Kebaikan Pelaksanaan Syari'ah
Islamiah Dan Keburukan Tidak Memperdulikan Syari'ah
Kejayaan, kehormatan, prestij, kemenangan ke
atas musuh-musuh, dan keamanan dan kestabilan orang-orang Muslim bergantung kepada
pelaksanaan Syari'ah. Sekiranya keadaan orang-orang Muslim berlawanan
daripada apa yang disebutkan di atas atau dengan lain perkataan, mereka bersikap acuh
tidak acuh kepada Syari'ah maka mereka akan mengalami kerugian,
kehinaan, malu. Anda mestilah mengingati perkara ini iaitu:
Allah SWT bersumpah: "Demi
masa, bahawa semua manusia berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman,
beramal soleh dan mengajak kepada kebenaran dan kesabaran".
(Surah Al-'Asr 103:1-3).
Terdapat banyak ayat-ayat dalam Al-Qur'an dan
Al-Hadith yang menjadi bukti kepada kenyataan ini. Selebih dari itu, sejarah juga
telah mengakui bahawa kehormatan dan maruah yang sebenar bergantung kepada penyerahan
kepada Allah dan sesiapa yang tidak mentaatiNya akan ditimpa kehinaan. Kitab suci
Al-Qur'an membenarkan hakikat ini:
Firman Allah SWT: "Barang siapa
yang berpegang teguh kepada Deen Allah, maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk
kepada jalan yang lurus" (Surah
Ali 'Imran 3:101).
Firman Allah SWT: "Orang-orang
yang berjihad untuk mencari keredaan Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada
mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang
berbuat baik". (Surah
Al-Ankabuut 29 : 69).
Firman Allah SWT: "Wahai
orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Deen Allah, nescaya Dia akan menolongmu
dan meneguhkan kedudukanmu". (Surah
Muhammad 47:7).
Firman Allah SWT: "Sesungguhnya
Allah pasti menolong orang yang menolong DeenNya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha
Kuat lagi Maha Perkasa, iaitu orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di
bumi ini nescaya mereka mendirikan solah, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang
makruf, mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah kembali segala
urusan". (Surah
Al-Hajj 22 : 40-41).
Adakah pemimpin UMNO
Baru(A) tergolong dari kalangan orang yang menolong DeenNya apabila
melarang amal makruf dengan melarang Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat daripada berceramah
dan menyampaikan risalah Allah di masjid-masjid dan di surau-surau di Negeri Selangor.
Apakah pemimpin UMNO
Baru(A) tergolong dari kalangan orang yang menolong DeenNya apabila
mendokong perbuatan yang mungkar dengan menyalahkan JAIS apabila menahan orang-orang
Islam yang terlibat dengan arak di Pub The Ship ?
Apakah pemimpin UMNO
Baru(A) tergolong dari kalangan orang yang menolong DeenNya apabila
bersama-sama menyambut perayaan mellinium di Terminal Subang sedangkan ia tidak
bersama bersolah Tarawikh di Masjid Subang yang bersebelahannya.
Apakah pemimpin UMNO
Baru(A) tergolong dari kalangan orang yang menolong DeenNya apabila
tidak menunaikan zakat walhal mereka-mereka ini mempunyai pendapatan lumayan dan layak
menunaikannya.
Apakah pemimpin UMNO
Baru(A) tergolong dari kalangan orang yang menolong DeenNya apabila
tidak kembalikan segala urusan kepada Allah (Al-Qur'an) apabila mereka berbalah,
sebaliknya menyalahkan parti lawan yang jelas mendokong Deen Allah.
Firman Allah SWT: "Wahai
orang-orang yang beriman, sukalah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat
menyelamatkan kamu dari azab yang pedih ?. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan
RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik
bagi kamu jika kamu mengetahuinya, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan
memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. dan memasukkan
kamu ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah keuntugan yang
besar". (Surah
As-Saff 61: 10-12).
Firman Allah SWT: "Wahai
orang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan
kepadamu furqaan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahan (dosa-dosa)mu. Allah
mempunyai kurniaan yang besar". (Surah
Al-anfaal 8 : 29).
Firman Allah SWT: "Dan Allah
telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan yang mengerjakan
amalan soleh bahawa Dia sunguh-sunguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi ini,
sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan Dia
benar-benar akan meneguhkan bagi mereka Deen yang diredhaiNya untuk mereka, dan Dia
benar-benar akan menukar keadaan mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi
aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutu sesuatu apapun dengan
Aku. Dan barang siapa yang tetap kafir sesudah janji itu, maka mereka itulah
orang-orang yang fasiq. Dan dirikanlah solah, tunaikanlah zakat, dan taatilah kepada
Rasul, supaya kamu diberi rahmat". (Surah
An-Nuur 24:55-56).
Allah menyebut tentang orang-orang yang berserah
diri kepadaNya, takut kepadaNya dan bertindak menurut Petunjuk dan Titah PerintahNya.
Sekarang marilah kita mengkaji apakah yang Allah katakan mengenai orang-orang yang
menyimpang dari jalan kebenaran dan memilih kesesatan dari kebenaran dan lalai dalam
mengingati Allah.
Allah SWT berfirman: "Dan
barang siapa berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan
yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari Qiamat dalam keadaan buat.
Berkatalah ia: Ya Rabbi, mengapakah Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta,
padalhal aku dahulunya adalah orang yang celik (melihat) ?". Allah berfirman:
"Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan
pada hari ini kamupun dilupakan". Demikian Kami membalas orang yang melampaui
batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat Rabbnya. Dan sesungguhnya azab di akhirat itu
lebih berat dan lebih kekal". (Surah
Thaahaa 20:124-127).
Allah SWT berfirman: "Barang
siapa yang berpaling dari pengajaran Rabb Yang Maha Pemurah (Al-Qur'an), kami berikan
syaitan (yang menyesatkan), maka syaitan itulah menjadi teman yang selalu
menyertainya. Sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari
jalan kebenaran dan mereka mendapat pertunjuk" .
(Surah Az-Zukhruf 43:36-37).
Apabila Pemimpin UMNO
Baru(A) menolak Al-Qur'an sebagai Perlembagaan Islam, sebaliknya
menerima Perlembagaan Lord Reid peninggalan pejajah sebagai Perlembagaan Malaysia
tidakkah menunjukkan bahawa mereka telah perpaling dari pengajaran Rabb Yang Maha
Pemurah, dan tidakkah kelihatan bahawa mereka ini telah diberikan syaitan dan
menyesatkan dan terus-terusan menjadi teman syaitan yang selalu menyertainya ?. Ini
jugalah yang menyebabkan mereka tidak nampak dan menemui jalan kebenaran dan tidak
mendapat pertunjuk.
Diriwayatkan dalam sebuah Hadith Sahih bahawa;
Rasulullah SAW bersabda: "Setiap
orang dari umatku akan memasuki Syurga kecuali orang yang dinafikan. Baginda ditanya:
"Ya Rasullulah, siapakah yang dinafikan ?". Baginda menjawab: "Siapa
yang mentaatiku masuk Syurga dan siapa yang mengengkariku akan dinafikan".
Apabila Pemimpin UMNO
Baru(A) (usahkan mentaati Rasulullah SAW sebaliknya) memperlekeh dan
mencerca janggut Rasulullah SAW sendiri, tidakkah mereka ini tergolong sebagai mereka
yang dinafikan Syurga ?.
Terdapat banyak peristiwa-peristiwa di dalam
sejarah yang menjadi saksi kepada hakikat bahawa orang-orang Muslim sebenar menguasai
musuh-musuh mereka. Ketinggian ini bukanlah kerana bilangan mereka, tetapi kerana
keutuhan keYAKINan, keIMANan dan kePEGANGan mereka
kepada Kitabullah dan Sunnah Rasullulah SAW. Dengan
limpah kurnia Allah. Dia memberikan cara-cara dan sumber-sumber kepada orang-orang
Muslim sebagai persiapan (aset) yang berharga untuk melawan musuh-musuh.
Allah SWT berfirman: "Dan
siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa sahaja".
(Surah Al-anfaal 8:60).
Tetapi kemenangan orang-orang Muslim dalam
lapangan jihad adalah pertolongan daripada Allah SWT kerana mereka
berjuang untuk mengagungkan nama dan risalah Allah SWT dan
mengalahkan rancangan jahat musuh-musuh. Orang-orang Muslim mendapatkan apa yang
mereka inginkan kerana kebersihan matlamat (tujuan) mereka, dengan demikian mereka
memperoleh kemenangan dan kejayaan didunia dan di akhirat.
Allah SWT berfirman: "Jika
Allah menolong kamu, maka tidak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah
membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat
menolong kamu selain dari Allah ?. Kerana itu hendaklah orang-orang mukmin bertawakal
kepada Allah sahaja".
Sekiranya orang yang bijaksana ingin mengetahui
suatu hakikat pada hari ini iaitu sekiranya orang-orang Muslim berpegang teguh kepada Syari'ah
Islamiah mereka akan menguasai semua negara dan sikap acuh tak acuh mereka
terhadap Islam akan menyeret mereka ke dalam kehinaan dan malu, mereka akan menyiasat
natihah peperangan antara orang-orang Arab dan Yahudi. Apabila orang-orang Muslim yang
diberikan Allah SWT maruah fdan kehormatan kerana mengamalkan Titah Perintah Allah
tidak mengendahkan Titah Perintah Allah SWT dan sebaliknya bergantung kepada
perundangan rekaan manusia dan menyelesaikan masalah-masalah mereka menurut
perundangan itu, maka mereka akan ditimpa kehinaan dan malu. Apakah kehinaan dan malu
yang melebihi daripada penderitaan orang-orang Arab di tangan orang-orang Yahudi
hari ini ?.
Sejarah berulang dan ia tidak pernah menafikan
sesiapapun. hakikat sejarah meninggalkan kesan-kesan yang tidak boleh dipadamkan di
dalam halaman sejarah. Ingatlah bahawa maruah dan kehormatan orang-orang Muslim tidak
boleh dikembalikan melainkan orang-orang Muslim berbalik kepada Allah dan berpegang
teguh kepada Syari'ah dan melaksanakannya.
Kita berdo'a kepada Allah SWT yang Maha Pemurah
dan Maha Agung untuk meninggikan kedudukan orang-orang Muslim.
Allah Maha Mendengar, Maha Belas Kasihan.
Fikirkanlah Wahai Ahli-Ahli UMNO
Baru(A) !!!...
Seruan:
"Wahai pemimpin-pemimpin dan
pendokong-pendokong dan Ahli-Ahli UMNO Baru(A) kembalilah
kepada al-Qur'an dan as-Sunnah. Sesungguhnya perjuangan assabiah/nasionalis kamu yang
sekularis ternyata tersasar dan terpesong jauh. Pertentangan diantara Islam
dan
Sekular - Sekular
PASti Tersungkur !. (Dr. Yusuf
Al-Qardawi)
Maka kembalilah kedalam Islam yang syumul ini! - amin !".
Insyallah
Undur
Mahathir
Negara
O.k !......
KeADILan
PASti
tertegak apabila ke
ZALIMan kita hancurkan.
Membangun Bersama Islam
: Allahuakbar !...Allahuakbar !...Allahuakbar !...
habibu@hangjebat.com