minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Himpunan satu juta rakyat jika kerajaan tolak memorandum bantahan

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Kembalikan Hak Rakyat Mengenai Royalti Minyak, Dr Mohd Hatta Ramli, hari ini berjanji pihaknya akan menganjurkan perhimpunan satu juta orang rakyat sekiranya kerajaan pusat, khususnya Kementerian Kewangan, menolak memorandum bantahan rakyat terhadap pembatalan hak royalti minyak negeri Terengganu oleh kerajaan persekutuan baru-baru ini.

Dr Hatta, yang bercakap kepada para wartawan di pekarangan kompleks pejabat Kementerian berkenaan di Jalan Duta selepas menyerahkan memorandum bantahan tersebut pagi ini berkata, perhimpunan itu bukan sahaja perlu bagi menyedarkan kerajaan pusat tentang pencerobohan ke atas hak rakyat dan kerajaan negeri Terengganu, tetapi lebih penting pelanggaran yang dilakukannya terhadap amalan demokrasi serta prinsip federalisme yang menjadi asas pembentukan negara Malaysia.

Beliau yang diiringi oleh Setiausaha DPP, Ust Idris Ahmad, Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Mohd Noor, Ahli Parlimen Kuala Kedah, Mohamad Sabu, AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Lo'lo' Ghazali, AJK Agung PAS, Ust Ahmad Awang, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dr Syed Azman Syed Nawawi, pimpinan Parti Rakyat Malaysia dan parti komponen Barisan Alternatif lain tiba pada jam 10.30 pagi dan disambut oleh hampir 10,000 orang yang berhimpun di situ sejam lebih awal.

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter