minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

RINTIHAN ORANG-ORANG KAMPONG

Perit sungguh orang2 kampong sekarang. Mana tak perit bila harga getah rendah, harga sawit jatuh dan kelapa pun tak ada harga. Harga sawit sekarang ialah RM75 satu tan berbanding RM 250-300 tak lama dulu. Itu belum lagi tolak kos2 lain yang telah melambung naik. Harga getah pula tak sampai 90 sen se kilo. Nak beli sekilo beras pun tak boleh! Harga kelapa lagi teruk, sekitar 5 sen sebiji! Sepuluh biji kelapa pun tak boleh bayar segelas teh tarik!

Lebih menyulitkan lagi ialah harga minyak yang sudah naik. Habis harga barang2 keperluan harian melambong naik. Nak makan apa kalau kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Harga ikan kembong pun sudah sampai RM8 se kilo! Harga beras pun bukan lagi RM1 sekilo!

Harga kelapa yang diparut di kedai sudah mencecah RM1 sebiji tapi harga di kebun ialah hanya 5 sen sebiji. Siapa yang buat duit banyak? Yang untung siapa? Bukan penanam2 tapi orang2 tengah dan pengusaha2 kilang. Macam mana kerajaan nak menggalakkan pertanian jika pendapatan dari titik peluh petani2 diperah, dihisap sampai petani2 tak boleh bernafas? Nasib malang orang2 kampong yang banyak bergantung pada pertanian seolah2 tidak dibela langsung. Dibiarkan menderita. Tidak ada kita mendengar usaha2 nak menaikkan harga produk2 pertanian. Dulu sebelum pilihanraya ada juga kita mendengar subsidi getah di mana harga getah dinaikkan tapi habis pilihanraya, subsidi tersebut ditarik balik!

Yang orang kampong nampak ialah kita ada lebuhraya canggih, bangunan tertinggi di dunia, lapangan terbang canggih, litar lumba kereta canggih tapi  orang2 kampong masih ditakuk lama, merana dan menderita tak dibela. Yang miskin bertambah miskin!

Begitulah serba sedikit rintihan2 orang2 kampong sekarang. Puasa dan Hari Raya dah hampir tiba. Anak2 pun tak lama lagi nak ke sekolah. Dengan pendapatan yang diterima sekarang dan dengan harga barang2 yang sudah melambong, bertambah meranalah orang2 kampong.

Pemimpin2 pula jarang turun ke kampong2 sekarang menjenguk keperitan hidup yang dialami oleh orang2 kampong. Dulu sebelum pilihanraya janji macam2 tapi selepas pilihanraya, batang hidung pun tak nampak! Janji2 kosong belaka!


ANAK PETANI

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter