minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA LUNAS

Saya dah agak bila TV tiga suku lambat menyiarkan berita keputusan pilihanraya kecil Lunas, macam liat aja, mesti ada yang tak kena. Tanda BN kecundang. Lagi pun, muka pemberita2 TV tiga suku pun macam tak ceria aja. Maklumlah dah berhari2 berpesta merekacipta cerita2 tak senonoh yang dengan sengaja nak memecahbelahkan BA. Berhari2 berpesta menabur fitnah dengan isu2 yang menjijikkan rakyat jelata. Sekarang apa dah jadi? Mana nak letak muka?

Tabur lagi, cipta lagi cerita2 tak senonoh. Padan muka! Ada saluran TV yang diguna dengan rakus tanpa segan silu pun boleh kalah! Siapa sangka?Skrip yang sama digunakan pada tiap2 pilihanraya. Ditayangkan adegan di mana ahli2 Keadilan kononnya melompat ke BN. Heboh cerita ini. Diulangtayang beberapa kali cerita mengenai ahli2 DAP di Kulim yang kecewa kerana calun India dari DAP tidak diberi peluang bertanding. Kononnya nak menonjolkan BA dah retak.

Samy Velu pula berkata dengan angkuh kalau BN kalah dia tak mahu balik ke KL. Kita tengok nanti samada Samy Velu akan mengkotakan kata2 yang dibuatnya. Dah berjuta wang ringgit ditabur oleh pihak BN di Lunas. Jalanraya diturap, longkang2 dibersihkan, minta apa pun pasti dapat. Beras, hamper, kain sarong batik, macam2 lagi hadiah ditabur di Lunas. Semuanya segera! Macam mi segera ciptaan dan tajaan  BN! Tapi pengundi2 di Lunas tak sebodoh yang difikirkan. Diberi ambil tapi pangkah tetap pangkah BA!

Syabas kepada YB Sdra Saifuddin dan juga jentera2 BA. Syabas juga kepada pengundi2 di Lunas yang telah bijak memilih wakil mereka walaupun disogok dan diugut! Kepada TV tiga suku, padan muka!
Kita nak dengar komen dari pemimpin2 BN khususnya UMNO. Yang pasti Mahathir sudah tentu mengamuk dengan kekalahan ini! Lagi satu kerusi untuk Keadilan! Lagi satu sokongan untuk DSAI!

ANTI FITNAH

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter