POLIS, OH POLIS!!
Apa hal Polis kita ni, nak menjaga keamanan
atau nak menjaga Mahathir dan UMNO? Tiba2 polis kita sibuk merampas CD2 perhimpunan 5
November dan ABC dokumentari apa pasal? Biasanya, risalah2 macam ini diharamkan dulu
sebelum rampasan dibuat tapi adakah CD2 ini telah diharamkan oleh kementerian dalam
negeri?
Yang hairannya, dulu semasa CD lucah DSAI diedarkan, tak ada pun kita dengar
polis nak ambil tindakan. Buat2 tak tahu aja tapi kali ni, bila batang hidung polis
terkena, cepat2 polis bertindak. Kalau pejabat guaman negara melakukan pendakwaan
berpilih, polis kita pula melakukan penyiasatan berpilih.Nampak sangat polis kita ni dah
berat sebelah, dah disalahguna oleh puak2 Mahathir dalam UMNO.
Kita pun hairan juga, mengapa dah berminggu
polis belum lagi cuba nak menangkis dakwaan wira rakyat YB Mahfuz yang menyebut bahawa
beliau mempunyai bukti mengenai keganasan polis semasa perhimpunan 5 November dulu.
Mengapa tak dibenarkan ahli2 parlimen kita menonton video yang disebut oleh YB Mahfuz
ini dalam parlimen? Ini isu berhubung dengan rakyat, kekejaman terhadap rakyat oleh
polis yang sepatutnya dibahaskan oleh wakil2 rakyat dalam parlimen dan video tersebut
ialah satu bukti tapi sayang sekali ia tidak dibenarkan ditayang. Mengapa?
Kita tak hairan jika polis sedang giat
menyiapkan satu CDnya sendiri, CD ciptaan polis mengenai keganasan dan provokasi rakyat
terhadap polis dalam perhimpunan 5 November. Kalau betul ada CD polis ni kelak, camkan
muka2 dalam 'rusuhan' ciptaan polis ini. Jangan terperanjat jika lakonan2 ini dicetuskan
dalam perkarangan polis sendiri. Di Pulapol misalannya! Polis kita ni kan serba boleh!
Apa pasal pada perhimpunan 25 November polis
tak bertindak liar macam perhimpunan 5 November dulu? Satu, kerana takut peluang BN di
Lunas terjejas dan satu lagi, depa takut, rakyat akan menangkap lagi adegan2 kejam
mereka melalui kamera. Lagi bukti2 nyata kekejaman mereka, maka hancurlah imej dan
kredibiliti polis kita.
Silap2 buat CD rakyat akan nampak segala
kepincangan dan kredibiliti polis dipersoal dan dipertikaikan lagi. Dahlah imej polis
kita terjejas. Apalah nak jadi dengan negara kita ni kalau polis pun dah tak telus,
memihak dan tidak ADIL lagi?
Yang nyata ialah Polis kita sekarang diperguna
dan disalahgunakan oleh puak2 tertentu untuk mempertahankan kuasa puak2 ini semata2
kerana ada segolongan pegawai2 tertinggi polis telah di perangkap dan dirasuahkan supaya
melakukan agenda2 kotor puak2 ini.....kerana polis terlibat terus dalam konspirasi
menjatuhkan DSAI!!!POlis tak ada pilihan kecuali menyokong terus puak2 ini kerana kalau
puak2 ini tumbang, maka terbongkarlah pekung2 polis, penglibatan polis dalam konspirasi
menjatuhkan DSAI! Habislah kredibiliti polis kita kelak! As simple as that!!
ANTI KEZALIMAN