Orang-Orang Muslim Dan Kepatuhan Mereka Kepada Syariah -
Renungan Buat Ahli-Ahli UMNO Baru(A) - Siri 2 (Akhir)
..sambungan dari siri 1...
Allah berfirman: "Berpegang teguhlah kamu
kepada Deen yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan
yang lurus".
(Surah Az-Zukhruf 43:43).
Pemimpin UMNO Baru(A) dewasa
ini seringkali menganggap bahawa Parti PAS adalah parti
yang memecahbelahkan masyarakat Malaysia terutamanya di kalangan bangsa Melayu. Apa
yang jelas, yang ternyata berpecah itu ialah Parti UMNO
Baru(A) itu sendiri. Mengapa ini berlaku ?. Keadaan ini berlaku ialah
disebabkan oleh kepimpian UMNO Baru(A) itu sendiri yang tidak
berpegang teguh dengan Deen (Agama Islam) itu sendiri. Mereka mengagungkan
Sekularisma yang memisahkan Agama Islam dari segala-segalanya dalam kehidupan mereka
baik politik, ekonomi, sosial dan teknologi. Ayat di atas jelas sekali menyuruh supaya
kita berpegang dengan Deen (Agama Islam) dan bukan berpegang dengan tuntutan Assabiyah/Nasionalis
yang diperjuangkan oleh UMNO Baru(A). Jadi apabila
orang melihat bahawa
Parti PAS adalah satu-satu wadah yang
berpegang dengan Deen (Agama Islam) sesuai dengan tuntutan Allah SWT seperti di atas
maka, Umat Islam sebenarnya bersatu dalam wadah ini yang benar-benar memperjuangkan
Agama Islam itu.
Allah SWT berfirman: "Dan (Dia perintahkan
kamu): Ini adalah jalanku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti
jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu menceraiberaikan kamu dari jalanNya.
Demikian diperintahkan Allah SWT kepadamu agar kamu bertaqwa".
(Surah Al-An'aam 6:153).
Ayat di atas sekali lagi menuntut kita semua supaya
mengikuti jalan yang lurus (Agama Islam), tetapi mengapakah UMNO
Baru(A) yang mendakwa memperjuangkan Islam
TIDAK mengikuti seruan ini iaitu
mengambil Al-Qur'an dan As-Sunnah sebagai pegangan pemerintahannya ?. Jesteru itu
mengapa yang dikecohkan apabila UMNO Baru(A) berpecah !. Kegagalan pemimpin mereka
mengikuti jalan yang lurus ini telah membawa mereka bercerai-berai, sedangkan Allah
telah memperingatkan dan memerintahkan agar kamu bertaqwa. Namun Parti UMNO
Baru(A) masih tidak sedar bahawa partinya telah pecah dan bercerai dan kini
menunggu masa sahaja untuk dikapankan. Mereka masih seronok dan syok sendiri dengan
statistik keahliannya melebihi 2.4 juta orang (benarkah ini ?). Perasan betullah
mereka-mereka yang menjadi pemimpin berhala UMNO Baru(A) ini.
Allah SWT berfirman: "Katakanlah: "Jika
kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, necaya Allah SWT mengasihi dan
mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Katakanlah:
"Ta'atilah Allah dan RasulNya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang-orang kafir" (Surah
Ali-Imran 3:31-32).
Taatkah UMNO Baru(A) kepada
perintah Allah dan Rasulnya apabila mereka-mereka ini meminta
supaya Al-Qur'an ditafsirkan semula supaya selaras dengan kehendak dan citarasa
Jahiliah mereka ?.
Taatkah UMNO Baru(A) kepada perintah Allah
dan RasulNya apabila mereka-mereka ini membiarkan isteri,
anak-anak dan kalangan mereka tidak menutup aurat dan bercampur antara yang
bukan muhrim sewenang-wenangnya.
Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya jawapan
orang-orang mukmin apabila mereka dipanggil kepada Allah dan RasulNya agar Rasul
menghukum (mengadili) diantara mereka ialah ucapan"Kami mendengar dan kami
patuh". Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. Dan barang siapa yang taat
kepada Allah dan bertaqwa kepadaNya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat
kemenangan"
(Surah An-Nuur 24:51-52).
Taat dan patuhkan
UMNO Baru(A) kepada perintah Allah dan RasulNya apabila mereka-mereka ini menghina
dan memperlekehkan Hukum Hudud Islam.
Allah SWT berfirman: "Wahai orang-orang yang
beriman, taatilah Allah dan RasulNya, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu
berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur'an) dan
Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang
demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya"
(Surah An-Nisaa' 4:59).
Taatkah UMNO Baru(A) kepada
perintah Allah dan RasulNya apabila berbalah dan bertentangan pendapat, tetapi tidak
kembali kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah sebagai usaha mencari jalan penyelesaian.
Sebaliknya mereka ini
gemar bercakap tentang Islam atau berhujah tentang
apa yang diperbalahkan tanpa merujuk kepada Al-Qur'an dan
As-Sunnah, tetapi bercakap tanpa asas dalil-dalil aqli dan naqli
menggunakan mulut dan buntut !.
Allah SWT berfirman: "Demi Rabbmu, mereka
pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu sebagai hakim dalam
perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa sesuatu keberatan
terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima sepenuhnya"
(Surah An-Nisaa' 4:65).
Berimankah UMNO Baru(A) apabila
membawa pertuduhan liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim dan seterusnya dihakimi oleh
mahkamah yang bukan sepatutnya bagi orang-orang Islam ?. Sepatutnya kes ini perlu
diadili oleh Mahkamah Syariah yang keputusan serta perundangannya MESTIlah merujuk
kepada ketetapan yang dinyatakan dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah. Pendakwaan Dato' Seri
Anwar Ibrahim tidak lain hanyalah untuk membenarkan keputusan yang telah dibuat
terlebih dahulu sebelum bicara oleh Mahafiraun yang didokong oleh para konspirator
serta juak-juak murahannya dengan sokongan PDrM (Polis Dirasuk Mahathir), BPR (Badan
Pengalak Rasuah) dan Penguan Negara/Hakim Puppet (Mahkamah Kangaroo). Kes ini amat
berlainan sekali, dalam kes ini (Tangkap Dahulu Kemudian Reka
Bukti !) .
Allah SWT berfirman: "Barang siapa yang
tidak memutuskan (menghukum) menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah
orang-orang yang kafir". (Surah
Al-Maa'idah 5:44).
Kafirkah UMNO Baru(A) apabila
mereka tidak memutuskan (menghukum) menurut apa yang diturunkan
Allah ?. (Fikirkanlah akan maksud ayat di atas...jangan melompat menuduh dan
memarahi orang mengkafirkan kita, sebaliknya muhasabah diri..benarkah ?).
Dalam Surah lain, disebutkan bahawa: "Barang
siapa yang tidak memutuskan (menghukum) perkara menurut apa yang diturunkan Allah,
maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim". (Surah
Al-Maa'idah 5:45).
Zalimkah UMNO Baru(A) apabila mereka tidak
memutuskan (menghukum) menurut apa yang diturunkan Allah ?. (Fikirkanlah akan
maksud ayat di atas...jangan melompat menuduh dan memarahi orang mengecap kita
sebagai zalim, sebaliknya muhasabah diri..benarkah ?).
Allah SWT berfirman: "Dan hendaklah
pengikut-pengikut Kitab Injil memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah di
dalamnya. Barang siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah,
maka mereka itu adalah orang-orang yang fasiq. Dan kami telah turnkan Al-Qur'an dengan
membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu kitab-kitab yang lain itu;
maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu
mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu.
Untuk tiap-tiap umat diantara kamu. Kami berikan peraturan dan jalan yang terang.
Sekiranya Allah menghendaki nescaya kamu dijadikanNya satu umat sahaja, tetapi Allah
hendak menguji kamu terhadap pemberianNya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat
kebajikan. Hanya kepada Allahlah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukanNya kepadamu
apa yang telah kamu perselisihkan itu. Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara
mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu
mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu
dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling dari
hukum yang telah diturunkan Allah, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah akan
menimpakan musibah kepada mereka disebabkan oleh sebahagian dosa-dosa mereka. Dan
sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasiq. Apakah hukum Jahiliah
yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi
orang-orang yang yakin". (Surah
Al Maa'idah 5: 47-50).
Allah SWT berfirman: "Maka patutkah aku
mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan kitab
(Al-Qur'an) kepadamu dengan terperinci ?. Orang-orang yang telah kami datangkan kitab
kepada mereka, mereka mengetahui bahawa Al-Qur'an itu diturunkan dari Rabbmu dengan
sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu. Telah
sempurnalah kalimat Rabbmu (AL-Qur'an), sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada
yang dapat merubah-rubah kalimat-kalimatNya dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui". (Surah
Al An'aam 6:114-115).
Fikirkanlah Wahai
Ahli-Ahli UMNO Baru(A)
!!!
Seruan:
"Wahai pemimpin-pemimpin dan
pendokong-pendokong dan Ahli-Ahli UMNO Baru(A) kembalilah
kepada al-Qur'an dan as-Sunnah. Sesungguhnya perjuangan assabiah/nasionalis kamu yang
sekularis ternyata tersasar dan terpesong jauh. Pertentangan diantara Islam
dan
Sekular - Sekular
PASti Tersungkur !. (Dr. Yusuf Al-Qardawi)
Maka kembalilah kedalam Islam yang syumul ini! - amin !".
Insyallah
Undur
M
ahathir
Negara
O.k !......
KeADILan
PAS
ti
tertegak apabila ke
ZALIM
an kita hancurkan.
Membangun Bersama Islam :
Allahuakbar !...Allahuakbar !...Allahuakbar !...
habibu@hangjebat.com