minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Mana Wan Indera Putra?

Oleh Ummu Natasya

APAKAH masih ingat dengan nama Wan Indera Putra? Budak yang keluar meninggalkan keADILan ketika Saudara Haji Ruslan Kassim berhempas pulas bertarung dalam pilihan raya kecil Teluk Kemang dahulu, dia bersama-sama rakan-rakannya termasuk Baharuddin Ali Masrom, Zuraidi Rahim, Nordin Ahmad dan beberapa nama lagi bertindak meninggalkan keADILan.

Apa alasannya? Kononnya keADILan tidak mempunyai asas perjuangan melainkan kerana mahu membela Dato’ Seri Anwar seorang.

Rupa-rupanya budak ini diupah. Hari ini dia bekerja dengan MRCB. Jawatannya ialah Junior Eksekutif di MRCB, syarikat yang dikuasai Tun Daim Zainuddin.

Dulu, budak ini bersumpah, dia tidak keluar kerana dibeli atau diupah. Sekarang, jawablah dakwaan ini jika budak ini benar-benar ada prinsip.

Zul Azahar Cha juga sudah bekerja. Dia menceritakan keburukan Mohamad Ezam Mohd Nor kononnya Mohamad Ezam ada skandal dengan Nurul Izzah. Sebagai upah, dia kini bekerja sebagai tukang bawa beg Dr. Nuraesah Mohamad, Ahli MT Umno dan Pengerusi Bank Rakyat.

Bolehkah kita ramai-ramai ucapkan tahniah kepada kedua-dua budak ini?

Zuraidi penagih dadah kerja apa? Khabarnya Dato’ Johari Baharom pelihara dia. Saban bulan bagi elaun RM1,500 untuk beri laporan politik mengenai keADILan. Budak ini sering dilihat berada di pejabat-pejabat Setiausaha Politik Perdana Menteri, Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri dan Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan untuk kutip tol.

Kesihan betul dengan budak-budak ni. Jadi peminta sedekah rupanya bila keluar meninggalkan keADILan. Mereka tidak bernilai di mata Umno tetapi disebabkan janji manis, ada habuan, sanggup keluar dan meninggalkan perjuangan .

Yang menyedihkan mereka memburuk-burukan kawan-kawan yang masih berada dalam keADILan dengan pelbagai fitnah.

Wang punya pasal. Upah punya hal.

Pooorah… kata Yahaya Ismail dalam tulisannya.

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter