MENGAPA HARAKAH DIHARAMKAN
Pengamat dan pemerhati politik tempatan bersetuju bahawa tindakan ke atas akhbar dwi mingguan PAS, Harakah, mempunyai motif tertentu. Ia bukan sekadar
fitnah yang dijadikan alasan untuk tindakan mengharamkannya malahan ia lebih jauh dari itu, adalah untuk membendung kebenaran dan mencanangkan kepalsuan.
Di antara motif Harakah diharamkan mengikut pemerhati politik tempatan adalah seperti berikut:
- Untuk menyekat kisah benar kisah 42 orang kakitangan kontrak yang diberhentikan oleh Kerajaan PAS Terengganu. Ia adalah untuk memberikan imej buruk
terhadap kerajaan PAS Terengganu, sedangkan kakitangan tersebut terdapat di setiap negeri dan mereka adalah pekerja kontrak menjelang pilihanraya umum
negara 29 November lalu. Di negeri-negeri lain pekerja kontrak berkenaan sudah ditamatkan kontraknya lebih awal iaitu pada 30 November 1999. Tindakan
kerajaan PAS Terengganu memberhentikan para pekerja tersebut bukanlah zalim sebaliknya adalah menepati kontrak yang disediakan untuk pekerja tersebut.
- Untuk menangkap pemimpin pembangkang melalui 'operasi' tertentu yang belum dinamakan lagi. Tindakan awal adalah memerangkap Karpal Singh dan Hajah
Marina Yusof yang merupakan antara peguam berkaliber bagi parti lawan. Tindakan menahan Ketua Pemuda KeADILan, saudara Ezam Mohd Noor adalah untuk
provokasi kepada parti lawan, apakah mereka akan memendamkan perasaan atau membuakannya melalui reformasi jalanan sebagaimana di tahun 1999 dan 1998.
Jika reformasi jalanan dihidupkan kembali, terdapat 'point' untuk menangkap lebih ramai pemimpin KeADILan dan Barisan Alternatif.
- Jika ahli-ahli Parlimen Barisan Alternatif seperti Dato Fadzil Noor, Mat Sabu dan Haji Mahfuz Omar terlibat dalam reformasi jalanan atau terlibat
dalam sebarang usaha mencanangkan pembebasan OKT (Orang Kena Tangkap) maka kerajaan akan mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka kerana mengadakan
perhimpunan haram dan dengan fakta ini kerusi Parlimen di mana YB-YB BA menduduki sekarang akan dirampas melalui tindakan memenjarakan YB BA yang
terlibat dalam perhimpunan haram. Ini akan mengukuhkan kerusi BN di Parlimen dan merampas kerusi tersebut dengan cara kotor.
- Untuk mengurangkan bilangan pemimpin berkaliber BA dalam pilihanraya 2004 kerana mereka akan dikenakan tindakan penjara dan salahlaku. Justeru itu
kelayakan untuk pemimpin BA ini bertanding dalam pilihanraya umum 2004 terjejas dan peluang BA akan kembali tipis mengikut perhitungan mereka.
Demikian antara langkah utama mengapa Harakah diharamkan. Sesungguhnya tindakan mengharamkan Harakah adalah penting bagi kerajaan BN kerana kelurusan dan
ketulusan Harakah sudah diterima oleh masyarakat Malaysia, bukan di kalangan kaum Melayu sahaja, tetapi oleh semua bangsa Malaysia dibumi berdaulat.
Pengharaman Harakah diterima oleh seluruh lapisan masyarakat dengan semangat benci yang membara, meluap-luap dan membangkitkan kembali semangat reformasi
yang dipendamkan menjelang pilihanraya umum lalu. |