minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

BANTULAH MENYEKAT KEZALIMAN INI

Minggu ini terkilan rasaya jika saya tidak dapat menyatakan sesuatu khas kepada penduduk Lunas. Sesungguhnya ada adalah pengundi yang bertuah kerana berpeluang menentukan sekali lagi calon ADUN bagi kawasan anda sebagai wakil ke sidang dewan undangan negeri Kedah sebagai memenuhi tempat yang dikosongkan oleh bekas ADUN yang lalu. Mengapakah saya katakan bertuah ialah kerana anda berpeluang sekali lagi memperbaiki kesilapan anda yang lalu. Jika pada pilihan raya umum 29 November tahun lalu anda sudah melakukan kesilapan kerana memilih wakil yang salah, perbaikilah kesilapan itu kali ini. Ingatlah, jangan sekali-kali anda membantu kezaliman apa lagi jika perkara itu nyata bersalahan dengan kesucian agama Islam.

Perlu saya membawa ingatan anda bahawa kezaliman yang berlaku dalam pemerintahan lebih 40 tahun BN di negara ini sudah mencapai ke kemuncaknya. Jika selama ini media perdana menyatakan 'bohong' kepada berita internet dan tuduhan 'fitnah' ke atas media ini adalah amat berat sebelah. Inilah kenyataan yang anda semua harus hadapi terutamaa bagi yang beragama Islam.

Minggu lalu, Mahathir melalui Menteri Yang Tewas Dalam Pilihan raya, Datuk Paduka Abdul Hamid Othman menyatakan ura-ura hasrat Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) untuk membeli saham dalam MAS. Katanya lagi dengan kemampuan itu, MAS akan menyediakan pengangkutan sendiri bagi menampung keperluan pengangkutan jemaah haji ke Mekah. Alangkah manis bunyi cadangan itu.. ia samalah seperti mengatakan bahawa selama kerajaan BN memerintah selagi itulah pembangunan akan terus berjalan. Sama seperti menafikan bahawa selain BN, kerajaan yang tertubuh nanti tidak inginkan pembangunan!!

Jika dasar persyarikatan dan penswastaan yang selama ini sudah diketahui tembelangnya dan dasar itu tidak mampu memangkin pertumbuhan ekonomi negara, maka apakah kita harus melakukan kesilapan yang sama. Yakni, membiarkan LUTH membeli saham MAS yang sama bererti mengambil duit rakyat (jemaah haji) untuk dilaburkan ke dalam satu syarikat penerbangan yang sedang menghadapi krisis operasinya. Ringkasnya, duit jemaah haji untuk membeli syarikat yang hampir lumpuh!!

Rakyat mestilah sedar akan taktik halus pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Sebagai pemimpin yang sudah menerima amanah rakyat, para pemimpin seharusnya bertindak bijak bagi menyelamatkan keadaan dan kepentingan rakyat atau ringkasnya kepentingan negara. Bukan menggunakan kuasa mengarahkan itu dan ini untuk menjejaskan kepentingan rakyat. Apakah akan terjadi sekiranya pembelian sebuah kapalterbang dengan nilaian berbilion itu menyebabkan LUTH akan kehabisan modal operasi kerana tertanam dalam pembelian itu?

Justeru rakyat pula haruslah menyedari akan taktik halus pihak tertentu yang melakukan penipuan secara terang-terangan. Kita sudah sama bersusah payah menentukan kedudukan ekonomi negara  dengan baik dan ini terjadi pada masa Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn memerintah negara. Pada masa kedua PM ini negara menuju kecemerlangan ekonomi walaupun berasakan pertanian. Hanya idea singkat seorang PM yang gila menyebabkan simpanan negara bertambah kurang, sebaliknya menggunakan kesempatan yang ada berhutang dan melaksanakan projek mega yang tidak berfaedah terus kepada rakyat. Ingatlah bahawa jambatan terpanjang di Asia itu ertinya negara telah berhutang, menara berkembar tertinggi di Asia itu adalah lambang hutang negara, mahupun littar F1 di Sepang juga adalah lambang hutang negara yang kini melebihi RM160 bilion!!

Sebagai rakyat yang bertuah, kita harus memilih pemimpin yang mampu membela kehidupan rakyat marhaen, bukan membela dua tiga syarikat korporat yang anak menantu mereka memiliki kepentingan atau pegangan saham di dalamnya. Apalah ertinya, jika kehidupan kita semakin terdesak dan hutang negara semakin bertambah. Sesungguhnya dengan lebih banyak berhutang, peluang negara kita dijajah kembali oleh pihak yang memberi hutang amatlah tinggi risikonya.

Jangan kata dengan menentukan seorang ADUN, bahawa kita tidak mungkin mencapai hasrat itu. Itu adalah sumbangan terkecil anda ke arah melaksanakan segala pembaharuan dalam pucuk pemerintahan negara. Jika ADUN Lunas dimenangi oleh BA, sekurang-kurangnya kita menafikan 2/3 majoriti DUN di negeri Kedah. Dengan perlaksanaan kerajaan campuran, sekurang-kurangnya kita mempunyai kuasa untuk menafikan segala kuasa 'veto' yang dimiliki UMNO/BN selama ini.

Ingatlah satu undi anda pangkah BA bererti satu sumbangan anda tidak bersekongkol dengan kezaliman dan sekaligus anda memilih kebaikan dan kebajikan. Nilai kebajikan anda tidak dibayar dengan ringgit Malaysia di dunia ini, sebagaimana yang diterima oleh mereka yang bersama Bangsat Nasional (BN). Sebaliknya kebajikan itu akan terus dibayar oleh Allah dengan setinggi-tinggi penilaian bahawa anda sudah melaksanakan satu tangggungjawab; amar maaruf, nahi mungkar.

Sekali lagi harus anda sedari tembelang Bangsat Nasional itu!! Mereka tidak pernah puas mahu membalun khazanah negara dan wang rakyat kerana selamanya mereka tidak pernah merasa berdosa melakukan kemungkaran dan kezaliman!

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter