MM47
PERJUANGAN YANG DIBAYAR DENGAN
HARGA YANG TERSANGAT MAHAL
Memang tidak dapat menghindarkan minda saya dari terus
mencoretkan sesuatu mengenai pilihan raya kecil Lunas. Dari sebuah pekan kecil yang
terpinggir sebelum ini, tiba-tiba Lunas bertukar wajah, yakni pada kehebatan dan reaksi
wajah-wajah yang menghiasi keramaian manusia di sana. Kemuraman sebelum ini bertukar
menjadi keceriaan. Kegelapan sebelum ini tiba-tiba menjadi terang benderang. Kesepian
sebelum ini bertukar hiruk pikuk, riuh rendah suara manusia.
Kehadiran manusia bertukar ganti, walau sebelum ini mereka
tidak pun kelihatan. Seribu janji ditaburkan. Jalan-jalan berturap baru disamping
bekalan makanan dan minuman serta sumbangan lain yang tidak putus-putus. Bagi yang muda
menerima sebagaimana hajat yang muda. Yang tua pula di serikan dengan sumbangan
sebagaimana yang sesuai iaitu beras, kain pelikat/kain batik atau duit barang seratus
dua.
Dimana sahaja pilihan raya di adakan, kecil atau besar,
hakikatnya sama sahaja. Kesemua agenda yang saya nyatakan itu berulang kembali. Tetapi
itu semua bukanlah disebut 'rasuah' kerana iannya pemberian parti memerintah yang sedang
cuba untuk mengekalkan kekuasaan mereka. Melainkan itu dilakukan oleh parti saingan dari
pakatan pembangkang baru disebut rasuah. Justeru itu akan tercapailah hasrat presiden
UMNO/BN yang menyatakan hapuslah rasuah sehingga akar umbi. Maka Badan Pencegah Rasuah
(BPR) ligat ke sana kemari, tak tentu arah lagak mereka. Tangkap sana, tangkap sini.
Tangkap pemilik lesen terbang, tangkap pegawai penguji JPJ (tester), tangkap sipekedai
belajar lesen memandu. Namun kerja BPR belum tamat juga.
Di Lunas, BPR buat tak tahu sahaja. Tidak pernah BPR
menyamar sebagai penduduk Lunas, walau pun untuk menyiasat dan mengetahui bagaimana
calon memberikan wang dan beras atau sebarang sumbangan kerana hajat yang satu mereka.
Akibatnya, rasuah berleluasa semasa dalam tempoh berkempen.
Di sebaliknya yang terjadi dalam barisan pembangkang lain
pula. Pemberian tiada melainkan informasi, kesedaran dan ilmu yang bermanfaat. Tipu
menipu dijelaskan dengan terperinci. Begitu juga dengan kepincangan serta kezaliman
pihak memerintah, maka dijelaskan untuk pengetahuan rakyat marhaen. Bagi yang tiada
internet dan hanya sesekali mebaca Harakah, tentu terpegun bila dikatakan segala
pembinaan yang berbentuk mega di negara ini dibayar dengan pinjaman negara. Hutang
negara saat ini tidak kurang dari RM160 bilion. Jumlah ini cukup untuk membayar bonus
kakitangan kerajaan selama 160 tahun.
Malangnya tiada pembayaran bonus tahun ini untuk kakitangan
kerajaan walaupun ada ura-ura untuk membayar 'ehsan' kepada mereka. Nasib kakitangan
kerajaan kini samalah dengan negeri Terengganu yang dinafikan hak royaltinya, cuma
dibayar 'ehsan'. Tetapi itu itu duitnya tidak sampai juga melainkan digunakan
kuncu-kuncu mereka disebut JPP. Nasib kakitangan kerajaan tidak ubah sama. 55,800
pemohon caruman KWSP yang memboikot untuk tidak menuntut komputer yang dipesan kerana
pembeliannya oleh kroni Mahathir iaitu Pos Malaysia. Bukankah singkatan syarikat Pos
Malaysia itu syarikat PM??
Segala pemberian dan sumbangan yang dilakukan di pihak
parti memerintah, sebaliknya di pihak pembangkang. Apa yang diharap oleh para petugas,
perayu dan mereka yang terlibat dalam kempen pilihan raya ialah sumbangan anda. Mereka
datang dari pelusuk negara dengan apa sahaja, hatta menumpang lori ikan atau lori kayu.
Hajat mereka satu, untuk menegakkan keadilan di muka bumi Malaysia nan tercinta!!
Maka datangnya dengan sehelai sepinggang atau barang
sehelai dua pakaian ganti. Kehadiran mereka juga tidak membawa wang beratus ribu. Jika
da pun untuk sehari dua, belanja rokok dan minum pagi. Namun semangat mereka kental
meksipun berjuang tanpa senjata. Ini perjuangan paling getir. Akan tetapi mereka
sanggupi kerana tidak sanggup menderita atau menyambung penderitaan itu ke atas anak
cucu mereka. Negara yang kaya raya dengan hasil mahsyulnya... tetapi rakyat miskin
ibarat ayam mati di kepuk padi, itik mati di kolam ikan. Kemanakah hasil timah, getah,
kelapa sawit negara? Kemanakah perginya hasil petroleum berjumlah 600,000 tong sehari?
Kini semua pengundi Lunas sekali lagi menghadapi persoalan
yang runcing. Jawapan kepada persoalan ini mesti dibuat pada 29 November ini. Silap
menentukan kerajaan yang dipilih bererti merelakan diri dibelenggu oleh pelbagai sekatan
dan undang-undang. Hak dinafikan. Kebebasan dirampas oleh pelbagai sekatan dan akta yang
menyiksakan. Lihatlah nasib Mahhfuz. Dipenjarakan kerana menentang musuh Allah. Mereka
yang bertindak memenjarakan Mahfus samalah seperti membela musuh Allah. Mahukan kita
menjadi pembela musuh Allah? Atau mahukah kita menjadi penentang musuh Allah. Jika kita
ingin membela agama Allah segeralah berjuang menegakkan keadilan.
Perjuangan ada berbagai cara. Jika tidak dengan tenaga,
maka kita hulurkan wang ringgit atau lain-lain sumbangan yang termampu. Mulakan dengan
diri kita, kelompok kita, masyarakat kita, daerah kita, negeri kita dan seterusnya.
Jadilah penyumbang terbaik untuk menegakkan keadilan. Setiap gerak kerja yang baik ada
nilainya di sisi Allah. Itulah hakikat yang sedang berlaku di Lunas sekarang. Bantuan
anda amat diperlukan bagi menjayakan hasrat menegakkan keadilan. Meruntuhkah tembok
kekebalan BN yang semata-mata atas propaganda wang semata-mata.
Menjelang pilihan raya barulah muka pemimpin mereka
tersorong-sorong menjenguk estet atau gerobok buruk di ladang-ladang getah yang terbiar.
Kesunyian Lunas selama ini diselang selikan dengan ketawa mereka. Namun Lunas tetap
Luas. Selepas 29 November nanti Lunas akan kembali sepi. Jam 7 malam semua kedai hampir
ditutup kecuali beberapa buah kedai makan yang sedia menanti tetamu sehingga lewat 10
atau 11 malam. Itu hakikatnya. Jika tiada undi perubahan, maka nasib Lunas tetap ditakuk
lama.
Sumbanglah kepada tabung pilihan raya Lunas! Percayalah,
sejumlah wang yang anda sumbangkan ke arah menegakkan keadilan adalah jihad di sisi
Allah dan pengorbanan anda itu dibayar dengan harga yang tersangat mahal!!