minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

SIAPA YANG MAINKAN ISU PERKAUMAN?

Wah wah, bukan main lagi Mahathir marah dengan pengundi2 Cina di Lunas. Asyik2 cerita mengenai 13 Mei disebut dan diulangtayang. Nak menakut nakutkan pengundi2 Cina, kononnya!

Tapi siapa yang asyik mainkan isu perkauman? Kalau tak percaya ikutilah kursus2 anjuran BTN. Yang ditekankan dalam kursus2 anjuran BTN ini ialah Ketuanan Melayu, ketuanan Melayu! Kadangkala Mahathir sendiri dijemput untuk menyampaikan ceramah dalam kursus2 anjuran BTN ni dan ceramah yang disampaikan oleh Mahahtir sendiri berbau perkauman juga. Mahathir sendiri pernah berkata orang2 mata sepit tu bukan boleh percaya sangat! Minda kita dipupuk dan disemai dengan politik perkauman acuan UMNO dan Mahathir!

Inilah politik tidak jujur UMNO. Didepan rakyat bukan Melayu dikeluarkan kata2 manis tapi di belakang, dikutuknya kaum2 bukan bumiputera! Dan bila tektik biasa dah tak berapa jalan lagi diguna pula tektik ugut! Isu 13 Mei diputar balik. Senjata lama yang selalu digunakan oleh UMNO. Lama2 rakyat sedar politik UMNO ni lebih memecahbelahkan rakyat jelata. Bukan nak menyatukan tapi memecahbelah!

Rakyat tak sebodoh yang disangkakan. Rakyat sekarang pandai menilai. Lama kelamaan senjata makan tuan! Rakyat pun dah sedar mereka diperkudakan semata2 untuk puak2 ni dapat  mempertahankan kuasa. Untuk apa? Yang untung siapa? Puak2 ini, anak pinak, kroni2. Dalam kaum bumiputera sendiri ada kastanya. UMNOputra, anakputra, kroniputra!

Bila ada pilihanraya kecil barulah rakyat biasa nak merasa keselesaan sikit. Masa tulah ditaburnya macam2! Nak dapat sesuatu dari kerajaan, macam ada musim! Kalau tak ada pilihanraya kecil, jangan haraplah. Depa sapu dulu! Dalam diam2 depa sapu bersih! Kita tak akan tersalah jalan jika kita ikut dan hayati ajaran Al Quran!

ANTI HIPOKRIT

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter