Sebab-Sebab Menjadi Kafir - Buat
Renungan Ahli-Ahli UMNO Baru(A) - Siri 5 (Akhir)
Seseorang yang telah beriman (Islam) atau telah
diakui keimannanya akan berubah menjadi "kufur" (kaafir) bila
melakukan salah satu antara 8 perkara berikut, iaitu:-
(.... Sambungan Dari Siri 4 )
7. Mengingkari
Perintah Allah Secara Menentang Dan Persenda
Sebagai contoh seperti seorang yang berkata:
"Jika Allah memerintah perbuat perbuatan......."; atau "jika ada hukum
Allah supaya melakukan demikian......nescaya saya tidak akan melakukannya (sebagai
sikap sedia menolak, menentang, mengingkari dan berolok-olok).
Demikian juga jika seseorang berkata: "Jika
kiblat sembahyang itu menghadap ke pihak ini...nescaya saya tidak akan
sembahyang".
Begitulah juga seseorang yang membencikan
mana-mana seorang Nabi serta mendustakannya (bererti dia mengingkari Perintah Allah
agar dia beriman kepada para Nabi dan mengasihi mereka).
Seterusnya termasuklah orang menentang dan
membencikan Agama Islam; atau tidak ingin agar dia lebih berkembang serta
memperkecilkannya dan membencinya; disebabkan sikap ini samalah dengan sikap
orang-orang kafir Quraisy yang membuat penentangan terhadap ajaran Nabi Muhammad SAW.
dizaman Makki dahulu. Sila rujuk (Surah Al-Ahqaaf: 37).
Sesungguhnya Allah 'Azza Wa Jall telah
berfirman: "Sungguhnya orang-orang yang kafir dan yang menghalangi
manusia daripada jalan Allah dan Masjid Al-Haraam yang telah Kami jadikan untuk semua
manusia, baik yang bermukim di sana dan yang datang berkunjung; dan siapa yang mahu
melakukan kejahatan di dalamnya (termasuk Tanah Suci) secara zalim, nescaya Kami akan
rasakan kepadanya sebahagian seksaan yang pedih".
(Surah: Al-Hajj : 25)
Allah SWT telah memerintahkan supaya
umat Islam mengambil apa yang termaktub dalam Al-Qur'an sebagai panduan kehidupan baik
untuk dunia mahupun akhirat. Sebaliknya apabila UMNO Baru(A) mengambil
Perlembagaan Malaysia tidakkah mereka mengingkari perintah Allah secara menentang dan
persenda ?.
Allah SWT telah memerintahkan supaya
hukum zina dan liwat diadili oleh Mahkamah Syariah menurut tuntutan ketetapan yang
digariskan Al-Qur'an san As-Sunnah . Sebaliknya apabila kes Dato' Seri Anwar Ibrahim
tidak diadili oleh Mahkamah Syariah dengan adil, tidakkah mereka mengingkari perintah
Allah secara menentang dan persenda ?."
Allah SWT telah memerintahkah supaya
umat Islam melaksanakan Hukum Hudup Islam sebagai suatu hukum yang didatangkan
daripadaNya. Sebaliknya apabila UMNO Baru(A) menolak
perlaksanaannya dan mendakwa bahawa hukum hudud ini adalah ciptaan PAS maka tidakkah
mereka mengingkari perintah Allah secara menentang dan persenda ?.
Allah SWT telah memerintahkan supaya
umat Islam menutup aurat sebagai memenuhi tuntutan yang termaktub dalam Al-Qur'an.
Sebaliknya apabila UMNO Baru(A) tidak mempraktikkan untuk
dirinya, isterinya, keluarganya dan sekalian rakyat jelata, sebaliknya ada pula yang
berani mengatakan bahawa keimanan seseorang ialah dihati dan bukan di pakaian yang
menutup aurat maka tidakkah mereka mengingkari perintah Allah secara menentang dan
persenda ?.
8. Bercita-cita Atau
Inginkan Kekufuran.
"Kufur" adalah lawan "iman".
Kerana itu bila seseorang itu ingin atau bercita-cita hendak "kufur" pada
sesuatu masa yang akan datang (seperti ingin hendak masuk Kristian, Budha atau
sebagainya) maka dengan sendiri dikala itu juga dia menjadi kufur. Demikian juga
seseoarang ingin hendak murtad (balik semula kepada agama kafirnya).
Jika hal demikian berlaku dalam masa
sembahyangnya, maka dengan sendiri sembahyangnya terbatal. Dengan kekufuran itu maka
terhancur musnahlah segala amalan kebajikannya yang telah dilakukannya selama ini.
Barang dijauhkan Allah kita dari sikap demikian. Rujuk (Surah Huud : 15-16)
Allah SWT telah berfirman: "Jika
kamu kufur maka sungguhnya Allah terkaya daripada kamu (tidaklah memerlukan imanmu:
sama ada kamu beriman atau tidak); dan Dia tidak meredhai kekafiran (kekufuran) bagi
hamba-hambaNya". (Surah Az-Zumar : 7)
Kerana itu janganlah sekali-kali kita sukakan
kepada kekufuran; sebab Ulama Ushuuluddin telahpun menetapkan: "Ridha
(suka/ingin) kepada kekufuran itu menjadi kufur".
Sebagai contohnya kita umat Islam adalah
diperintahkan oleh Agama kita supaya berdakwah (menyeru ke jalan Agama Allah) dalam
apa sahaja bentuknya sehingga dakwah yang paling lemah ialah dakwah diperingkat hati -
seandainya seseorang Kafir itu kita telah serukan dia memasuki Islam, tiba-tiba dia
menolak, maka dengan sikap penolakan itu janganlah kita menaruh dalam hati akan sikap:
"Biarlah dia terus-menerus di dalam kekufuran !". Kerana
dengan sikap ini bererti kita menyukai kekufuran juga; maka dengan sebab itu kita juga
turut menjadi kufur. Kerana itu berhati-hatilah dalam segala tindakan kita yang
menyokong aspek-aspek kehidupan duniawi yang berhubung dengan orang-orang Kafir agar
tidak membawa sokongan kepada kekufurannya di mana para Abgkatan Syaitan telah bersiap
sedia untuk memesong kita; sedang kita sendiri tidaklah sedar. Demikianlah halusnya
soal kepercayaan dalam Islam; dan demikianlah lunaknya tiupan syaitan boleh
memperdayai orang-orang yang telah beriman kepada Allah Yang Maha Esa.
Berdasarkan sumber-sumber Hadith Sahih yang
menjelaskan kandungan Al-Qur'an, maka Ahlu As-Sunnah Wa Al-Jama'ah berpendapat bahawa
seseorang yang beriman itu tidaklah menjadi kufur (kafir) dengan sebab semata-mata
mengerjakan dosa besar, tanpa hati turut menentang kefarduan atau sengaja
memutar-balikkan Agama denga i'tiqad yang salah seperti dalam perbuatan meninggalkan
sembahyang; tidak membayar zakat dan sebagainya (sehinggalah di'iqtkadkan sembahyang
dan zakat itu tidak wajib; atau tidak fardhu).
Demikian juga tidaklah terkeluar daripada Islam
golongan-golongan yang membawa pendapat atau faham yang agak keasingan dalam Islam
seperti golongan Mu'tazilah yang mengatakan tidak harus atau tidak mungkin dapat
melihat wajah Allah di Hari Akhirat; sebab mereka mempunyai ta'wilan sendiri berhubung
dengan Ayat Al-Qur'an; manakala punca atau sumbernya adalah bedasarkan kepada Hadith
An-Nabawi (Nash Dzanni - bukan Nash Qat'i; Al-Quran); demikian juga mengenai seksaan
dalam kubur di mana kedudukan sumbernya sama.
Seterusnya tidaklah kafir atau terkeluar
daripada Agama Islam akan orang-orang Khawaarij yang memisahkan diri daripada barisan
(yang menyokong) Ali B, Abi Taalib; disebabkan mereka mengambil sikap sangat
mengutarakan kitab dan Hukum Al-Qur'an (sebenarnya berasal daripada golongan Qurraa':
para pembaca Al-Qur'an dan penghafalnya).
Berbeza sekali dengan golongan Syi'ah
(sebahagiannya) yang melampau di mana mereka mempercayai bahawa imam-imam mereka
bertaraf Nabi dengan menerima wahyu daripada Allah; dan daripada wahyu-wahyu inilah
dapat dibentukkan suatu ajaran (doktrin) atau suatu corak agama baru; sebab menurut
kepercayaan Ahlu As-Sunnah Wa Al-Jama'ah, wahyu itu adalah telah terputus dengan
kewafatan Nabi Akhir Zaman; atau Rasul Penutup iaitu Nabi Muhammad SAW; dan tiadalah
lagi akan didatangkan Rasul atau Nabi sesudah beliau.
Al-'Allaamah Al-Qaadhi Ibnu Al-Fadhl 'Ayyaadh
Al-Yahshubi didalam kitabnya "Asy-Syifaa'; antara lain beliau menuliskan rumusan
sebab-sebab yang merusakkan Iman, iaitu: "Sesiapa yang merendah, menghina
Al-Quran atau Mush-haf atau sesuatu daripadanya ataupun memaki-cela". Atau
menentang (mencabarnya), ataupun menentang terhadap suatu huruf atau ayatnya. Atau
mendustakan Al-Qur'an atau sesuatu daripadanya, ataupun mendustakan
kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam Al-Qur'an, sama ada berupa hukum atau berita.
Atau mengadakan sesuatu yang tidak diadakan oleh Al-Qur'an (kemudian mengatakan:
"Ini adalah daripada Al-Qur'an". Atau menafikan sesuatu yang memang terdapat
dalam Al-Qur'an. Ataupun ragu-ragu terhadap Al-Qur'an, maka kufurlah dia". Untuk
mengelakkan kufur dari jurusan Al-Qur'an ini; seseorang perlulah mengkaji dan
menghafal Al-Qur'an serta melaksana)".
Tidakkah tindakan UMNO
Baru(A) memperlekeh Al-Qur'an dan As-Sunnah menunjukkan mereka bercita-cita
inginkan kekufuran ?.
Tidakkah tindakan UMNO
Baru(A) memisahkan Politik daripada Islam menunjukkan mereka bercita-cita
inginkan kekufuran ?.
Tidakkah tindakan UMNO
Baru(A) melarang Ulama-Ulama menyampaikan Risalah Allah di Masjid dan di
Surau-Surau menunjukkan mereka bercita-cita inginkan kekufuran ?.
Tidakkah tindakan UMNO
Baru(A) membela mereka yang minum arak di pub "The Ship" menunjukkan
mereka bercita-cita ingin kekufuran ?.
Tamat
Seruan:-
"Wahai pemimpin-pemimpin dan
pendokong-pendokong dan Ahli-Ahli UMNO Baru(A) kembalilah
kepada al-Qur'an dan as-Sunnah. Sesungguhnya perjuangan assabiah/nasionalis kamu yang
sekularis ternyata tersasar dan terpesong jauh. Pertentangan diantara Islam
dan
Sekular - Sekular
PAS
ti Tersungkur !. (Dr. Yusuf Al-Qardawi). Maka kembalilah kedalam
Islam yang syumul ini! - Amin !".
habibu@hangjebat.com