Mesej Penghargaan Lisan Dari
Saudara (YB) Saifuddin Nasution Ismail :
"Saya mengucapkan syukur yang tidak terhingga
ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurnianya akhirnya Barisan Alternatif berjaya mencapai
kejayaan di LUNAS. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
yang tidak terhingga kepada Pucuk Pimpinan Barisan Alternatif - PAS, KeADILan, DAP dan
PRM , YB Ustaz Fadzil Noor, YB Datin Seri Dr Wan Azizah, En Lim Kit Siang, Dr Syed
Hussin Ali, Pergerakan Pemuda Barisan Alternatif para petugas Barisan Alternatif
di Lunas yang tidak kenal apa itu erti penat dan lelah serta mereka yang telah
memberikan segala bentuk sumbangan samada secara fizikal, kewangan, buah fikiran dan
sebagainya.
Tidak dilupakan, para penyokong yang senantiasa
mendoakan kejayaan perjuangan ini terutamanya di ruang siber. Juga teristimewa buat para
webmaster Laman-laman Pro Reformasi yang gigih dan tidak putus asa dalam perjuangan
seharian. ...........Perjuangan kita untuk membebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim serta
memastikan PERUBAHAN tertegak di negara ini mesti diteruskan. Insya Allah..."
Mesej ini dicatit secara spontan sejurus selepas
pengumuman kemenangan beliau khas untuk versi Laman-laman Pro Reformasi . Maaf tidak
lengkap.
Sukarelawan Teknologi Maklumat,
Bilik
Gerakan LUNAS