HARAMKAN SAJA PARTI UMNO TU!!!!
SANDIWARA
PRESIDEN UMNO
Apabila Presiden UMNO mengeluarkan air mata
palsunya,kita amat merasa jijik dan loya sekali melihatkan seorang yang dah tua,
terpaksa
mengeluarkan air mata bagi menunjukkan kesungguhannya dalam memerangi gejala rasuah
dalam UMNO.Sehinggakan anak anak yang berumur 5 dan 6 tahun pun boleh tergelak
melihatkan gambar si tua ini menangis. Apakah yang susahnya nak basmi rasuah dalam UMNO
tu?.Kalau dilihat dari kuasa yang ada ditangannya sebagai Presiden UMNO,dan sebagai
Perdana Menteri,kerahkan BPR yang sepatutnya menjadi satu Badan bebas memerangi rasuah.
Siasat secara terperinci, dari dirinya sendiri , Timbalannya dan seluruh kepimpinan Parti
dan Kerajaannya, anak pinaknya serta semua rakan rakannya. Buatlah kalau berani.Itu
lah kata orang tua tua “ nak seribu daya,tak nak seribu dalih!!!” Tak payah nak
nangis nangis.Memang sahlah ,orang kalau dah kaki pembohong ,memang sanggup keluarkan
air mata!!!
Para perwakilan UMNO juga faham bahawa Presiden mereka memang
akan menggunakan platform Perhimpunan Khas itu untuk bersandiwara tentang gejala rasuah
dalam UMNO, dan mereka juga merestuinya, kerana rasuah dalam UMNO adalah nadi kepada hayat
UMNO itu sendiri.Tanpa rasuah, UMNO pasti mati begitu juga lah Kerajaan Barisan
Nasional. Isu rasuah bagi UMNO/BN adalah perkara yang tak perlu di beri tumpuan sebagai
satu gejala yang merosakkan masyarakat, malah ianya hanya sebagai bahan untuk melonjakkan
imej "pura pura bersih" Presiden UMNO@PM.Apabila
dilihat rakyat mulai marah terhadap mereka, mulalah isu ini ditonjolkan dan pelakun
terbaik (Presiden UMNO@PM) ini akan memainkan wataknya dengan menunjukkan
kesungguhannnya dengan menitiskan airmata .Betul betul auta ******. Habis Perhimpunan dia
pun masuk biliknya dan gelakkan seluruh negara ,Yak Yak yeh!!bodoh betul depa tu!!! Aku
berlakon pun depa percaya, sampai ada yang mengiri tangisan aku!!
Kini
sandiwara Presiden UMNO akan menjerat dirinya sendiri. Beberapa hari selepas Perhimpunan
Khas itu, seorang bekas pemimpin MCA telah mencabar beliau agar beliau
mengisytiharkan segala asetnya yang ada di dalam negara dan diluar negara kepada seluruh
dunia. Biar seluruh dunia tahu bahawa beliau seorang yang benar benar bersungguh dalam
membenteras gejala rasuah ini. Tunjukkan kepada dunia bahawa beliau adalah seorang yang
bersih lagi membersihkan sehinggakan sanggup menangis, berdoa dan merayu agar gejala
rasuah dihapuskan!!!. Pihak Barisan Alternatif hendaklah mengambil peluang keemasan ini
dengan membuat gesaan dan tekanan keatas beliau berlanjutan kepada tindakan menangis
beliau itu yang kononnya bersungguh sungguh hendak memerangi rasuah ni!! Jangan cakap tak
serupa bikin. Beliau selaku Presiden UMNO@PM wajar bersikap bertanggung jawab keatas apa
yang beliau cakap dan apa yang beliau lakukan. Sebagai seorang Presiden UMNO@PM beliau
tidak bolih bercakap kosong .kalau tidak rakyat akan menganggapnya sama macam orang yang
cakap politik ditepi tepi jalan!!!
SIKAP PERWAKILAN UMNO
Kita merasa
bersyukur kerana ada seorang yang berani seperti bekas pemimpin MCA ini yang agaknya
telah jemu dan muak dengan sikap cakap tak serupa bikin Presiden UMNO ini. Memang
kalau nak tunggu cabaran sebegini daripada mana mana ahli UMNO atau para
perwakilannya sampai kiamat pun mereka takkan berdecit.!! Jangan pula ada
dikalangan UMNO mengatakan orang lain jangan mencampuri urusan UMNO. Setiap rakyat
Malaysia baik bangsa Melayu, Cina India dll.berhak dan wajar sekali mengambil tahu dan
mencampuri urusan UMNO kerana UMNO mengakui mereka lah sebuah parti yang menerajui
Kerajaan Barisan Nasional.UMNO memilih Presiden mereka dan secara automatik kebiasaannya
sesiapa yang dilantik olih UMNO menjadi Presiden mereka maka beliau lah yang menjadi
Perdana Menteri Malaysia.Samada rakyat suka atau tidak suka .
Disebabkan
kebodohan dan kealpaaan perwakilan UMNO yang sudah dijangkiti dengan kuman virus rasuah
ini, maka mereka tidak berdaya menukar selera bagi menggantikan Presiden mereka.Walau apa
pun laporan laporan rasuah yang dibuat terhadap Presiden UMNO ini (rujuk bicara kes DSAI)
dan ada saksi (Dato Shafie) para perwakilan UMNO ini akan pandang sebelah mata dan
memekakkan telinga mereka. Masing masing menutup lubang sesama mereka. Kau tahu lubang
tahi aku, aku pun tahu lubang tahi kau!!!! Kita serupa. Jadi, diam diam!!! Masing masing
baik kepimpinan paling atas hingga kebawah sudah sama sama terjerat. Ini lah yang,
membuat kan lidah mereka kelu untuk berkata kata!!!
Maka akibatnya rakyat
Malaysia terpaksa berPerdana Menterikan seorang yang mereka tak suka, dan
seorang Perdana Menteri yang paling banyak menghabiskan wang rakyat bagi memuaskan
nafsunya dengan projek mega, menunjuk nunjuk dan membesar kan diri sendiri!! Rakyat
terpaksa menanggung segala kesusahan hidup akibat daripada ekonomi yang merudum angkara
Perdana Menteri dan kabinetnya yang tidak berkaliber. Kalau di negara lain, terutama di
Jepun PM seperti ini sepatutnya dah lama dinyahkan kerana gagal membendung rasuah dengan
begitu lama sekali sepanjang memerintah hampir 20 tahun.Gagal memulihkan ekonomi. Gagal
membawa kemuka pengadilan Menteri menterinya yang rasuah. Cakap tak konsisten,
macam orang
dah nyanyuk. Kalau dilihat dari kredibilitinya pun sudah jatuh dari tarikh beliau memecat
DSAI!!!! Tiada apa yang rakyat boleh buat, bagi menghalang hobi gila Perdana Menteri ini
kerana Perdana Menteri ini @ Presiden UMNO ini sentiasa mendapat sokongan yang tak
berbelah bagi dan sentiasa mendapat sepenuh kepercayaan dari Perwakilan
UMNO!!!SAMPAI BILAAAAAAAA????
PEMIMPIN UMNO YANG DARAH SESUDU MELAYU
Akhir
akhir ini, kita lihat seolah olah UMNO ini sedang ditunggang dengan rakusnya olih orang
orang yang mengaku ada sesudu Melayu.Yang peliknya mereka mereka ni pulak yang berlebih
lebih!!!! Macam mana orang orang UMNO/perwakilan UMNO ni melihat ??? Mereka melihat dengan
dua biji mata ke atau pun dengan biji ape??? Terang terang depan mata tu!!! yang
tertungguk atas pentas tu, celupar mulut menghina bangsa Melayu, kunun tak tahu
kenang budi, asyik asyik dengan skrip lama kunun Melayu ketinggalan, Melayu tak tahu
berdikari dan macam macam lagi kununnya tujuannya nak menaikkan mertabat orang Melayu
supaya dihormati di mata dunia!!!.Apa ni??? Segala negatif tentang orang Melayu
dihebahkan satu dunia dalam pada masa yang sama kunun katanya nak menaikkan mertabat
orang Melayu!!! Apakah sungguh semangat Kemelayuan yang ada pada orang yang “darah
Melayu sesudu”ni ? Kalau ya lah pejuang Melayu tulin buktikan lah semasa Kerajaan PAS
menang di Kelantan, dan di situ ada lebih 90% orang Melayu.Tunjukkan lah kesungguhan
Presiden UMNO yang kununnya sayangkan bangsa Melayu, beri segala bantuan dan kewangan
yang layak diterima olih orang Melayu di Kelantan. Kenapa Presiden UMNO ni asyik asyik
memperkecilkan kemampuan PAS menerajui Kelantan.Kenapa busuk hati sangat beliau dengan
kemenanagan PAS di kelantan dan begitu juga akhir akhir ini dengan PAS di
Terengganu!!! Satu demi satu Allah tunjukkan secara terang terang siapa sebenarnya
Presiden UMNO yang di pilih olih Perwakilan UMNO ,namun demi perut mereka sanggup
menggadaikan maruah dan harga diri.!!!
Ada juga yang seorang lagi menjawat
jawatan dalam Pemuda UMNO, kununnya nak tunjuk lagak dia lah lebih Melayu
sehinggakan panjat pagar bangunan MCA dan cuba memarakkan api perkauman semasa timbul
isu SUQUI dengan hak Istimewa Orang Melayu.Yang peliknya dimana kah dia ni
semasa rakyat Terengganu yang juga lebih 85% terdiri dari orang Melayu dinafikan hak
royalti minyak dinegeri mereka.Kenapa dia ni tak berani menyanggah Presiden UMNO yang
sudah nyanyuk dengan tiba tiba royalti bertukar menjadi wang ehsan!! Kalau nak jadi jaguh
sebenar, perjuangkan lah isu ini. Berjuang lah mempertahankan hak rakyat. Jangan nak buat
gimik semata mata. Jangan nak memperkudakan isu isu orang Melayu untuk menambat hati
Presiden UMNO!!! Nampaknya sikap auta ****** Presiden UMNO dah jadi ikutan anak anak
buahnya.!!! Kini UMNO sedang hanyut dengan masalah identitinya sendiri. Masaalah ini
timbul diatas sikap alpa ahli ahli UMNO dan ketamakan para perwakilan dan pemimpin UMNO.
UMNO ibarat sebuah kenderaan yang pada mulanya memberi tumpangan kepada beberapa
orang, dan orang orang yang menumpang pulak tu tiba tiba jadi pemandunya dan tanpa
disedari pemandunya pulak mengaku kenderaan tu ia punya dan tuan punya kenderaan tu
pulak jatuh hina jadi macam menumpang!!!!Padan muka!!!!
APA LAGI YANG DIHARAP PADA
UMNO?
Tidak ada apa apa lagi!!!Nama UMNO memang dah busuk.Dibusukkan
oleh
Presiden UMNO sendiri. Segala tindakan dan keputusan mengikut selera Presiden. Mesyuarat
hanya sebagai formaliti. Benarlah seperti kata DSAI, Presiden UMNO ni suka kepada "Matlamat menghalalkan cara".
Matlamatnya dah ditetapkan. Cara dia dapat apa yang
dihajatinya apa cara pun dia akan lakukan. Selagi UMNO ni masih ada, selagi itulah rakyat
Malaysia menanggung derita. Kekalnya PM ni dikerusinya adalah atas ehsan adanya sebuah
Parti orang Melayu yang senang ditungganginya bagi mengekalkan kedudukannya.Melalui isu
Melayu lah Presiden UMNO ini mendapat banyak peluang untuk meneruskan hayat
kekuasaannya.Isu orang Melayu merupakan isu Nasional dan amat sensitive sekali. Dari isu
Melayu juga lah Presiden UMNO ini dapat memainkan isu Agama Islam.Sejak 20 tahun beliau
memerintah beliau telah berjaya menipu orang Melayu terutama orang UMNO /Perwakilan UMNO
dengan memusing musingkan isu ketuanan Melayu,,Korporat Melayu, Penjajahan tanah Melayu,
kesengsaraan hidupnya melalui 4 zaman penjajahan,dan peliknya orang UMNO
amat taksub dengan penipuan tahun demi tahun ni!!!Rupa rupanya disebalik gimik ketuanan
Melayu,sayangkan Melayu dibelakang tabir Presiden UMNO ni,bermain kayu tiga dengan
peniaga peniaga bukan Melayu dan beberapa kerat Melayu derhaka dengan membalun segala
harta rakyat melalui projek projek mega dan penswastaan. Seronok sakan lah Presiden UMNO
dan kroni nya yang dapat menikmati kedudukan istimewa orang Melayu secara tak langsung
dengan kekalnya Presiden UMNO ini dalam parti UMNO!!!
Sahlah Parti UMNO ini hanya
satu parti yang memberi perlindungan kepada Presiden UMNO memperkayakan dirinya
dan sesiapa yang dia berkenan. Bukan semua ahli UMNO dapat keistimewaan yang dikecapi
oleh para perwakilan dan pemimpin UMNO. Apa lagi yang nak diselamatkan ???Apa lagi yang
ahli ahli UMNO bermati matian mempertahankan UMNO ni?S elagi UMNO ni wujud selagi itu
maruah Melayu/Islam tidak tertebus.Adanya UMNO ini,memberi ruang dan platform kepada
Presiden UMNO mencerca Melayu dan menghina Islam.Kalau benarlah para pemimpin UMNO yang
merasakan diri mereka ada lebih sesudu darah Melayu,mereka wajib mengambil tindakan
mengharamkan UMNO sebelum ianya disalah gunakan olih orang orang yang mengambil
kesempatan keatas Parti yang menggunakan nama Melayu ini!!!Apa salahnya ??.UMNO yang
asal pun memang dah pun diharamkan,inikan pula UMNO Baru(A) tajaan seorang perampas
parti!!!! Bukan kapal terbang saja kena rampas,parti pun bolih kena rampas!!!kesian kesian
orang UMNO!!!
Kalau benar pemimpin pemimpin UMNO yang ada lebih sesudu darah melayu
sayangkan bangsa Melayu,sayangkan Agama Islam,memang tiada jalan lain yang menjadi
pilihan. Bila tiba masanya nanti,rakyat Melayu khasnya tidak ingin nama UMNO ini disebut
sebut lagi kerana parti ini lah yang telah menjadi parti puaka bagi orang orang
Melayu/Islam!!!!
RAKYAT BIASA