Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

MGG113

DANA JE: SONGLAPAN BIASA
(JE Fund: The Usual Corruption)

Oleh: Ng Boon Hooi

Pembantu MCA  didapati menerima Dana JE

Antara beberapa  penerima  dana JE yang berjumlah RM16 juta dan yang dikelolakan oleh MCA didapati mereka yang  bukan pun terbabit dalam ternakan khinzir ataupun yang pernah  menjadi mangsa kepada  wabak virus Nipah  1998/99 yang menghenyak penternak khinzir. Demikianlah  lapuran yang dibuat oleh satu pasukan penyiasat.

Antara penerima dana itu termasuklah ahli keluarga  dan saudara mara  Konnashegran Perumal, pembantu politik kepada timbalan pengerusi MCA Negeri Sembilan  dan juga ahli exco  Dr. Yeow Chai Thiam.

Jumlah yang mereka terima ialah RM82,000. Jawatankuasa penyiasat itu telah diketuai oleh Jawatankuasa Wabak Nipah Bukit Pelandok. Mereka telah meneliti senarai penerima  Dana JE MCA setelah tersiarnya laporan itu  minggu yang lalu. (MCA telah menafikan  terbabit dengan tabung sumbangan RM10 juta itu, Oct. 23).

Laporan  itu juga menyatakan bahawa penerima  yang bersaudara kepada Konnashegran itu bukannya penternak khinzir dan mereka juga tidak pernah menjadi pesakit  Nipah Encephalitis. Ibu Konnashegran yang bernama Sakkuboy Ramakrishnan  telah menerima dua peruntukan berasingan sebanyak RM25,000 dan RM7,000. Kesemuanya berjumlah RM32,000.

Isteri Konnashegran yang bernama Rani Narayanasamy menerima RM25,000 dan adik iparnya Satiapama Batumalai menerima RM25,000.

Peruntukan kepada keluarga Konnashegran ialah:

Sakkuboy Ramakrishnan (ibu)               RM32,000
Rani Narayanasamy (isteri)                          25,000
Satiapa Batumalai (ipar)                               25,000     Jumlah:  RM82,000

Pasukan penyiasat itu dianggotai oleh ahli-ahli Jawatankuasa Wabak Nipah, Bukit Pelandok, pemimpin tempatan, penternak khinzir dan sukarelawan daerah Port Dickson yang telah dihenyak wabak tersebut.

Ketua Kampung

Laporan itu mencatatkan  nama saudara mara  Ketua Kampung  Bukit Pelandok yang bernama Teow Hong Chew  yang telah menerima  RM19,000 daripada dana itu. Anak lelakinya, Teow Kim Hoo, menerima RM5,000. Dua orang menantu perempuannya, Yau Chuan Lian dan Lee Lian Chan telah menerima  RM7,000 setiap seorang.  Mereka ini tidak pun menternak khinzir dan tidak juga pernah dijangkiti wabak Nipah Encephalitis.

Ketua Kampung itu ialah  ketua bahagian MCA, Bukit Pelanduk.  Laporan itu juga mencatatkan dua penama, Yong Bee Kiau dan Yong Bee kim mempunyai  nombor kad pengenalan yang sama, 480330-05-5166 dan telah menerima sejumlah RM50,000. "Kami tidak faham bagaimana dua penama yang mempunyai nombor kad pengenalan yang sama menerima sejumlah RM50,000 , demikian catatan laporan itu.

Ada juga catatan bagaimana Low Joon Koon, seorang janda  kepada seorang penternak yang telah mati menerima sejumlah RM43,000. Ramai lagi janda (penternak yang mati) tidak pun menerima  jumlah yang besar seperti yang diberikan kepada Low.  "Low  memang amat aktif berkempen untuk Dr. Yeow Chai Thiam (ahli exco Seremban), terutama sekali dalam pemilu  yang lalu dan ketika diadakan pilihanraya kecil  Teluk Kemang.

Pelajar Maktab

Mengikut laporan itu, seorang pelajar maktab dan ibunya See Saw Ngoh yang tidak ada kena mengena dengan ternakan khinzir dan wabak Nipah Encephalitis telah menerima  RM25,000 dan RM7,000. See dilaporkan sebagai seorang sahabat karib Ketua kampung  Bukit Pelandok.

Seorang ketua pasukan itu telah memberitahu Malaysiakini betapa jawatankuasanya akan mengeluarkan  satu laporan yang lebih menyeluruh  mengenai tuduhan berlakunya salah-urus dana itu. Pendedahan itu nanti akan merupakan bahan terbaru kepada mereka yang mengkritik  pemberian  dana yang penuh kontroversi.

Mengikut  ahli jawatankuasa pusat MCA,  Lim Si Cheng, sejumlah 4426 telah menerima  sebanyak RM15.851 juta  yang telah diterima oleh dana itu.  Lim yang merupakan timbalan speaker parlimen telah menyatakan bahawa baki sebanyak RM2.7 juta  di dalam tabung itu akan digunakan untuk melatih dan memberi tunjuk ajar kepada penternak khinzir untuk mempelajari kemahiran lain seperti masak-memasak.

Namun demikian, Presiden  Dewan Perhimpunan Cina Selangor telah menolak cadangan MCA  untuk menggunakan wang yang berbaki itu untuk tujuan latihan.  Mengikut Ngan, cadangan MCA itu merupakan satu pemesongan daripada tujuan asal penubuhan dana  dan  adalah sesuatu yang tidak jujur terhadap para penderma.

Derma Yang Telah Diberikan Kepada Kerajaan

Beberapa soalan telah dikemukakan  mengenai sumbangan berjumlah RM10 juta  daripada bank dan syarikat insuran kepada tabung itu. Dua minggu yang lalu setelah  beberapa penternak khinzir  mendesak penjelasan daripada MCA  mengenai hal ini, mantan timbalan menteri kewangan Wong See Wah  yang juga merupakan Pengerusi MCA di Negri Sembilan telah berkata bahawa  RM10 juta itu tidak diambil kira dalam dana itu tetapi telah diserahkan kepada kerajaan pula (sila lihat pig Farmers query MCA over JE fund, Oct 20)

Wong mengaku pernah menerima chek bagi pihak kerajaan tetapi tidak ingat berapakah jumlah yang terbabit.
 

Terjemahan MT

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter