|
HARAKAH: INSAFILAH POLITIK TERKOTOR MAHAFIRAUN!!!Ramai tidak menyedari tindakan ke atas Harakah merupakan senjata utama untuk melumpuhkan masa depan politik parti alternatif. Jika dalam sebuah peperangan, Harakah umpama senjata penangkis terhadap segala 'peluru berpandu' yang dilemparkan secara bertubi-tubi oleh UMNo di bawah pimpinan Mahafiraun. Meskipun ramai tahu bahawa Harakah yang merupakan lidah rasmi PAS itu akan membantutkan maklumat sampai ke pengetahuan rakyat akibat dari tindakan mengharamkannya atau sebarang usaha menyekat pengedarannya, namun kotornya dan liciknya politik Mahafiraun itu tentu tiada siapa menyedarinya!!! Namun alhamdulilLah, hingga ke hari ini laman-laman reformasi yang aktif bertindak melahirkan ramai penganalisis yang mampu mengupas taktik kotor Mahafiraun itu dan medan jihad alaf baru ini menjadi forum perbincangan maha hebat untuk melumpuhkan kelicikan politik yang kotor dan penuh berhawa nafsu! Justeru itu saya mengambil kesempatan di sini menyeru pimpinan PAS dari peringkat Persekutuan, Negeri, Kawasan dan Cawangan bahawa jangan mengabaikan teknologi maklumat. Jika kita imbas kembali bahawa sokongan dan dokongan yang maha hebat diterima oleh PAS samada dalam bentuk sokongan moral atau kemasukan ahli baru menjelang pilihanraya umum negara lalu, adalah sebahagian besar peranannya dimainkan oleh laman-laman reformasi. Malahan tidak keterlaluan juga dikatakan bahawa dengan munculnya laman-laman reformasi, maka pengaruh perjuangan PAS dan perjuangan Islam telah begitu menakluki golongan cendiakiawan, ahli pemikir, kakitangan kerajaan serta golongan elit yang suatu masa dahulu amat sukar ditembusi oleh PAS. Sekali lagi kepada pimpinan PAS, marilah menginsafi akan kemajuan teknologi dan mulai saat ini serta merta bergerak ke arah ini dengan melengkapkan sekurang-kurangnya di setiap cawangan PAS mesti (wajib) memiliki sebuah komputer peribadi untuk para ahli melayari laman web PAS, Harakah dan puluhan laman reformasi yang wujud hari ini. Satu lagi iktibar yang perlu saya nyatakan di sini untuk perhatian para pimpinan PAS disemua peringkat ialah bahawa kurangnya markas PAS yang bertapak di dalam bandar dan pekan. Hanya kerapkali di dapati PAS seringkali menggunakan pondok kecil atau rumah persaorangan. Keadaan ini amat merumitkan untuk tindakan pengedaran Harakah. Ramai penganalisa politik tempatan sependapat dalam hal ini dan sudah sampailah masanya pimpinan PAS Negeri mengujudkan satu formula bagaimana PAS mampu menyewa atau membeli satu bangunan dalam setiap bandaraya di setiap negeri bagi proses permulaan. Maka akibat dari pengujudan ini pengedaran Harakah mudah dijalankan dan tidaklah PAS seperti parti pinggiran kerana sebenarnya PAS sudah miliki kekuatan untuk menakluki bandaraya dan masyarakat Malaysia. Kembali saya kepada perbicaraan awal MM minggu ini. Memang ramai tidak menyedari sejauh manakah matlamat Mahafiraun di sebalik pengharaman Harakah. Beberapa sebab pengharaman itu telah saya kemukakan sebelum ini (rujuk artikel Mengapa Harakah Diharamkan). Begitu kotornya politik mainan Mahafiraun sehingga beliau akan lakukan apa sahaja bagi merampas kembali kerusi Parlimen yang sudah nyata pilihan rakyat kepada BA. Pun begitu Mahafiraun dilihat memasukkan jarumnya dalam masa yang sama ke negeri Kelantan. Beberapa hari lalu Mursyidul Am PAS, selaku Menteri Besar menafikan 3 Abdul sebagaimana surat layang yang diterima. Jika kita mengkaji kembali 'budaya surat layang' dalam politik negara kita memang salah satu 'trade mark' budaya UMNo, maka saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana tidak melatah dalam hal ini dan menganggap jika benar wujudnya 3 Abdul itu hanya seumpama kuman dalam tubuh!! Angkara siapakah penyebar surat layang itu jika bukan budaya UMNo? Dengan tidak mahu menuduh sesiapa samada pimpinan UMNo Kelantan atau lain-lain pimpinan UMNo atau dari Mahafiruan sendiri, tetapi amat jelas bahawa budaya 'surat layang' memang nyata budaya UMNo dan amat jelas keUmnoannya dengan tumbangnya DSAI akibat angkara perbuatan surat layang ini.
Saudara para netter sekalian, Dengan terlaksananya perkara ini maka segala maklumat yang mungkin akan sampai ke pengetahuan para ahli dan kehilangan Harakah walau pun pasti menjadi rinduan namun adalah pengobatnya sebelum Harakah sebenar sampai ke tangan kita yang pastinya agak lewat dari kebiasaan, jika sampai. Berdasarkan maklumat paling mutakhir beberapa daerah dalam negeri Perak sudah ketandusan Harakah akibat berjayanya sekatan yang dilakukan oleh kuncu-kuncu Mahafiraun ini. Maka kita perlu segera mencari alternatif untuk menyelamatkan segala maklumat dari 'terpesong' oleh perbuatan Utusan Meloya, Berita Hairan dan TV 3 suku. Justeru itu segeralah bertindak dalam perkara ini. Jika benar kita cintai perjuangan Islam, jika benar kita cinta PAS dan kita cintai Allah, maka inilah jihad yang dituntut agama di alaf baru. Kita masih belum dituntut mengangkat senjata. Kita masih belum dituntut mengorbankan seluruh harta yang ada. Juga kita masih belum dituntut mengorbankan satu dua nyawa untuk melihat Islam tertegak di bumi maya ini. Tetapi jika kita enggan melakukan jihad ini dan membantu dalam penyebaran maklumat ini maka suatu hari kita akan dituntut melaksanakan jihad yang lebih berat memeritkan pengorbanan yang pasti tidak mampu kita laksanakan. Insafilah akan kotornya politik Mahafiraun. Akhirnnya marilah kita sandarkan sepenuhnya diri kita kepada Allah dengan bertawakkal kepadaNya setelah kita melaksanakan jihad ini. Seandainya kita menjadi mangsa kebuasan pimpinan Kerajaan tahgut BN dalam melaksanakan jihad ini, pasti Allah akan membayar 'nikmatNya' kepada kita dan keyakinan kita adalah pada Allah SEMATA!!! TAKBIR!!!
Polong Cyber |