BEBERAPA UCAPAN TAHNIAH KEMENANGAN
From: "Marina Yusoff" <marinayusoff@hotmail.com
Reply-To: ADIL-P119@egroups.com
To: ADIL-P119@egroups.com
Subject: Re: [ADIL-P119] KENYATAAN RASMI PSARAFHQ DAN LAMAN WEB LUNAS
Date: Thu,
30 Nov 2000 06:50:24 +0800
Sdra/Sdri
Kak Marina ucapkan Syabas dan tahniah
atas kejayaan yang cemerlang ini.
Bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana telah
makbulkan doa kita. Insha Allah masa depan rakyat dan Negara akan bertambah cerah
dengan adanya rakyat seperti sdra dan sdri yang berjuang dengan penuh semangat,
keikhlasan dan pengorbanan. Harap dapat kekalkan semangat gigih ini serta bersatu dan berkerja seperti ini di pilihan raya akan datang supaya kita dapat
diselamatkan
negara kita untuk masa depan anak cucu kita.
Wassalam.
Kak Marina
saya mewakili segelintir dan separuh kakitangan keraaajaan rakyat negeri kedah mengucapkan
tahniah atas kemenangan saudara Saifuddin dalam pilihanraya Lunas.percayalah saudara..BA
akan menjadi pengerak kakitangan awam menjatuhkan mahathir.kerana dari apa yang kami
ketahui sendiri di kawasan kubang pasu sendiri dan kawasan sekitar taman taman di jitra
dan kubang pasu yang di huni oleh semua kakitangan awam,semua nya menyokong BA. ini
terbukti apabila keputusan di umumkan semalam ramai kakitangan awam kumpulan A dan
profesional menyambutnya dengan penuh kegembiraan..percayalah rakyat kedah dari golongan
bawahan dan profesional telah ramai menyokong BA.dan ramai kakitangan awam yang menyokong
BA telah mengadakan majlis kesyukuran kemenangan BA...hanya yang masih menyokong UMNO @ BN
adalah golongan profesional dan bawahan yang mempunyai agenda tersendiri dan untuk
kepentingan sendiri dan poket masing masing,bukan ingin menegakkan islam di bumi bertuah
ini..kerana dari risikan di buat ,di mana golongan profesional ini memegang tampuk
pertadbiran di jabatan atau pejabat masing masing,,di situlah banyak berlaku perkara nahi
mungkar dan menjatuhkan martabat islam dan melayu
Pada Saudara Saifuddin ,tahniah dari
kami rakyat kedah yang inginkan agenda terbaru untuk negeri kedah.
Tahniah untuk semua ..............teruskan perjuangan .....
kami tahu akan banyak lagi kawasan yang akan kita ambil bila ramai lagi wakil BN
mati...... selepas ini kabarnya kita akan ke bentong, pahang ........ selamat maju jaya
....... hancur BN..... hantur maha firaun
LUNAs BOLEH........KEADILAN BoleH...
naib ketua pemuda keADILan Bhg. MUAR
Assalamualaikum,
Kepada semua petugas dan warga Mindarakyat, salam perjuangan
dari saya, syabas kerana menyediakan laman yang sentiasa update sepanjang kempen di
Lunas. Pemberitaan yang cukup menarik dan tepat.
Alhamdulillah kita berjaya lagi,
tahniah dan syabas kepada semua petugas, pendokong dan pejuang reformasi/penyokong BA
serta peminat BA seluruh dunia!
InsyaAllah, kita akan buktikan lagi bahawa kita
mampu menundukkan sebuah kerajaan yang zalim , jika kita benar-benar bersatu hati dan
ketepikan kepentingan diri.
Selamat menyambut Ramadhan Mulia.
Wassalam
Dahlia
2.15pm
Assalamu'alaikum Alhamdulillah. Kali ini Allah mengizinkan kemenangan kepada pihak yang
memperjuangkan kebenaran dan bermulanya detik tangisan tidak berirama di pihak BN dan
sememangnya irama rasuah mereka sumbang dan meloyakan sejak awal lagi. Bermula juga detik
'Yang Berkhidmat' untuk Sdr Saifuddin Nasution Ismail. Tahniah. Wassalam