minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

PM: HAPUSKAN RASUAH

"Ayah !..Ayah !...Ayah !...nak tengok Mahafiraun menangis lagi !.." jerit anak saya semasa mereka menuntun televisyen malam tadi. Kedengaran isteri saya berdegar-degar tergelak melihatkan lakonan Mahafiraun pengarah dan pelakon ulong sandiwara abad ini. "Apa Mahafiraun dah mati ?.." balas saya "Ish abang ni" jerkah isteri saya seraya berkata "abang, kalau ada anugerah pelakon air-mata lelaki tahun ini, anugerah ini pasti akan jatuh ketangan pelakon muka selamba ini !". Kelihatan di kaca TV sekonyong-konyong bergegaslah si Mahafiraun (menahan sebak kunun) pergi mendapatkan segelas air dari pengampunya si "bapa buaya" dari sebuah tasik di Pahang. Maka diteguk dan disapukanlah titik-titik air ke matanya. Demikianlah satu lagi babak dan sandiwara yang dipertontonkan pemimpin UMNO Baru(A) yang bermuka "slumberland" ini melalui TV 3/4 mereka.

Mahathir berkata pindaan perlembagaan UMNO Baru(A) hari ini tidak akan menjamin amalan yang buruk dalam parti tidak boleh berlaku jika anggota-anggotanya masih terus menerus menerima rasuah dan mengamalkan politik wang.

"Saya telah pujuk, saya telah rayu, saya telah menangis (nampak sangat berlakun - orang yang benar-benar ikhlas menangis tidak akan berkata demikian) dan saya telah berdo'a (makbulkah do'a orang yang zalim dan mendustakan ayat-ayat Allah SWT dan orang yang memperlekeh Nabi Muhammad SAW). Sekarang kita cuba pula pinda perlembagaan" katanya dalam ucapan penuh emosi dan "habis ikhtiar" pada Perhimpunan Agung Khas UMNO Baru(A) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Presiden UMNO Baru(A) itu berkata, undang-undang yang akan dipinda tidak boleh menghapuskan jenayah tetapi hanya boleh dibendung dan "yang benar-benar menyelamat dan memajukan masyarakat ialah budaya (murni) yang dimiliki oleh masyarakat. Demikian jugalah dengan UMNO Baru(A)".

Katanya beliau sedar apa yang diperkatakan akan digunakan oleh parti lawan sebagai bukti UMNO Baru(A) sudah diselubungi rasuah, bagaimanapun keadaannya tidaklah seburuk seperti yang akan digambarkan oleh mereka.

"Kita masih anggap rasuah sebagai jenayah yang kita berasa malu jika kita lakukannya. Keadaan masih boleh dipulih, insya-Allah. Tetapi jika sesuatu keburukan hendak ditangkis, ia mestilah dibuat sebelum ia merebak dan menjadi sebahagian daripada budaya kita. Oleh itu tolonglah. Sayanglah bangsa kita ini. Sayanglah anak cucu kita. Tolaklah rasuah. Dedahkan mereka yang menghulur rasuah. Dapatkan bukti yang cukup, dedahkan mereka. Tolak semua jenis tawaran rasuah termasuk melancung dan umrah. Tolak semua yang berbau rasuah kerana bangsa, kerana bagsa kita akan menjadi hina, akan hancur. Dan kita semua akan terus jatuh ke lembah kehinaan, daif dan tidak bermaruah" katanya. "Tiap seorang ahli UMNO Baru(A) bertanggungjawab dalam usaha ini. Dedah dan tolak jenayah rasuah dan utamakan bangsa, agama dan tanah air" katanya lagi.

Demikianlah sebahagian dari berita Tajuk Utama, Mingguan Meloya Ahad, 19 November 2000 (maaf saya baca aje - beli tidak sekali ! ). Kelihatan juga gambar si Mahafiraun yang mukanya macam cekodok benyek !... kununnya menahan sebak menangis untuk meraih simpati rakyat. Ketahuilah bahawa rakyat yang educated macam saya ini tidak akan terpengaruh dengan lakunan dan sandiwaranya baik dulu, kini dan selama-lamanya !. Dan saya akan pastikan setiap generasi saya tidak akan mendokong parti UMNO Baru(A) dimana pemimpin-pemimpinnya dulu, kini dan selama-lama berjuang hanya untuk membesarkan temboloknya, untuk perut dan bawah perut mereka !. Parti yang "cakap tak serupa bikin" - cakap inginkan Islam tetapi tidak melaksanakan tuntutan dan Syariah Islam. Yang digahnya syiar (lambang-lambang) berupa Masjid, Universiti Islam, Muzium Islam, Pusat Islam dan mungkin sedikit masa lagi Zoo Islam !.

Memang benar tulisan Jebat 2020 "Umno Dan Rasuah Ibarat Aur Dengan Tebing". suka juga saya menambah senario rasuah dalam Umno Baru(A) sekarang ini telah menjadi begitu sebati sekali dan boleh diumpamakan "Umno Dan Rasuah Ibarat Isi Dengan Kuku". Ini bererti bahawa jika kita cuba memisahkan salah satu daripada yang lain, adui !... alangkah sakitnya !... Bagi mereka berpolitik ini bukan boleh dengan air lior sahaja !.. Jika mahu undi dan sokongan mesti ada kasi rasuah. Ahlinya berkata "Banyak lu bagi rasuah banyaklah undi lu dapat !.." Kemudian pemimpin berkata "Lu ada bagi undi, baru gua boleh kasi projek !". Lihat sahaja sekarang ini bagaimana projek-projek kerajaan diserahkan kepada kroni-kroni mereka tanpa melalui tender terbuka sebaliknya melalui sistem rundingan terus dengan kroni. Terdapat juga dalam penyata-nyata akaun yang disediakan oleh kroni-kroni ini yang memasukkan item "political contribution" sebagai salah satu elemen projek dalam rundingan-rundingan harga. Tidakkah ini juga boleh dikategorikan sebagai rasuah !.

Memang benar dan amat jelas sekali bahawa Bapa/Adi Jagat Perasuah Terulong di negara ini tidak lain dan tidak bukan Mahafiraun iaitu presiden UMNO Baru(A) itu sendiri. Kita dengar dia bercakap dan berlakun bagaikan "orang ini", tidak terlibat dengan rasuah walau sekelumitpun !. Sedarlah wahai ahli-ahli UMNO Baru(A) jawatan presiden anda itu sendiri pun adalah atas undi rasuah (undi bonus kunun) yang dipaksakan ke atas kamu semua, begitu juga jawatan Timbalan Presiden UMNO Baru(A) kamu berlagak dengan undi rasuah bila berjaya bergelar Timbalan Presiden tanpa pertandingan kerana dipaksakan. Saya gerenti kalau tidak ada undi rasuah (bonus) ini dan kota kelayakan pencalunan sudah lama kedua-dua bangsa(t) UMNO Baru(A) ini dikuburkan. Maka sedarlah kamu bahawa orang yang bercakap dan menyeru supaya anda semua membasmi rasuah adalah perasuah secara tersendiri. Orang ini bolehlah diibaratkan sebagai "Si Ketam Yang Mengajar Anaknya Berjalan Lurus - Sedangkan Dirinya Sendiri Jalan Mengiring !". Inilah dia orang itu, pemimpin UMNO Baru(A) sanjungan anda !...

Memang benar kata Mahafiraun itu. UMNO Baru(A) boleh pinda Perlembagaannya untuk mengatasi gejala rasuah ini, buatlah semacam mana dan seelok mana yang boleh difikirkan oleh bijak-bijak pandai UMNO Baru(A), panggillah sipenjilat yang telah membakar jambatannya yang kununnya mempunyai Phd (Perasaan Hasad Dengki) dalam undang-undang sekalipun, namun jika kamu semua melupakan Allah SWT dan RasulNya maka gejala rasuah akan tetap subur dikalangan ahli-ahli dan pemimpin kamu.

"Yang benar-benar menyelamat dan memajukan masyarakat ialah budaya (murni) yang dimiliki oleh masyarakat. Demikian jugalah dengan UMNO Baru(A)". begitulah kata si Mahafiraun mengulas bagaimana gejala rasuah ini bisa diatasi. Mana mungkin gejala rasuah boleh dihapuskan semata-mata dengan budaya (murni). Lihatlah wahai ahli-ahli UMNO Baru(A) betapa ceteknya akal pemikiran Mahafiraun ini yang berdegar-degar berbicara tentang Islam, tetapi apabila menghadapi permasalahan begini tidak kembali kepada Islam. Inikah dia orangnya yang kita sandarkan untuk memperjuangkan Islam ?. "Umno Kuat Islam Kuat" (kunun) - Islam tidak bergantung kepada orang-orang seperti ini dan parti berhala UMNO Baru(A) untuk mengguatkan Islam. Malah Islam itu telah wujud dan kuat sebelum kewujudan UMNO Baru(A) itu sendiri. Ketahuilah realiti sebenarnya disebalik ungkapan yang pemimpin UMNO Baru(A) jajakan itu, bahawa jika "Islam Kuat Umno Kapan !"

Allah SWT berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan RasulNya, dan Ulil-Amri (Mahafiraun jangan perasan pula) di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur'an) dan RasulNya(As-Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya"        (Surah An Nisaa' 4 :59).  

"Kita masih anggap rasuah sebagai jenayah yang kita berasa malu jika kita lakukannya. Keadaan masih boleh dipulih, insya-Allah. Tetapi jika sesuatu keburukan hendak ditangkis, ia mestilah dibuat sebelum ia merebak dan menjadi sebahagian daripada budaya kita. Oleh itu tolonglah. Sayanglah bangsa kita ini. Sayanglah anak cucu kita. Tolaklah rasuah. Dedahkan mereka yang menghulur rasuah. Dapatkan bukti yang cukup, dedahkan mereka. Tolak semua jenis tawaran rasuah termasuk melancung dan umrah. Tolak semua yang berbau rasuah kerana bangsa(t) (bukan kerana ISLAM ke ?) kerana bangsa(t) kita akan menjadi hina, akan hancur. Dan kita semua akan terus jatuh ke lembah kehinaan, daif dan tidak bermaruah" katanya. "Tiap seorang ahli UMNO Baru(A) bertanggungjawab dalam usaha ini. Dedah dan tolak jenayah rasuah dan utamakan bangsa, agama (sepatutnya diletakkan lebih atas dari bangsa) dan tanah air" katanya lagi.

Meneliti ungkapan di atas oleh Mahafiraun saya tergelak dan berasa amat mual sekali. Saya terbayang bagaimana seorang pencuri meminta supaya pencuri-pencuri jangan mencuri. Tergambar bagaimana seorang pembohong meminta supaya pembohong-pembohong supaya jangan berbohong. Terlihat bagaimana seorang pembunuh meminta supaya pembunuh-pembunuh supaya jangan membunuh. Terfikir bagaimana seorang yang zalim meminta supaya penzalim-penzalim tidak berlaku zalim. Tidak ketinggalan saya terasa bagai dibodohkan oleh orang ini ("insulting my intelligent") yang ternyata rasuah tetapi meminta supaya pemberi/penerima rasuah supaya tidak rasuah. Inilah dunia UMNO Baru(A), Malaysia Boleh !!!... Arak Boleh !!!... Bogel Boleh !!!... Dedah Aurat Boleh !!!... Mungkir Janji Boleh !!!... segala-galanya Serba Boleh !!!... di Bolehland ini !!!...

