PILU ANAK SELANGOR DI AMERIKA
Assalamualaikum,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas dan
sekalung penghargaan yang setinggi tingginya kepada para pejuang keadilan yang berhimpun di
Jalan Kebun baru baru ini. Saya memang teringin sekali untuk memberi tabik hormat kepada
mereka semua kerana mereka sedar erti perjuangan dalam menuntut keadilan bagi rakyat Malaysia.
Ingin saya mengulas mengenai pemberian tanah Selangor kepada Persekutuan
Kuala Lumpur. Saya berasa sungguh ajaib bin hairan kerana Sultan Selangor begitu mudah
menyerahkan tanah milik rakyat (apa dia ingat, seluruh tanah di Selangor ni milik bapak
dia??) kepada Kerajaan Persekutuan yang kita sudah sedia maklum sifatnya untuk menindas
rakyat di bawah naungannya. Keluasan tanah yang sebegitu luas, termasuk dengan segala wang
hasil kutipan cukai saban tahun dari rakyat , tenaga kepakaran anak negeri untuk membangunkan tanah Putrajaya, tidak sepatutnya sultan menyerahkan sebidang tanah itu
dengan harga RM 200 juta (harga sama dengan Istana Putrajaya??) dan diikuti bayaran
beberapa juta setahun dari pihak persekutuan. Apakah dengan harga 200 juta ringgit ini
mampu untuk memberikan semula hasil imbuhan ekonomi kepada rakyat Selangor sebagai kita
nikmati beberapa tahun dulu? Apakah duit sebanyak itu, mampu untuk menyara kehidupan anak
anak rakyat yang dirampas tanahnya dengan secara paksa (kononnya untuk kemajuan negara). Dan
apakah duit sebanyak itu mampu untuk membersihkan maruah rakyat Selangor yg dicemar dengan
mudah oleh tindakan seorang sultan yg buncit perutnya hasil suapan dari wang rakyat?
saya
fikir, sudah tiba masanya, untuk kita semua sedar dan berfikir secara seorang manusia yg
tidak terikat kepada adat melayu yg mendera (tunduk pada sultan, walau sultan itu zalim
(definisi untuk meletakkan sesuatu yg tidak pada tempatnya)). Apa perlunya rakyat Selangor
bersultankan sultan yg sebegini? Bahkan saya rasakan, sultan sultan pada zaman IT ini
sudah tidak diperlukan lagi kerana wujudnya mereka hanya kerana ihsan rakyat jelata yg
menjunjung adat. Kita sudah membuktikan, bahawa Selangor mampu maju, tanpa seorang
sultan kerana dia tidak bertanggungjawab dalam merangka perlembagaan bagi negeri ini.
Cukup sebagai penenyeh tanda tangan di atas sekeping kertas sahaja sebagai satu
formaliti. Perubahan perlu dijalankan dalam mengubah persepsi rakyat terhadap polemik yg
melanda kerajaan Selangor sekarang ini. Penerangan perlu dilakukan supaya rakyat Selangor
bangkit dan menentang perjanjian itu.
Mungkin ada yg di kalangan kita
berfikir, apa mungkin aku merubah segala galanya kerana aku ini rakyat biasa? jangan
kita lupa sahabat sahabat sekelian, bahawa kita ini adalah kuasa perubah yg penting
dalam sesuatu kerajaan berperlembagaan. Sebagaimana kerajaan di USA ini cukup akur pada
kehendak rakyat yg inginkan serba macam kemudahan dalam hidup mereka, sebagaimana itulah
kita perlu bangkit dalam menuntut hak kita yg terhakis oleh kebodohan seorang hamba Allah
yg diberikan taraf tinggi sedikit dari rakyat biasa.
Mungkin ada juga yg tidak
endahkan apa yg terjadi pada sejarah Selangor pada hari ini kerana selagi perut mereka
mampu diisi dengan makanan dan tidak diganggu gugat periuk nasi mereka, apa penting
mereka bangkit menentang perjanjian ini? Jangan saudara lupa, bahawa kita ini yg
hidup di bawah kerajaan negeri, akan tertakluk pada undang undang negeri tersebut. Dan
apabila kita berada dalam kerajaan persekutuan nanti, pelbagai tekanan dari segi
ekonomi akan dikenakan kepada kita. Sudahlah dengan cukai yg telah sedia ada nanti,
dikenakan kepada kita, bagaimana dengan cukai-cukai yg akan dikenakan kepada rakyat yg
menetap di kawasan Putrajaya itu. Umum juga mengetahui bagaimana tekanan hidup untuk
tinggal di kawasan yg bergelar tanah persekutuan begitu meruntun dengan tekanan
ekonominya. Apakah kita mampu untuk menerima segala tekanan itu yg datang bagaikan ombak
melanda. Sekali kita dihenyak ombak ekonomi itu, sekali atau pun..kita terus rebah.
jatuh terus miskin.
saya fikir, saudara saudara di Selangor khususnya atau pun di
Malaysia amnya, masih lagi ada yg kurang peka akan kesan jangka panjang terhadap
perjanjian ini. Lihatlah mana mana perjanjian di antara kerajaan negeri dengan
persekutuan? apakah mereka begitu taat dalam mengikuti tiap baris perjanjian yg
termaktub dalam perjanjian itu? Lihat apa yg telah terjadi pada negeri Terengganu?
begitu mudah dibatalkan perjanjian mereka yg sepatutnya menguntungkan rakyat (tapi kini
menguntungkan kerajaan persekutuan yg tidak berhati perut). Apa kah kita ini masih enak
dibuai janji janji manis dari kerajaan persekutuan dengan bayaran yg tidak setimpal
nilainya dengan pengorbanan rakyat negeri Selangor?
Saya mohon, abg kakak, pakcik
makcik, adik adik, datuk nenek dan sahabat sahabat bangkit menentang perjanjian ini.
Mungkin nada saya begitu radikal sebagai seorang melayu, tapi apa guna kita menjadi
melayu yg begitu bodoh diperdayakan sedangkan aspirasi kerajaan adalah untuk mendidik
melayu menjadi melayu moden. maka sebagai melayu moden yg tidak nampak lagi di mana
kepentingan seorang sultan yg hanya membazirkan wang rakyat semata mata dan mengisi
tembolok mereka itu, saya menyeru rakyat Selangor semua bangkit dan mempertikaikan isi
perjanjian ini dan tak usahlah lagi kita saban Jumaat mendoakan kesejahteraan orang yg
menzalimi kita kerana kelak kita akan ditimpakan musibah oleh Allah taala. Selamat
berjaya rakyat Selangor! Sekian luahan hati dari rakyat Selangor di perantauan.
"Maju
bersama Islam"
pencinta keadilan
p/s: barangkali inilah salah satunya tanda
tanda kiamat yg besar apabila kita mengangkat orang yg dungu menjadi pemerintah (sultan
kita dungu ke?)