BERITA HARIAN, DR.MAHATHIR DAN MOHD EZAM
Oleh Ummu Natasya
ummu_natasya@hotmail.com
HARI ini, akhbar Berita Harian, dalam rencana
pengarangnya beria-ia sangat mencadangkan kepada polis supaya mencari jalan menangkap
Ketua Pemuda keADILan, Mohd Ezam Mohd Nor yang disifatkannya sebagai cukup pandai
“memainkan polis”.
Apa hal Berita Harian ni? Nak kena boikot macam
Utusan Malaysia ke? Berita Harian kena ingat, tanpa pemboikotan dari penyokong keADILan
dan Barisan Alternatif (BA), jumlah edaran akhbar ini cukup kecil. Dulu, ketika tiba
Hari Raya, kakitangan Barita Harian disedekahkan enam kilogram daging lembu tetapi kini
sudah tidak ada. Apa sebabnya? Tentulah kerana Berita Harian sudah kekeringan wang untuk
memberi subsidi kepada pekerjanya.
Sudahlah. Berita Harian sepatutnya menjadi sebuah
media Bahasa Melayu yang mengutamakan ilmu dan rasional. Usah terbawa-bawa permainan
politik Umno yang sudah berkarat. Ingat, Berita Harian berniaga. Kalau akhbar tidak
laku, bukan Umno yang boleh membantu.
Mungkin ini arahan Tan Sri Abdullah Ahmad, bekas
tahanan komunis. Bekas Ketua Umno Bahagian Kok Lanas ini adalah orang tua yang asyik
bernostalgia. Tulisan-tulisannya sering menyebut kehebatannya di zaman Tun Razak dan
MCKK. Pemikirannya sudah jauh ketinggalan. Cukuplah. Jangan sampai orang benci dan
meluat dengan tulisannya.
Ingat! Berita Harian. Tukar wajah sedikit waktu
dahulu langsung tidak menyebabkan mutu pemberitaan bertukar. Jangan jadi macam Utusan
Malaysia. Utusan Malaysia dikuasai Zainuddin Maidin yang sedang memasang angan-angan
untuk kembali menjadi Ketua Pengarang Utusan Malaysia. Jalan untuk ke situ ialah dengan
meletakkan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.
Kini Utusan Malaysia sedang menyusun strategi
menjatuhkan Dr. Mahathir. Zam tahu, selagi Dr. Mahathir tidak jatuh, dia tidak akan
dapat kembali sebagai Ketua Pengarang. Itulah sebabnya, dalam Mingguan Malaysia 5hb.
November 2000, Zam menulis bahawa ada Menteri Malaysia yang kerap berjalan ke luar
negara. Dia menyindir Perdana Menteri kerana saban bulan Dr. Mahathir ke luar negara dan
banyak menghabiskan wang negara.
Mohd Ezam sebenarnya menjalankan tugasnya untuk
parti dan rakyat Malaysia. Jika dia didapati bersalah, dakwalah dia. Usah ugut dan
gertak. Tidak wajar baginya untuk memuji Dr. Mahathir kerana rakyat Malaysia tahu
sebenarnya Dr. Mahathir memang berlaku zalim kepada bekas Timbalan Perdana Menteri,
Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Mata Anwar lebam, orang yang menumbuknya masih
bebas sampai hari ini. Megat Junid yang kalah pilihan raya sudah menjadi penulis yang
mengkritik Umno. Tun Daim Zainuddin masih terus berkuasa dan lebih berkuasa dari Dr.
Mahathir.
Tapi, Aziz Shamsuddin yang baru berkahwin
khabarnya sudah bercerai dengan talak tiga dengan isteri barunya, bekas isteri orang.
Azizan Abu Bakar tidak kedengaran kisahnya tetapi
dia juga masuk penjara kerana berkhalwat. Normala Yusof yang kononnya menjadi saksi
untuk memalukan Anwar, kini bercerai dengan Zamrin, jutawan segera.
Dr. Mahathir tidak selesa dengan tekanan luar
negara yang diterimanya. Dia menudingkan jari kononnya Mohd Ezam yang menjalankan
kerja-kerja memburuk-burukkan namanya, tetapi dunia memang mengetahui tentang
kezalimannya.
Dunia hari ini adalah dunia tanpa sempadan. Apa
yang berlaku di Kuala Lumpur, Amerika Syarikat dapat tahu dalam masa yang sama.
Begitulah sebaliknya.
Oleh yang demikian, dunia wajar menekan Dr.
Mahathir kerana dia zalim. Dia buat tidak betul terhadap negara ini. Tapi tiada siapa
yang berani menegurnya kerana dia cukup berkuasa. Percayalah, Dr. Mahathir akan
mengalami nasib yang sama seperti Suharto, ada penyakit hilang akal dan anak-anaknya
akan dipenjarakan.
Masa akan menentukannya dan waktu itu, sesal sudah
tidak berguna. Tiada siapa bersetuju dengan kezaliman dan segala jasanya akan terpadam
disebabkan kesombongan dan keangkuhannya.