minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Kenyataan akhbar Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Ronnie Liu di Petaling Jaya pada 5 Disember 2000


Mahathir, berhenti memanggil ahli pendidikan Cina sebagai ekstrimis!

DAP meluahkan kekecewaannya terhadap pernyataan Perdana Menteri semalam. Menurut suatu laporan Bernama, Mahathir melabelkan lagi ahli pendidikan Cina sebagai ekstrimis. Beliau juga menuduh mereka yang menentang konsep Sekolah Wawasan "menghalang proses perpaduan pelbagai kaum di Malaysia".

Perdana Menteri berkata bahawa kerajaan akan meneruskan Sekolah Wawasan dengan tujuan menyatupadukan rakyat Malaysia, mula dari peringkat sekolah.

Nampaknya Mahathir belum mempelajari ajaran daripada pilihan raya kecil Lunas di mana Barisan Nasional (BN) kalah dengan margin yang sedikit, walaupun beliau mengakui bahawa isu Sekolah Wawasan merupakan isu terpenting yang menyebabkan kekalahan BN.

Mahathir adalah bersalah dengan menuntut bahawa Dong Jiao Zong tidak mempertahan bahasa Cina atau pembelajaran bahasa Cina kerana kerajaan telah memberi jaminan.

Walaupun kerajaan BN telah meminda Akta Pendidikan 1961 untuk menarik balik kuasa Menteri Pendidikan menukar kedudukan sekolah Cina kepada sekolah kebangsaan selepas bantahan DAP dan Dong Jiao Zong pada 1996, tetapi matlamat menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pengajaran masih tidak berubah.

Sekolah Wawasan ialah suatu konsep yang mengumpulkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di satu kawasan dengan murid-murid mengkongsikan kemudahan sekolah yang sama, dan setiap sekolah terus menggunakan bahasa pengantar masing-masing - sekolah kebangsaan (bahasa Melayu), sekolah Cina (bahasa Cina) dan sekolah Tamil (bahasa Tamil).

Akan tetapi, ini tidak menjamin identiti setiap sekolah tidak terjejas kerana konsep itu hanya dipandu oleh kononnya Garis Panduan. Garis Panduan tidak termaktub kepada perundangan dan boleh dimanipulasi atau dipinda dengan mudah oleh pegawai-pegawai kementerian pada masa depan.

DAP ingin menyatakan bahawa pada tahun 1962, banyak sekolah Cina telah dipujuk oleh kerajaan untuk bertukar kepada sekolah menengah jenis kebangsaan dengan asas subjek satu per tiga diajar dalam bahasa Cina. Kerajaan tidak menunaikan janji dan kini kebanyakan sekolah menengah hanya ada satu subjek Cina.

Hari ini, sekolah-sekolah menengah hanya dibenar untuk mengadakan kelas bahasa Cina jika terdapat tuntutan daripada sekurang-kurangnya 15 orang ibu bapa.

Jika Perdana Menteri mengambil berat terhadap pepaduan kaum di negara ini, beliau harus mengarahkan Kementerian Pendidikan supaya menjalankan Rancangan Integrasi Murid-Murid Untuk Perpaduan, yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 1986 selepas berunding dengan Dong Jiao Zong. Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Badawi ialah Menteri Pendidikan pada masa itu manakala timbalannya ialah Ling Liong Sik.

Tuduhan Mahathir bahawa Dong Jiao Zong dan mereka yang menolak konsep Sekolah Wawasan   "tidak mengaku mereka adalah rakyat Malaysia dan perlu berdamping dengan rakyat Malaysia daripada keturunan lain" adalah amat tidak adil.

Tuduhan Mahathir bahawa ahli-ahli pendidikan Cina "ingin segala-galanya diasingkan. Sekolah Cina diasingkan daripada sekolah-sekolah lain sehingga sekolah Cina menjadi sekolah asing, bukan sekolah dalam Malaysia" juga adalah amat tidak adil.

DAP inginkan Mahathir dan Kabinetnya mendengar seruan rakyat menggugurkan projek Sekolah Wawasan di mesyuarat Kabinet esok. Tiada apa-apa pernyataan yang boleh mengubahkan fikiran ahli pendidikan dan ibu bapa Cina yang ingin mengekalkan identiti sekolah Cina. DAP percaya bahawa rakyat Malaysia akan memberi sokongan untuk mempertahan pendidikan bahasa ibunda di negara ini.

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter