minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

PUAK UMNO AKAN MENGGILA DI UIA

Masih tidak serikkah juak-juak UMNO di kampus untuk mengganggu perpaduan pelajar di bawah naungan reformasi walaupun mereka kalah teruk di UM dan terbarunya di UKM.Selepas ini pelajar-pelajar 'opportunist' ini akan menyerang UIA pula(Piliharaya Kampus UIA kemungkinan 12 Dis. ini).      

Mereka ini didalangi oleh GPMS Wangsa Maju dan dikatakan mendapat imbuhan RM 50,000 untuk dana kempen daripada Nazri Aziz.Setiap calon tajaan mereka, SAHABAT (nama kumpulan UMNO ini)akan menerima bonus RM 1,500 sekiranya menang. Kumpulan yang tidak mendapat sokongan massa UIA ini mengikut maklumat dalaman mereka, sehingga sekarang masih tidak dapat menyediakan calon yang mencukupi untuk majoriti kepimpinan MPP UIA sekiranya mereka menang dan oleh kerana itu, mereka terpaksa mengemukakan majoriti calon-calon yang tidak mempunyai kredibiliti di UIA kerana sudah beberapa kali ditolak oleh pelajar dalam beberapa siri pilihanraya sebelum ini.       

Saya sebagai mewakili kumpulan reformasi di UIA menyeru agar semua pelajar UIA untuk turun mengundi nanti supaya kita sama-sama dapat menghilangkan deposit calon kumpulan SAHABAT ini.Ini sebagai pengajaran yang berguna kepada mereka agar dapat mencerminkan diri sendiri bahawa mereka berada di pusat reformasi yang tidak dapat menerima perjuangan untuk memenuhkan perut masing-masing.Hidup WUFI! 

Abu Mujahed Kolej Bilal,
UIA Gombak, KL. 
0134352712
 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter