SISTEM PEMERINTAHAN YANG HAKIKI DISISI ALLAH S.W.T.
Minggu ini saya merasa terpanggil untuk berbicara tentang sistem demokrasi anjuran barat
(khususnya Amerika) yang mula dipertikaikan oleh pelbagai pihak termasuklah oleh
pemerintahan kerajaan Bangsat Nasional (BN). Dengan tercetusnya adengan perebutan pucuk
pimpinan utama negara gergasi itu bagi merebut Rumah Putih, sekaligus pemimpin nombor
satu dunia, kesempatan ini telah diambil oleh pemimpin-pemimpin Bangsat Nasional (BN)
untuk mengutuk Amerika yang 'kununnya' mengamalkan pemerintahan demokrasi tulen, tetapi
penuh dengan hipokrasi dan penipuan.
Jika di Amerika boleh berlaku undian tipu menipu, justeru amalan demokrasi di negara ini
tidak terkecuali mengamalkan prinsip demokrasi yang sama. Mengutuk pemimpin negara kuasa
besar itu sebagai hipokrasi atau penipu, samalah menuding jari ke arah diri sendiri
kerana Malaysia juga mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi. Cumanya demokrasi di
Malaysia telah diubahsuai beralakan mengikut kata telunjuk seorang diktator tua yang
khianat kepada bangsa dan negaranya.
Berbanding dengan Amerika yang mengamalkan prinsip menindas negara lain untuk mencapai
kekayaan atau kejayaannya, sebaliknya Malaysia menindas rakyat sendiri untuk membalun
khazah negara secara terang-terangan. Manakah lebih baik di antara perbuatan itu,
walaupun kedua-duanya amat keji di sisi kemanusiaan dan agama Islam. Lebih nyata
kepimpinan Bangsat Nasional menggunakan kuasa untuk menindas rakyat yang lemah. Inilah
yang terjadi dalam peristiwa bersejarah 5 November lalu, apabila kerajaan memerintah
menggunakan polis untuk memukul rakyat yang berdemontrasi aman di Jalan Kebun dan lebuh
raya Kesas. Peristiwa ini tercatat dalam sejarah kerana pasukan polis di raja Malaysia
selepas titik bersejarah ini digelar sebagai Pasukan Anjing Kurap Diktator Mahathir!!
Berlainan dengan kepimpinan Bangsat Nasional (BN), kepimpinan PAS atau BA secara amnya
tidak memberikan komen langsung terhadap kepincangan yang berlaku di negara kuasa besar
yang sedang berebut kuasa sesama sendiri untuk takhta di Rumah Putih. Justeru adalah
kerana kepimpinan PAS sudah lama berjuangan untuk menghindarkan amalan sistem demokrasi
berparlimen kerana ia bukan satu sistem pemerintahan yang berlandaskan sunah dan
Al-Quran.
Oleh kerana sistem pemerintahan demokrasi adalah ciptaan manusia, maka lambat laun
bagaimana baik pun sistem itu ia tidak akan sebaik dan sekekal sistem ciptaan dari
sumber Al-Quran dan Hadis. Allah menggariskan beberapa ciri sistem pemerintahan
sebagaimana tercatat antara lain dalam Al-Quran ayat 26 Surah Ali Imran, ayat 40 surah
AlMaidah dan ayat 55 surah An Nuur.
Firman Allah bermaksud:
"Katakanlah: 'Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau kurniakan kerajaan
kepada orang yang Engkau kehendaki, Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau
kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang
Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa
di atas segala sesuatu" (ayat 26 surah Ali Imran)
"Tidakkah kamuu tahu, sesungguhnya Allah-lah yang mempunyai kerajaan langit dan
bumi; disiksaNya siapa yang dikehendakiNya dan diampuni bagi sesiapa yang
dikehendakiNya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (ayat 40 surah Al
Maidah)
"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan
mengerjakan amal-amal saleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa
di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang sebelum mereka berkuasa dan Dia akan
meneguhkan bagi mereka agama yang diredhaiNya untuk mereka dan Dia benar-benar akan
menukar (keadaan) mereka, sesuadah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.
Mereka tetap menyembah Ku dan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan
barang siapa yang (tetap) kufur sesudah (janji) itu, maka merekalah orang-orang yang
fasik". (ayat 55 surah An Nurr)
Demikianlah antara janji Allah berhubung dengan kekuasaan pemerintahan manusia yang ada
di dunia. Kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan kepada kerajaan Bangsat Nasional
(BN) sewajaran dengan amalan kezaliman yang melampaui batasan samada atas nilai
kemanusiaan, apa lagi atas nilai-nilai keagamaan, maka tunggulah kehancuran dan
berakhirnya sistem pemerintahan demokrasi di negara ini.
Perlu dinyatakan di sini bahawa perjuangan PAS adalah untuk menegakkan kerajaan Islam
yang disadurkan dari Al-Quran dan sunah Rasulullah. Penglibatan PAS dalam pilihan raya
bukan bererti kita bersekongkol dengan sistem demokrasi ala Mahathir, tetapi satu tiket
untuk mencipta kemenangan bagi melaksanakan satu rombakan secara revolusi kepada sistem
pemerintahan Islam yang diredhai Allah.
Percayalah umat manusia sekelian, bahawa kehancuran sedang menunggu di hadapan sana dan
pemimpin kerajaan Bangsat Nasional pasti tidak akan tersisih dari hukuman yang sedang
menanti mereka samada dari rakyat mahupun dari Allah s.w.t..
Teruskan komitmen anda menyokong islah yang bakal dibawa oleh kerajaan Barisan
Alternatif pimpinan PAS. Paling hampir ialah kita menukarkan pemerintahan negeri Kedah
kepada kerajaan campuran yang kini cuma berkuasa dengan kelebihan majoriti satu kerusi DUN iaitu
24 kerusi berbanding dengan 12 yang
dimenangi oleh kerajaan BA. Sekiranya DUN Lunas jatuh ke tangan BA dalam pilihan raya
kecil ini nanti, negeri Kedah akan menjadi kerajaan negeri campuran.
Jarak kemenangan semakin hampir dan anda janganlah menjadi manusia yang semakin jauh
dari kejayaan itu.