minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

ISU ALAM SEKITAR YANG KIAN MERUNCING..

MAHATHIR PEMBUNUH RAKYAT

Terlebih dahulu saya juga ingin mengucapkan syabas kepada calun Keadilan yang menang di Lunas..semuga si keparat tu akan hancur bersama anak-anak kapal nya tak lama lagi.

Saya ingin mengulas beberapa artikel dari AFP di mana kita akan dapati rakyat malaysia di "BUNUH" dengan kelonggaran AKTA alam sekitar yang sedia ada. Kepelikan nya kesalahan pihak yang berkuasa selalu di letakkan pula di bahu rakyat.

Baru-baru ini (NOV 30 AFP) PM telah mengeluarkan kenyataan "to look after rivers like we take care of your lovers" dan "Rivers become dirty because man does not love a gift of God".  Sedap sungguh bunyinya. Pada dasarnya, sungai menjadi kotor kerana manusia tidak menghargai kurniaan Ilahi...Sungguh mulia sekali niat PM kita. Tetapi, siapa yang di tuduh di sini?? Sungai menjadi kotor kerana tidak ada akta yang ketat mengawal kebersihan nya....Jadi yang di tuduh di sini adalah PM sendiri yang berkuasa di Malaysia. PM lah yang tidak menghargai kurniaan Ilahi dan tidak menjaga sungai seperti dia menjaga anak-anak dan isteri yang di kasihi nya itu.  Bagi PM dan kebanyakannya..sungai menjadi kotor kerana pembuangan sampah sahaja. Lain tidak. Jadi PM mengeluarkan kenyataan tersebut hanya berdasarkan keindahan sungai dari segi bersih dari segala sampah sarap. Ini sama sekali tidak benar!!! Sungai tidak hanya menjadi kotor dengan sampah sarap SAHAJA!!!

Artikel seterusnya dari AFP(NOV 23 AFP) telah melapurkan bahawa "toxic chemicals including cyanide, ammonia and mercury have been found in several rivers which supply water (!!!!!) to Malaysian's southern state of Johor..."

Nah..itu dia!!! Kerana AKTA ALAM SEKITAR yang tidak ketat (saya akan terangkan kenapa akta alam sekitar kita longgar), dan leka membiarkan industri membuang sisa-sisa toksid, rakyat akan mati dengan perlahan (tidak dengan cyanide!!..mati terus) hanya dengan meminum air dari paip!!! Jangan fikir dengan memasak air tersebut kita boleh menghapuskan bahan kimia tersebut....Memasaknya hanya mematikan bakteria bukan kandungan kimia nya.

Sungguh geram dan sakit hati pula membaca artikel dari AFP(NOV 30) "Malaysia lost 210 million dollars due to haze" kata Zainal Dahlan...."long term effects of the haze on public health would need further research" katanya lagi (nak penuhkan poket kroni mana pulak nak buat research lagi ni...kalau benda tu dah tahu memudaratkan..n ak research apa lagi???) Kenapa tidak membuat research bagaimana bahan kimia yang toksid itu di dapati di sungai-sungai??? Apakah ini tidak penting??? Apakah perlu rakyat bertindak sendiri sebagaimana yang di lapurkan oleh AFP(NOV 30).."Angry malaysians villagers burn down polluting factory" dimana 13 rakyat malaysia telah di tahan berhubung dengan pembakaran kilang (ini mesti ada duit kroni lah kot...mana tahu..) yang telah mengeluarkan asap dan bau busuk sejak 10 tahun yang lepas. Katanya..."the stench and dust have been overpowering and our children's health (asalkan bukan anak mahathir tak apa....ada yang nak bunuh diri hari tu kerana anwar tak bagi duit???) has been adversely affected..."

Nyawa rakyat sekarang dalam bahaya jika sesuatu tidak di lakukan segera. Tidak perlu kita buat penyelidikan kenapa rakyat sakit, kenapa rakyat mati..selepas itu tidak ada apa yang di lakukan untuk memperketatkan akta alam sekitar yang longgar. Buat masa ini telah di lapurkan 40 sungai dari 120 telah di cemar.....tidak kita ketahui samaada pencemaran ini adalah dari sampah PM, hakisan tanah (kerana pembalakan), atau pembuangan sisa dari industri dan pusat rawatan air. Juga kita harus ingat angka 40 ini mungkin betul dan mungkin juga tidak.

Kenapa saya katakan akta alam sekitar di Malaysia longgar??

Akta alam sekitar di malaysia ada dua STANDARD...STANDARD A DAN B. Satu untuk pembuangan sisa ke sungai dan satu pembuangan sisa ke tasik. Hanya satu standard di pakai untuk Sungai (saya mengambil contoh sungai sahaja).

Ini lah kelonggaran nya. Satu standard sahaja tidak boleh di pakai terima untuk pembuangan sisa kedalam semua sungai tanpa mengira jumlah air, aliran yang mengalir dan aliran yang berubah di sepanjang tahun . Jika satu industri membuang satu tong sisa ke sungai Kelantan dan satu tong sisa ke sungai MOLEK (sungai kecil di Banting...aduh....hitam legam airnya!)...sungai mana yang akan mengalami ketoksidan??? Apakah ada beratusnya pakar di malaysia dan di institusi pengajian tinggi tidak melakukan apa-apa untuk mengubah dan memperketatkan akta alam sekitar ini???


Adakah kita perlukan lebih ramai rakyat keluar dengan "armed with parangs (machetes), iron rods and sticks (dari AFP)" dan membakar industri-industri??? Siapa yang akan di persalah kan?? Yang bersalah bukan rakyat..yang bersalah ada lah Mahathir, pembunuh rakyat dengan akta alam sekitar yang longgar!!!!

DAMAK

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter