MEDIA-MEDIA PERDANA BERPESTA!!
Seperti biasa setiap kali ada pilihanraya,
media2 arus perdana yang dimilikki oleh UMNO/BN akan berpesta. Berpesta dari segi
menonjolkan isu2 yang sengaja nak memburuk burukkan parti2 pembangkang. Berpesta dari
segi merekacipta fitnah2 dan cerita2 karut yang memburuk burukkan BA. Tak percaya
cubalah baca Utusan Meloya, The Star dan tonton TV3. Biasanya di musim pilihanraya,
berita2 tak senonoh ini dilaporkan sebagai berita2 utama.
Biasalah, bila ada saja
pilihanraya, ada2 aja cerita orang2 keluar dari Keadilan atau PAS dan ini disiar atau
dilapor secara meluas dalam media2 arus perdana. Kita tak pernah melihat berita2 yang
menunjukkan orang2 Cina keluar DAP dan masuk MCA. Yang selalu ditunjuk samaada orang2
Melayu atau orang2 India yang kononnya kembali ke pangkuan UMNO atau BN. Ini sudah macam
satu standard skrip yang boleh dijangkakan!
Satu isu lagi yang biasa ditonjolkan
ialah ketidaksefahaman di antara DAP dan Keadilan atau PAS. Setiap kali pilihanraya, isu
ini akan timbul. Kononnya keretakkan diantara parti2 dalam pakatan BA. Kita boleh
jangkakan isu ini pasti diexploit oleh UMNO/BN. Beri mereka ruang sikit, mereka tunggu
aja nak exploit isu ini dengan media2 arus perdana berpesta melaporkannya. Hebat, hebat!
Kerja
media2 arus perdana ini tak lain tak bukan nak mengelirukan rakyat jelata. Yang tak ada
boleh diadakan. Yang kecil diperbesarkan. Dengan sengaja mereka mensensasikan isu2
berhubung dengan perkauman. Tanpa segan silu! Itu kerja mereka! Habis etika journalisme
diliwat.
Kerana kerap sangat melakukannya,asyik skrip yang sama, mulalah
rakyat biasa berkata, rupa2nya macam ni gelagat media2 arus perdana yang dimilikki oleh
UMNO/BN. Tak ada kerja lain asyik menabur fitnah aja! Mana rakyat tak meluat! Lagi
nampak pekung2 UMNO/BN!
RAKYAT MALAYSIA