KOMEN SEORANG TAN SRI
Lagi-lagi disalahkan parti atau orang
lain yang nak memecahbelahkan orang-orang Melayu, begitulah komen seorang Tan Sri, bekas
pegawai tinggi kerajaan di Selangor setelah menonton TV tiga suku. Tambah lagi Tan Sri
ini, Dialah bapak memecahbelahkan orang-orang Melayu. Bila Ku LI dan penyokong2nya
keluar UMNO dulu, habis dicantasnya orang-orang Melayu yang menyokong Ku Li. Periuk nasi
mereka ditutup sehingga ada yang dibangkrapkan. Bila DSAI dipecat, penyokong-penyokong
DSAI pula menjadi mangsa. Usahawan-usahawan muda Melayu yang berprinsip, berkaliber dan
berwibawa habis dicantas semata-mata kerana menyokong DSAI dan gerakan reformasi.
Mahathir nilah yang memecahbelahkan orang-orang Melayu dengan tindakan-tindakannya yang
zalim dan kejam, hujah lagi Tan Sri tersebut.
Sambung lagi Tan Sri ni dengan nada yang
marah, Dia juga ialah penderhaka kepada bangsa Melayu dan umat Islam kerana
menghabiskan wang rakyat untuk projek-projek mega, memberi wang ehsan untuk
menyelamatkan syarikat anaknya, melindung perasuah dan melindung perogol. Tengok aja
menteri-menterinya, semua perangai tak senonoh tapi Mahathir kekalkan mereka kerana nak
gunakan mereka bila terdesak! Memalukan umat Islam! Kami bekas pegawai2 tinggi kerajaan
langsung tak percaya satu sen pun dengan mamak tongkang ni, marah Tan Sri ni. Dia
menghancurkan kita. Dia membawa malu kepada bangsa kita, marah lagi Tan Sri ini.
Begitulah serba sedikit komen seorang Tan Sri
terhadap Mahathir yang ternyata tak ada kredibiliti lagi. Kebetulan Tan Sri ini dan
rakan-rakannnya yang bergelar Datuk dan juga Tan Sri ialah di antara ribuan rakyat yang
berhimpun pada 5hb November dulu!
Allahuakhbar! Allahukhbar!
PELAPOR