"Oleh itu tolonglah. Sayangkan bangsa kita ini. Sayanglah anak cucu kita. Tolaklah rasuah". Inilah dia pemimpin UMNO Baru(A), agenda bangsa (nasionalisma) diangkat dan diletakkan mengatasi agama Islam itu sendiri.

"Dedahkan mereka yang menghulurkan rasuah. Dapatkan bukti yang cukup, dedahkan mereka. Tolak semua jenis tawaran rasuah termasuk melancung dan umrah."

Tidakkah kita semua saksikan betapa pendedahan demi pendedahan tentang kes rasuah ini telah dibuat, malah terdapat yang telah dilaporkan kepada Polis DiRasuk Mahathir (PDrM), Badan Penggalak Rasuah (BPR) dan Pendakwa Raya (AG). Tetapi sehingga kini mereka-mereka ini membisu (dibisukan) usahkan untuk mengambil tindakan kepada perasuah-perasuah ini:-

Rafidah Aziz melakukan rasuah dengan memberikan rasuah berupakan saham kepada menantunya dan anak Mahafiraun?

Rahim Tamby Chik yang menerima rasuah ratusan ribu ringgit, lihat kertas pendakwaannya terhadapnya oleh AG yang dibongkar Sdr. Ezam?.

Mahafiraun yang menerima rasuah dalam pelbagai bentuk wang tunai, hartanah dan sebagainya - Semaklah pengishtiharan hartanya ?

Ali Abol Hasan yang jelas dan nyata menerima wang tunai RM 100,000.00 dari Mirzan - Pengarah BPR pula yang dimarahi Mahafiraun?

Muktar SiDugong dan Yusoff ChinChai yang dirasuah melancung ke Itali/ke New Zealand - Lihat gambar mesranya dengan peguam Vincent Tan?

Muhamad Taib pula macamana boleh mempunyai dan membawa wang tunai sebegitu banyak - Lihat tangkapannya di Australia?

Adnan Yaakub si samsengtu merasuah pelajar-pelajar Yayasan Pahang di Mesir pada 5 September 2000 - Tanya pelajar dan pengarah MSD?

Eric Chia yang rasuah dan seterusnya meranapkan PERWAJA - Rujuk laporan polis Ezam/Anwar?

dan banyak lagi kes-kes dan laporan-laporan terhadap pemimpin dan ahli UMNO Baru(A) yang telah dibuat, siap dengan kertas pertuduhan dan bukti-buktinya sekali !!!

Yang digembur-gemburkan ialah perasuah dari kalangan ikan bilis yang terlibat dengan "lesen terbang" tetapi yang menjadi jerungnya terlepas begitu sahaja.

Dan, seperti biasalah bila ada permasalahan dalam negara baik dalam Parti Berhala UMNO Baru(A) sekalipun tempias penyebabnya dikembalikan kepada Parti-Parti Pembangkang. (Ikhlaskah orang ini...fikirkanlah wahai pemimpin dan ahli-ahli UMNO Baru(A) yang pekat mempertahankan "keUMNOBaru(A)annya" dulu, kini dan selama-lamanya sehingga mampuskah ?.).

Ingatlah, mungkin di dunia ini kamu boleh terlepas dengan dan melalui "tipudaya dan muslihat kuasa palsu" yang ada pada kamu, tetapi di hadapan Allah SWT yang MAHA KUASA nanti...maka anda sendirilah yang akan menelanjangkan betapa "rasuah"nya anda, maka untuk anda nantikanlah siksaNya yang amat pedih !!!.

"Wahai pemimpin-pemimpin dan pendokong-pendokong dan Ahli-Ahli UMNO Baru(A) kembalilah kepada al-Qur'an dan as-Sunnah. Sesungguhnya perjuangan assabiah/nasionalis kamu yang sekularis ternyata tersasar dan terpesong jauh. Pertentangan diantara Islam dan Sekular - Sekular PASti Tersungkur !.    (Dr. Yusuf Al-Qardawi). Maka kembalilah kedalam Islam yang syumul ini! - Amin !".

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter