minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

ESOK..RAMADHAN MENUNTUT PERHITUNGANNYA
                   {Buat Saudaraku di Lunas}

[Buat warga Lunas..Jika kalian diberi wang dan pelbagai habuan..terimalah tanpa rasa terhutang budi, kerana itu semuanya wang rakyat dan hak kalian. Tetapi jika kerana penerimaan habuan itu kalian mengundi BN, maka kalian berdosa dan bersalah kerana telah menerima rasuah, menggadai undi serta menzalimi penduduk setempat. Oleh itu untuk selamat dan bersih, pilihlah calon BA, yang berwibawa, Sdr. Saifuddin Nasution b Ismail. Selamat mengundi dan tunaikan tanggungjawab kalian dengan amanah dan jujur ]

Bulan Ramadhan Al Mubarak datang lagi. Selagi ada bulan dan matahari, selagi cakrawala diizinkan wujud oleh penciptanya, selagi itulah Ramadhan pasti menjelma. Semoga sinar Ramadhan Al Mubarak terus menjiwai seluruh hati dan nadi umat Islam. Kepada semua umat Islam, diucapkan selamat berpuasa semoga ibadah kita diterima ALLAH hendaknya.

Apabila jari mengetip perkataan Islam, hati mulai sebak bagai nak gila, mengenangkan sesetengah anak-anak kita yang sudah tidak lagi dapat mengecap nikmat Ramadhan...dan keseronokan AidilFitri. Alangkah malangnya mereka, kerana kelalaian kita, mereka tenggelam dalam irama loceng...'jingle bell' yang  bergema kencang pada setiap 25 Disember yang secara kebetulan pula akan disambut hampir-hampir sama hari dengan AidilFitri, pada tahun ini.

Maka hari ini kita yang mengaku Umat Islam...tidak kiralah orang UMNO atau BA berpuasa lagi. Sebagai umat Islam, kita semuanya bersaudara, ini bererti bukan saja yang 'berbin dan berbintikan' kita itu anak-anak kita, tetapi semua anak-anak orang Islam itu adalah anak-anak kita juga....

Apakah kita tidak terasa berdosa...tika lidah melafaz niat puasa dan hati pula turut berdetik syahdu...dan anak-anak kita telah tidak bersama kita melafazkannya? Anak-anak kita sudah tidak lagi ghairah menanti satu Syawal tetapi sebaliknya menanti turunnya salji di atas pohon rhu? Apakah hati kita tidak menjerit kesakitan, kekesalan dan kepiluan apabila terkenangkan, tatkala kaki kita melangkah kencang arah ke masjid tetapi anak-anak kita pula berlari ke gereja?

Tentunya jiwa kita tersentap, jantung seakan berhenti berdenyut, kecewa dan marah apabila mendengar gejala murtad ini sudah mencengkam sebahagian besar roh dan nadi anak-anak kita, terutamanya di Lunas dan daerah Kulim?

Difahamkan, kalau dulu, walaupun seluruh proses pembelajaran dalam Bahasa Inggeris {matapelajaran agama Islam tidak diajar disekolah ketika itu} dan Pengetuanya rata-rata orang putih, namun gejala murtad jarang berlaku. Kalaupun terdapat, yang kelihatan agak condong ke arah itu {dinilai dari tingkahlakunya yang terlalu sosial} maka seluruh masyarakat Melayu dan Islam gempar bak halilintar membelah bumi. Anak-anak Islam ketika itu walaupun ada yang terlalu sosial dan kebaratan namun mereka tetap berpegang kepada agama Islam. Natijahnya pendakwah bukan Islam takut dan tidak berani memurtadkan umat Islam. Akan tetapi berlainan pula di era pentadbiran UMNO pimpinan Mahathir Mohammad, yang dikatakan pemerintahan ketuanan Melayu Islam. Gejala murtad berluluasa dan seakan direstui. Pendakwah asing sudah menjadi terlalu berani dan proses memurtadkan anak-anak Islam telah dilakukan secara terang-terangan. Tetapi siapa pula yang patut disalahkan dalam hal ini? Kalprit yang besarnya sudah tentulah Kepala Pemerintah.....

Namun begitu, tidak boleh dinafikan, kita juga turut bersalah dan menyebabkan mereka kecundang ditengah jalan....

Sebagai ibubapa kita lalai, dan gagal menjalankan tanggungjawab, memberi perisai kepada mereka untuk menangkis dakwah songsang.

Sebagai pendidik kita juga lalai, kerana gagal memantapkan akidah dan menjadikan mereka sebagai insan kamil yang seimbang di dunia dan diakhirat.

Dan kelalaian serta kesalahan yang tidak boleh dimaafkan apabila kita sebagai umat Islam telah bersedia membantu dan memilih untuk dipimpin oleh mereka dari kalangan orang-orang kafir dan kufur! Akibatnya maka terpimpinlah anak-anak kita {mungkin dengan kita-kita sekali?} ke arah kekafiran dan kekufuran...nauzubillahiminzalik!!

Kemurtadan yang berlaku di Lunas adalah suatu contoh, akibat dari memilih seorang pemimpin kafir yang tidak menghormati agama rakyat yang dipimpinnya. Adakah orang Islam Lunas mau pisang berbuah dua kali? Tidakkah terasa ngeri, mempunyai pemimpin yang kerjanya asyik memurtadkan orang? Umat Islam yang mengundi Joe Fernandez dahulu, cuba kira dan congak saham yang akan diperolehi kelak!! 'Cak bo liau' kata orang Cina 'makan tak habis'.

Kepada saudara kita yang mengaku beragama Islam baik orang UMNO atau sesiapa saja, yang masih lagi ada sebesar zarah iman yang berdenyut dalam hati dan nadi mereka, demi ALLAH, Tuhan kita , Tuhan yang mengizinkan Ramadhan Al Mubarak menjelang tiba, renungkanlah.... akibat perbuatan kita yang durjana, maka anak-anak dan zuriat kita jadi mangsa, terungkai kasih mereka kepada kita dan akhirnya hina-dina didunia dan akhirat. Dan kita akan berduka, sangsara sampai bila-bila.

Tidakkah saudaraku di Lunas sedar, alangkah bertuahnya kalian, kerana ALLAH masih sayang dan memberi peluang serta masih hidup untuk memilih Islam...dan dipimpin oleh pemimpin Islam?  Ertinya jika kita tidak berpeluang atau telah melakukan kesilapan dengan bersekongkol dan memilih pemimpin kafir pada pemilu yang lalu, dan akibatnya kita sama-sama menerima saham kemurtadan anak-anak kita, maka inilah peluang untuk mengubahnya. Janganlah saudara-saudaraku persia-siakan peluang ini yang mungkin ada sesetengah daripada kita, inilah merupakan pimilihan yang terakhir. Siapa tahu kita mungkin dipanggil kembali kepada-NYA sebelum pemilu yang akan datang. Oleh itu kali ini undilah saudara seagama kita...Saifuddin Nasution bin Ismail.

Khas buat saudara kita dalam UMNO..jika dimasa lalu, telah banyak melakukan kesilapan, maka inilah masanya kesilapan itu ditebus dengan kebaikan. Kesilapan yang sudah-sudah itu biarkan berlalu. Tebuslah segala itu dengan memberi sokongan dengan mengundi calon kita..orang Melayu Islam. Sekurang-kurangnya perasaan dan fikiran kita tenang, aman dan tenteram. Sekurang-kurangnya kita telah melangkah ke arah kebaikan.

Kalau dulu orang berkias......
     'Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merasa...' Kini...
     'Silap langkah jatuh tangga , silap pangkah masuk neraka'

Semoga Ramadhan Al Mubarak ini dapat menyedarkan 'siapakah diri kita ini sebenarnya?. Adakah kita ini sebenar-benarnya orang Islam atau sebaliknya? Jika kita mengaku sebagai seorang Islam, apakah memilih pemimpin yang beragama Islam itu sesuatu yang dituntut oleh Islam?  Sebagai orang Islam, kita patut tahu hukumnya memilih orang kafir sebagai pemimpin, sedangkan kita ada pemimpin yang beragama Islam sebagai pilihan. Jika kita memilih orang kafir sebagai pemimpin, maka secara atomatis kita memilih untuk menjadi pengikut kafir, kalaupun tidak kafir.. nauzubillahiminzalik!! Oleh itu sebagai orang Islam, lakukan yang terbaik yang berpanjangan...

Sedang lidah dan hati memasang niat berpuasa mengharapkan keredaan YANG MAHA ESA, jangan pula jari-jemari menggariskan kalam, melakar dosa, untuk mengheret kita ke neraka!!

Esok..Ramadhan menuntut perhitungannya. Diantara  Saifuddin Nasution b Ismail dan S Anthonysamy, siapakah yang kalian pilih wahai saudara-saudaraku di Lunas?

Sebagai orang Islam, kita tentunya sudah tahu siapakah yang MESTI kita pilih. Sebagai orang Islam tentunya tiada kompromi dan sudah semestinya kita memilih saudara kita, siapa lagi kalau bukan..

'SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL'..calon Barisan Alternatif!!



Tun Teja
  28/11/00













 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter