang sentiasa bernostalgia. Dia merasakan dia masih hebat seperti dia menjadi Setiausaha Politik Tun Razak dahulu. Itulah sebabnya tulisan-tulisannya terus menerus mengatakan dia terlibat sama melantik Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Dia ulang-ulang tulisannya itu supaya Dr. Mahathir tahu jasa Dollah kepadanya. Dia mahu Dr. Mahathir beri dia jawatan lagi. Kalau boleh Dollah kepingin hendak jadi Menteri pulak, atas lantikan Senator.

Dollah Kok Lanas tidak sedar, dia sudah berada di alam maghrib. Dia hidup dalam usia senja. Dia tidak hebat seperti dahulu lagi. Kita pun sebagai orang muda tidak seharusnya mengkritiknya.

Malangnya, Dollah mengundang orang mengkritiknya. Dollah mengundang musuh. Tulisan-tulisan Dollah cukup kuat menekan dan menghina pembangkang. Ini suatu hal yang tidak boleh dibiarkan.

Orang yang tidak tahu latar belakang Dollah memang mengkaguminya. Dia kononnya mempunyai daya fikir yang cukup jauh. Cuma, dia tidak sedar, pemikirannya sudah tidak sesuai lagi di zaman ini, zaman IT.

Alhamdulilah, banyak orang yang Dollah tolong kempen, kalah akhirnya. Ketika pemilihan Umno dahulu, Dollah berkempen untuk Osu Sukan dan Ghani Othman. Berapa banyak dia dapat dari kedua-dua tokoh berkarat Umno ini, tidak siapa mahu mengesahkan. Alhamdulilah, orang-orang Umno sendiri menolak cadangan dan tokoh pujaan Dollah.

Otak komunis Dollah masih tebal. Dia cukup kuat menghina Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia hina DS Anwar kerana dia rasa DS Anwar tidak akan dapat jadi Perdana Menteri.

Tetapi ketika DS Anwar jadi TPM dahulu, tulisan-tulisan Dollah cukup kuat memuji DS Anwar. Kini dia memuji-muja Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Adalah yang dia hendak dari Abdullah Badawi.

Dia tidak tahu Abdullah Badawi cukup tidak selesa dengan Dollah. Nama mereka sama, iaitu Abdullah Ahmad. Disebabkan nama mereka sama, TPM Abdullah menambah nama Badawi di belakang nama Ahmad supaya ada perbezaan dengan nama Abdullah Ahmad Kok Lanas.

Kesihan Dollah Kok Lanas. Dia kini masih bernostalgia dengan MCKK nya dan Tun Razak. Dollah Kok Lanas sebenarnya kupang tembaga yang tidak bernilai di mata orang ramai.

Cukuplah Dollah. Komunis sudah tidak berkuasa lagi.

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter