minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Adakan banyak lagi perhimpunan 100,000 rakyat!

Saya bersetuju dengan reformist, perhimpunan 100,000 rakyat diadakan sekali lagi pada masa hadapan. Di sini saya ingin mencadangkan perhimpunan 100,000 rakyat diadakan di pantai timur, utara  dan selatan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Pendek kata penganjur dicadangkan membuat roadshow ke seluruh Malaysia.

Saya berpendapat tempat yang paling sesuai perhimpunan diadakan di utara Semenanjung Malaysia ialah KUBANG PASU. Kita berharap lebih ramai lagi reformis yang berasal dari orang utara berkumpul di sana. Saya mahu lihat sama ada anjing kurap, Siput Babi dan FRU berani memukul dan menyeksa reformist dikawasan milik Mahazalim@mahafiraun. Di Jalan Kebun, Shah Alam, mereka berani melakukannya. Saya percaya sudah tentu Mahazalim akan fikir dua kali sama ada menghalalkan perbuatan anjing kurap yang terkutuk ini. Mahazalim sudah tentu tidak mahu mereka dibelasah kerana ia akan melemahkan lagi kedudukan dia. Kalau reformist yang berasal dari Kubang Pasu dibelasah, tiada siapa lagi mahu sokong Mahazalim. Mahazalim  sudah tentu tidak berani buat apa-apa. Bukan sahaja Mahzalim berasa gerun melihat perhimpunan yang ramai dikawasannya malah dia mungkin akan terkencing dan terberak melihat sokongan yang padu diberikan kepada BA. Penganjur hendaklah menjemput wartawan-wartawan asing untuk memantau perhimpunan ini. Kalau Mahazalim kata tujuan BA ialah sengaja berhimpun dikawasan beliau untuk menarik sokongan orang luar jika kerajaan bertindak kejam terhadap reformist, biarkan dia merapu sendirian. Pedulikan dia. Tak guna dan buang masa layan orang gila.

Saya juga mencadangkan perhimpunan 100,000 rakyat diadakan dikawasan Menteri Besar Johor, Menteri Besar Pahang, Ketua Menteri Sarawak dan Sabah. Sudah tentu Ghani Othman tidak mahu sebarang keganasan yang dilakukan oleh polis kurap di negeri Johor, kubu kuat UMNO@BN. Sebarang tindakan kejam anjing kurap akan mengugat kekuatan BN di Johor. Begitu juga dengan Adnan Yaakob, dia sudah tentu tidak mahu kedudukannya tergugat lebih-lebih lagi kekuatan BA di Pahang semakin menyerlah. Tempat perhimpunan yang strategik amat penting.

Perhimpunan 100,000 rakyat adalah satu usaha yang sangat baik yang dilakukan oleh penganjur. Para reformist telah memberikan satu kerja sama yang amat baik. Segala perancangan yang diatur berjalan dengan lancar sekali. Apa yang menyedihkan tindakan tidak berperikemanusian anjing kurap yang lebih takut kepada Mahazalim daripada Tuhan menggagalkan perhimpunan 100,000 rakyat. Tindakan kejam polis kurap menyemarakkan lagi kebangkitan rakyat. Saya percaya reformist dari bahagian utara, timur, selatan, Sabah dan Sarawak sudah tentu tidak sabar-sabar untuk turut serta menyertai perhimpunan 100,000 rakyat ditempat mereka.

LTL

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter