minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

APA SUDAH JADI DENGAN MAS?

Baru2 ini heboh dalam parlimen apabila wakil2 rakyat BN menyuarakan kebimbangan mereka mengenai desas desus MAS akan jatuh ke tangan warga asing. Khabarnya seorang warga asing akan dilantik sebagai CEO MAS yang jelas menunjukkan bahawa MAS akan dikuasai oleh syarikat asing. Dulu PM sendiri menghebohkan mengenai kemungkinan syarikat2 gergasi asing akan menelan dan menguasai syarikat2 tempatan. Kononnya dalam dunia tanpa sempadan ini, syarikat2 besar dari negara2 maju akan menguasai syarikat2 tempatan. Sekarang, nampak gayanya ini akan menjadi kenyataan dengan direstui oleh kerajaan sendiri. Kerana nak menyelamatkan Tajudin Ramli, saham2 MAS terpaksa dijual kepada syarikat asing! Syarikat penerbangan negara yang pada satu ketika dibanggakan, sudah jatuh ke tangan asing dengan penjualannya direstui oleh kerajaan. Apa sudah jadi?

Sambil itu heboh pula khabar angin mengenai kemungkinan Tabung Haji membeli saham2 MAS. Menteri Ehsan, Mid Man ada menyebut kemungkinan Tabung Haji membeli saham2 MAS. Maka Pak Ungku Aziz pun bangun menyuarakan pandangannya yang tidak setuju dengan langkah yang terbaru ini. Mana boleh sebuah syarikat di mana rakyat mempunyai kepentingan terus digunakan untuk menyelamat sebuah syarikat kroni yang sedang tenat? Lagi pun, patutkah Tabung Haji membeli saham2 MAS? Bukankah MAS menghidangkan arak? Butakah mata menteri ehsan ni?

Apa yang disuarakan oleh Pak Ungku Aziz lebih kurang sama dengan apa yang disebut oleh DSAI dulu bahawa syarikat2 di mana rakyat mempunyai kepentingan digunakan untuk menyelamatkan syarikat2 kroni! Berbillion billion ringgit telah digunakan untuk tujuan ini! Dana2 dari EPF, PNB dan sekarang Tabung Haji telah disalahgunakan untuk menyelamatkan syarikat2 yang sedang tenat dan boleh dikatakan kesemua syarikat2 ini ialah milik kroni2. Perkara ini patut dibangkitkan dalam parlimen oleh BA! Rakyat menuntut ketelusan!


ANAK MALAYSIA

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter